Politik & Negara 22 Oct, 2023

Belia Malaysia bersolidariti bersama Palestin! Serah bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Majlis Belia Malaysia (MBM) serta badan gabungan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan badan-badan lain telah menganjurkan Himpunan Solidariti Untuk Palestin pada Jumaat, 20 Oktober 2023 lalu.

Selain menyampaikan memorandum kepada Kedutaan Besar Amerika Syarikat, perhimpunan ini juga telah berjaya menyemarakkan sokongan rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin, yang terus menghadapi serangan serta kekejaman yang dilakukan tentera rejim aparteid Zionis.

Para hadirin turut sama-sama merentangkan bendera Palestin panjang sebagai bukti solidariti kukuh mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum serta agama yang berbeza.

Perhimpunan tersebut telah diketuai Setiausaha Agung MBM, Hasnul Hanif Harun serta Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim.




Sementara itu, ABIM juga merujuk kepada kenyataan sokongan terbuka Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky ke atas aparteid Israel serta tuduhan perjuangan rakyat Palestin terutama Hamas menentang pencerobohan Israel sebagai pengganas.

ABIM mengecam sikap Zelensky yang membela tindakan penceroboh rejim Zionis yang terus membedil wilayah Gaza di wilayah Palestin yang bergolak.

Sedangkan dalam isu penentangan Ukraine terhadap pencerobohan Rusia, lagu yang didendangkan mereka adalah perjuangan rakyat Ukraine mempertahan tanah air mereka.

ABIM pada masa sama menggesa agar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya rejim apartied Zionis Israel menghentikan serangan ketenteraannya ke atas wilayah Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut.

ABIM juga mendesak PBB menubuhkan serta merta Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi mendakwa jenayah perang yang dilakukan oleh aparteid Israel terhadap penduduk Palestin.


Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


12
11
0
12
0
You will be interested