Politik & Negara 27 Nov, 2025

Terima kasih Thailand! Bantu rakyat Malaysia terkandas kerana banjir! Bukti kekuatan hubungan! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Terima kasih Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan kerajaan Thailand kerana bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang terperangkap akibat banjir di wilayah selatan negara itu.



"Saya menzahirkan penghargaan kepada PM Anutin Charnvirakul dan kerajaan Thailand atas bantuan serta keprihatinan dalam membantu rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di wilayah terjejas.

"Tindakan ini mencerminkan kekuatan hubungan dua hala yang telah lama terjalin, serta semangat solidariti yang amat kita hargai," ujar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran dalam akaun rasmi Facebooknya pada Khamis, 27 November 2025.



Menurut satu laporan, ada kira-kira 30,000 rakyat Malaysia ke selatan Thailand sebelum banjir besar melanda wilayah tersebut pada 21 November 2025 lalu.

Namun lebih 27,000 telah berjaya keluar dan selamat melalui pintu-pintu sempadan negara, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kementerian itu juga melaporkan, kira-kira 6,000 warga yang terperangkap di Hatyai telah berjaya diselamatkan dan dibawa pulang, manakala kira-kira 1,500 lagi masih terkandas.



Sementara itu, Anwar berkata, Malaysia dan Thailand akan terus bekerjasama rapat demi keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

"Kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap rakyat Malaysia yang masih terkandas dapat pulang ke tanah air dengan selamat," ujar beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media


17
11
0
9
0
You will be interested