Politik & Negara 10 Dec, 2023

Aparteid Israel sekat Imam Masjid Al-Aqsa! Bacul dan biadab! Cabar umat Islam! Mana tindakan OIC?

@gamal nasir mohd ali
Seorang wartawan selama lebih 30 tahun selepas menyertai Utusan Melayu pada 1989. Bergelumang dalam bidang Online sejak 2000 dan kini mengendali KitaReporters dan UtusanPress. Emel: [email protected]

Share this

Kredit foto: Astro Awani


Tindakan aparteid Israel menyerbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, Syeikh Dr Ekrima Said Sobri dan melarang beliau melakukan perjalanan adalah tindakan biadab, bacul dan mencabar umat Islam. 

Kami mengecam keras tindakan aparteid Israel yang semakin ganas dan menyasar pemimpin Palestin.

Syekh Dr Ekrima Sobri adalah pendakwah tegar Masjid Al-Aqsa. Tindakan aparteid Israel melarang beliau memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan adalah perlanggaran Hak Asasi Manusia. 

Kebebasan beramal agama sendiri dan melarang memasuki rumah suci agama sendiri adalah penafian hak manusia. 

Aparteid Israel kini melakukan kegiatan teroris untuk menghalang pemimpin Palestin membela kesucian Masjid Al-Aqsa.

Umat Islam perlu bangkit mengecam aparteid Israel dan menuntut kebebasan beliau untuk beribadat di Masjid Al-Aqsa. 

Perintah yang menghalangnya melakukan perjalanan mesti dibatalkan.

Syeikh Dr Ekrima kini adalah sasaran zionis Israel untuk menyekat pergerakan beliau.

Tindakan meroboh bangunan tempat beliau tinggal adalah ancaman kepada semua umat Islam di Masjid Al-Aqsa.


Kredit foto: The Telegraph


Jelas ia adalah tindakan pengecut yang hanya berani dilakukan ke atas seorang tokoh yang sudah berusia.

Percubaan menutup mulutnya daripada lantang menyuarakan kebenaran tidak akan berjaya. Syekh Dr Ekrima merupakan pengkritik tegar pendudukan aparteid Israel. Suaranya akan tetap didengari dunia. 

Sebagai mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006, ketokohannya akan menjadi inspirasi kepada umat Islam untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa Dan Palestin.

Masjid Al-Aqsa merupakan tempat suci ketiga umat Islam. 

Kami menuntut OIC bertindak menekan aparteid Israel untuk berhenti menceroboh Al-Aqsa dan menggangu imam dan pegawai Masjid Al-Aqsa.

Kami mendesak tentera dan polis zionis Israel keluar dari kawasan Masjid Al-Aqsa serta-merta.

OIC perlu bertindak tegas untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa sebagaimana tujuan asal penubuhannya pada 1969.


1. Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

2. Dato Seri Syekh Ahmad Awang, Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Masjid Al-Aqsa (MANAR)

3. Dato Wira Syekh Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)

4. Syed Syekh Al-Attas, Setiausaha Sekretariat Palestin Malaysia



6
13
0
17
0
You will be interested