Politik & Negara 09 Sep, 2023

Politik melabel, mengkafir! Majlis Raja-Raja perlu bertindak! Pelihara perpaduan, kestabilan! - MAPIM

@gamal nasir mohd ali
Seorang wartawan selama lebih 30 tahun selepas menyertai Utusan Melayu pada 1989. Bergelumang dalam bidang Online sejak 2000 dan kini mengendali KitaReporters dan UtusanPress. Emel: [email protected]

Share this


MAPIM memohon Majlis Raja-Raja Melayu mengguna kuasa dalam perundangan negara untuk bertindak ke atas mereka yang mengguna secara melampau isu bangsa, agama dan institusi Raja Melayu yang boleh mencetuskan huru hara dalam negara.
Atas alasan yang tidak berasaskan maklumat yang sahih , ada pihak yang mengapi-apikan sentimen Melayu dan agama diancam semata-mata untuk meraih undi. Selain itu niat pihak berkenaan adalah untuk menghilang kepercayaan kepada kerajaan dan dengan itu bermatlamat menjatuhkan kerajaan.
Politik seperti ini adalah politik matlamat menghalalkan cara. Iaitu cara menyebar fitnah; menghilangkan hormat kepada raja-raja Melayu, menolak kuasa raja yang bersepakat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan matlamat akhirnya untuk menjatuhkan kerajaan yang sah tersebut.
Ternyata pihak yang ghairah berpolitik untuk menjatuh kerajaan yang sedia ada dengan menyebar sentimen bangsa dan agama secara melampau akan menimbulkan sentimen saling mencurigai dalam kalangan rakyat amat merbahaya.
Nasihat raja-raja Melayu untuk semua pihak tidak berpolitik berpanjangan supaya menumpu kepada pemulihan dan pembangunam negara tidak dipeduli sama sekali oleh ahli politik yang ghairah mahu merebut kuasa.
Politik menfitnah dan mencetuskan kebencian yang keterlaluan nampaknya tidak berhenti ketika pilihan raya malah semakin berleluas disepanjang masa.
MAPIM kesal politik melabel dan mengkafir sesama kaum Muslim kembali berleluasa . Malah serangan terhadap raja-raja Melayu tidak terlepas daripada politiking berlebihan sehingga penghinaan terhadap institusi raja juga semakin merebak. 
Malangnya media perdana dan media sosial juga turut diguna untuk menyemarakan isu politik tanpa batas. 

Pada akhir-akhir ini media sosial menjadi saluran paling agresif untuk menyebar fitnah dan kebencian terhadap kerajaan perpaduan yang disaran oleh Yang di-Pertuan Agong dan disepakati Majlis Raja-Raja Melayu.



MAPIM berpendapat negara ini tidak akan dapat bergerak ke hadapan apabila keghairahan politik berlebihan untuk merebut kuasa negara secara tidak terkawal tidak dibendung.
Kini keghairahan untuk melakukan sekali lagi konspirasi menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik sedang direncana. 

Dengan melakukan serangan habis-habisan secara menyebar fitnah dan salah fakta terhadap kerajaan, nampaknya pihak pembangkang menjadikan fitnah sebagai senjata mencetuskan kekeliruan dan ketegangan yang boleh mengembalikan ketidakstabilan politik di negara ini.

MAPIM berpendapat jika hal ini berleluasa tanpa kawalan, ia  akan membantut semua usaha untuk pemulihan negara dan mengembalikan imej negara pada mata dunia.
MAPIM menyokong saranan agar pihak Majlis Raja-Raja Melayu tampil mengingat pemimpin parti politik berhenti daripada politik gila kuasa. Pertukaran kerajaan secara berkonspirasi jahat tidak boleh diterima dan hendaklah dibentaras.
Rakyat mahukan kestabilan politik untuk memastikan pembangunan dan keperluan rakyat disantuni. Rakyat sudah bosan dengan politik cantas mencantas dan politik rasuah dan salah guna kuasa. 

Rakyat tidak akan menerima pertukaran kerajaan lagi sehingga tamat tempoh pemerintahan yang diberi mandat oleh rakyat dan Yand di-Pertuan Agong .

Kestabilan sebuah kerajaan perlu dijamin agar pemerintahan yang sedia ada di bawah kerajaan perpaduan yang direstui Yang di-Pertuan Agong tidak harus digugat agar agenda pemulihan dan pembangunan negara berjalan dengan lancar sehingga tempoh 5 tahun selesai. Pengalaman menukar kerajaan dalam masa yang singkat tidak akan sama sekali membantu negara untuk pulih.
Amalan mengfitnah dan menyebar maklumat palsu serta ahli politik menunggang isu ras dan agama secara melampau perlu dibentaras.
Majlis Raja-Raja berperanan besar untuk memastikan kestabilan negara dijamin dari manipulasi mereka yang rakus untuk merampas kuasa di luar proses pilihan raya yang demokratik.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

9
15
0
12
0
You will be interested