Pada 14 April 2023 Jumaat terakhir Ramadhan 1444 H/2023, kami melafazkan keazaman untuk menguatkan tekad menyokong perjuangan membebaskan Al-Quds dan Palestin.
Ini adalah hari antarabangsa untuk menegaskan prinsip kebenaran dan keadilan, dalam menyelesaikan perjuangan untuk hak, bukan sahaja untuk Al-Quds dan Palestin tetapi juga untuk keamanan global dan maruah manusia.
Hari Al-Quds akan mengukuhkan lagi persaudaraan kami untuk keadilan dan kebenaran yang merentas soal akidah dan kepercayaan agama.
Al-Quds dan Palestin telah menjadi perjuangan manusia untuk penentuan nasib dan maruah diri.
Kami menyatakan pendirian kami yang kukuh bahawa melainkan dan sehingga Al-Quds dan Palestin dibebaskan daripada penjajahan, tidak akan ada keamanan.
Kami membantah keras sokongan berterusan AS kepada Israel walaupun jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia seperti yang dinyatakan dalam deklarasi PBB.
Kami amat marah dan membantah sekeras-kerasnya keadaan ketegangan yang berlaku di Masjid Al-Aqsa, kerana jemaah dipukul dengan ganas dalam masjid Qibli. Kehadiran polis pendudukan Israel yang besar diletakkan mengiringi peneroka haram Israel menunjukan pencerobohan ini dirancang, dan percubaan melaksanakan ritual korban haiwan di dalam Masjid Al-Aqsa oleh Yahudi akan menjadi permulaan kepada kebangkitan dan penentangan besar-besaran.
Kami mengutuk serangan tentera Israel ke atas Almusalah Al-Qibli di masjid al-Aqsa dan cuba memaksa penduduk Palestin keluar, dan melarang mereka melakukan iktikaf.
AS bersubahat dengan penjenayah Israel:
AS jelas menyokong rejim pengganas dan dasar luarnya mengenai pendudukan Israel dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin. Ini membuktikan kemunafikan dan double standard AS.
Presiden AS, di bawah pentadbiran Joe Biden dan keengganan beliau untuk mengutuk Israel menyerbu masjid Al-Aqsa dan menyekat kenyataan Majlis Keselamatan yang mengkritik serbuan itu adalah keterlibatan AS dengan jenayah antarabangsa oleh Israel.
Kami mengecam sokongan berterusan AS dan sekutunya terhadap dasar menindas rejim israel.
AS dan kuasa Barat menunjukkan tahap kepura-puraan dan double standard yang paling tinggi apabila melibatkan konflik Rusia-Ukraine berbanding kebiadaban Israel terhadap penduduk Gaza. AS mesti berhenti menyokong pengepungan dan pencerobohan Israel ke atas Gaza.
Keterlibatan AS dalam pembunuhan beramai-ramai dan jenayah aparteid rejim zionis Israel adalah gambaran tentang kedudukan AS selama beberapa dekad menyokong pencabulan semua undang-undang antarabangsa oleh Israel.
Israel ialah penerima sejumlah terbesar bantuan asing AS: sehingga Februari 2022, Amerika Syarikat telah memberikan bantuan dua hala kepada Israel sebanyak AS$150 bilion. AS telah menjadi penyokong kepada Israel yang menjadi penjenayah
Dengan setiap jiwa Palestin terkorban dan harta dan tanah dirampas secara paksa oleh pendudukan Yahudi, AS bertanggungjawab sepenuhnya, kerana berbilion-bilion dolar telah disalurkan daripada bajet awam AS untuk mempersenjatai Israel dengan alasan keselamatan Israel.
Israel adalah negara pengganas dan aparteid dengan darah di tangannya, dan AS terlibat sepenuhnya dengan serangan biadab Israel ke atas rakyat Palestin.
Jelas AS tidak berani dan menunjukkan kepura-puraan Presiden AS, Joe Biden untuk tidak mengutuk serangan terakhir penjenayah Israel ke atas Gaza yang bermula pada 5 Ogos 2022.
Pengeboman udara oleh Israel, sebuah kuasa nuklear dan salah satu tentera terkuat di dunia, menerima sokongan penuh daripada AS dan penjajah tanah Palestin, adalah menentang rakyat yang kebanyakannya tidak berdaya. Semasa serangan ini, 49 rakyat Palestin, termasuk 17 kanak-kanak, terbunuh dan 360 rakyat Palestin termasuk 151 kanak-kanak cedera.
Kredit foto: Harapandaily.com
Al-Aqsa adalah garis merah:
Kami menegaskan pendirian kami bahawa masjid Al-Aqsa adalah milik umat Islam dan tidak akan ada kompromi dalam hal ini. Sebarang serangan ke atas masjid tidak akan diterima dan umat Islam di seluruh dunia akan melindungi kesuciannya dengan segala cara.
Kami mengecam dasar serbuan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh tentera Israel dan peneroka haram Yahudi. Pada tahun 2022 sahaja, terdapat lebih 56,000 kali pencerobohan di Masjid Al-Aqsa .
Kami mengutuk pergerakan Zionis baru-baru ini mengadakan enakmen di luar Al-Aqsa, bersebelahan dengan tembok barat daya, atas penyembelihan haiwan yang mereka bertekad untuk melakukannya di Masjid Al-Aqsa dalam ritual Passover Yahudi bertepatan dengan Ramadan.
Provokasi di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki telah meningkat; dan terdapat peningkatan keganasan peneroka Yahudi dan lebih banyak kenyataan perkauman oleh menteri-menteri Israel.
Kami mengulangi penolakan kami yang tidak berbelah bahagi terhadap Baitul Maqdis (Baitulmaqdis) sebagai ibu kota Israel. Baitul Maqdis kekal sebagai ibu kota abadi Palestin dan Israel akan selama-lamanya ditakrifkan sebagai negara penjajah dan oleh itu adalah haram.
Kredit foto: Themerdekatimes.com
Bertindak dan hentikan israel:
Kami mengikuti tindakan rejim aparteid Israel yang menindas Palestin. Kerajaan sayap kanan ekstremis Israel sejak awal tahun ini telah melakukan lebih banyak lagi pencabulan kejam terhadap rakyat Palestin.
Tindakan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin mesti dipertanggungjawab sepenuhnya oleh rejim aparteid Israel.
Kami menuntut pengunduran semua pasukan pendudukan Israel dari sempadan 1967. Kami menyeru agar kerajaan AS menghentikan pembiayaan Israel dengan dana awam Amerika dan menekan Israel untuk menghentikan pencabulannya terhadap Palestin.
Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk mendesak pendakwaan terhadap Israel atas semua pencabulan hak asasi manusia oleh rejim Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Masyarakat dunia mesti mendesak untuk menghentikan pendudukan zalim berterusan Israel terhadap orang awam Palestin.
Dengan kerajaan gabungan paling ekstrim Israel, ia telah bertukar menjadi sebuah negara pengganas nombor satu di dunia yang melanggar setiap resolusi PBB. Israel telah melakukan jenayah perang terburuk, pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik sejak pendudukannya.
Kami menuntut AS untuk memaksa Israel memusnahkan semua penempatan haram. Perobohan ke atas rumah dan rampasan tanah yang berleluasa mesti dihentikan serta-merta.
Hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah itu mesti dijamin dan tuntutan mereka untuk menuntut hak mereka ke atas tanah mereka mesti diiktiraf.
Sekatan ke atas Gaza telah jelas melanggar undang-undang antarabangsa. Kami tidak dapat menerima dan membantah sekatan haram ke atas Gaza dan terhadap 2 juta orang dibenarkan selama lebih daripada 17 tahun. Kami menuntut AS untuk menghentikan sekatan ke atas Gaza dengan segera.
Kami sedang meneruskan usaha Malaysia untuk memulakan tindakan antarabangsa bagi pendakwaan Israel atas jenayah kemanusiaannya. Menyedari bahawa Israel adalah negara aparteid, kami akan menggunakan undang-undang antarabangsa untuk tindakan undang-undang terhadap Israel.
Kredit foto: Utusan.com.my
Mohd Azmi Abdul Hamid
Convener Al-Quds International Day, Malaysia
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MPIM).
Diperakui dan disokong :
1. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.
2. Aliansi Masjid-Masjid Dunia dalam Pertahanan Al Aqsa
3. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia
4. Parti Amanah Nasional
5. Citizen International
6. SEJAGAT
7. BDS Malaysia
8. Pusat Kajian Palestin Hashim Sani, UM
9. Yayasan Al-Quds Malaysia
10. Yayasan Isra’ Malaysia
11. Angkatan Belia Islam Malaysia Belia Islam Malaysia (ABIM)
12. Misi Keamanan Global (GPM) Malaysia)
13. Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM)
14. MyAqsa Defenders (MyAD)
15. Jaringan Persaudaraan Masjid Serantau
16. Teras Pengupayaan Melayu
17. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia
18. Pusat Tasawwur Islam Antarabangsa
19. Persatuan Advokasi dan Penyelidikan Minoriti Islam
20. Sekretariat Palestin Malaysia
21. Persatuan Ulama Kedah
22. MyChild Antarabangsa
23. Persatuan Pengupayaan Dhuafa dan Peduli Masyarakat
24. Institut Advokasi untuk Keadilan dan Keamanan
25. Perak the Future
26. Gagasan Darul Aman
27. Ikatan Muhibbah Indian Muslim
28. Persatuan Rapat Rakyat
Ini berupakan surat kepada Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat, melalui Brian Mcfeeters, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia.
Kredit foto: Utusan.com.my