Politik & Negara 01 Nov, 2023

Teruskan Minggu Solidariti Palestin di sekolah! Agar semua faham isu dan apa yang berlaku! - ABIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa agar polemik mengenai penganjuran Minggu Solidariti Palestin oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dihentikan serta merta.

ABIM merujuk kepada penegasan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai prosedur yang telah ditetapkan untuk pengelolaan Minggu Solidariti Palestin. 

Menurut penilaian ABIM, panduan ini telah dijelaskan dengan terperinci dalam pekeliling yang dikeluarkan pada 21 Oktober 2023.

KPM juga menegaskan bahawa Minggu Solidariti Palestin adalah sebahagian daripada pendidikan kewarganegaraan global yang telah dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan melalui Elemen Merentas Kurikulum (EMK).
ABIM menilai bahawa panduan yang disediakan oleh KPM melalui pekeliling tersebut adalah penting untuk memastikan bahawa nilai-nilai kemanusiaan yang universal, perpaduan, keharmonian, dan karamah insaniah diutamakan dalam program ini.
ABIM menggariskan bahawa dalam konteks konflik Israel-Palestin, pendidikanlah memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak memahami isu tersebut secara betul dan sejajar dengan pandangan kerajaan, mengelakkan naratif yang salah daripada media sosial.
Krisis kemanusiaan di Palestin memerlukan seluruh warga Malaysia untuk sama-sama menyuarakan sokongan kepada kerajaan  di atas ketegasan untuk menolak keganasan yang berlaku, yang mana ia telah mengorbankan ribuan nyawa masyarakat awam Palestin termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa.
Zairudin Hashim, Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

13
10
0
16
0
You will be interested