Politik & Negara 03 Feb, 2023

Alhamdulillah! Pak Lah selamat tunaikan ibadah umrah! Semoga dikurniakan kesihatan baik, berpanjangan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


BEKAS Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah selesai menunaikan ibadah umrah di Mekah bersama isterinya, Tun Jeanne Abdullah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam halaman Facebooknya, kelihatan beberapa gambar termasuk bekas PM itu digunting rambutnya ketika melakukan tahlul serta 

“Pak Lah selamat menunaikan ibadah umrah,” ujarnya ringkas.


Lagi



Rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa syukur melihat perkembangan bekas pemimpin negara itu serta mendoakan agar Pak Lah dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.


“Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa memelihara dan menjaga pemimpin kita dalam rahmat dan lindungan-Nya,” kata Rusdi Omar.

“Alhamdulillah, semoga Pak Lah terus sihat atas izin dan kehendak-Nya,” doa NnAy Zan.

“Semoga Tun Abdullah sentiasa sihat dan mendapat umrah maqbulah,” tulis Syed Mansur Al Yahya. - KitaReporters



17
10
0
8
0
You will be interested