Politik & Negara 14 Sep, 2023

Mesyuarat Majlis Tanah Negara! Kekalkan 50% kawasan berhutan! Setuju Dokumen SOP perlombongan NR-REE!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 13 September 2023


Pada hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-80 sebagai suatu wadah bagi Kerajaan Persekutuan berunding dengan Kerajaan-kerajaan Negeri berkaitan dasar yang menyentuh tatakelola pentadbiran tanah yang konklusif, sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Kami berbincang mengenai beberapa perkara antaranya komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% kawasan berhutan selaras dengan Sidang Kemuncak Rio De Janeiro pada tahun 1992 serta dasar pelupusan tanah kepada TNB selaku penyedia perkhidmatan elektrik negara tanpa mengetepikan kuasa yang diperuntuk oleh Perlembagaan kepada Pihak-Pihak Berkuasa Negeri.



MTN-80 juga bersetuju dengan keputusan Majlis Mineral Negara Ke-2 (MMN2) yang melibatkan kelulusan secara prinsip Dokumen Prosedur Operasi Standard Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Malaysia serta syarat kelayakan penyediaan dan perakuan Laporan Carigali dan Penjelajahan hanya oleh Ahli Geologi Berdaftar, Ahli Geologi Asing Berdaftar, Pengamal Berdaftar atau Jurutera Profesional Dengan Perakuan Amalan.
Aspek ekonomi dan kemampanan merupakan perkara yang ditekankan dalam kita mentadbir urus soal guna tanah untuk diwarisi generasi akan datang.

7
7
0
6
0
You will be interested