Politik & Negara 11 Oct, 2025

Terima kasih Turkiye! 9 rakyat Malaysia diculik, ditahan dah ada di Istanbul! Dibawa pulang! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Sembilan rakyat Malaysia yang diculik dan ditahan Israel selamat berada di Istanbul, Turkiye dan akan dibawa pulang dalam masa terdekat.



"Syukur ke hadrat Allah SWT, sembilan lagi wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Türkiye. 

"Jentera kerajaan di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali Malaysia dalam masa terdekat. 

"Penghargaan saya kepada Kerajaan Türkiye yang membantu permudahkan urusan ini. Alhamdulillah!," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran Facebook pada Jumaat, 10 Oktober 2025. 

Sembilan rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) telah diculik dan ditahan oleh rejim Zionis Israel pada Rabu, 8 Oktober 2025 ketika berada kurang daripada 120 batu nautika dari Gaza.  



Sementara itu, semasa berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza pada Rabu, 8 Oktober 2025, Anwar berkata, selagi bumi Gaza berdarah, rakyat Malaysia tidak akan diam, dan selagi nyawa tidak berdosa terus diragut, rakyat Malaysia tidak akan berhenti menuntut keadilan

Maka. kehadiran ramai kepada himpunan tersebut memperlihat denyut nadi rakyat Malaysia dan lautan manusia yang penuh dengan emosi, semangat dan tekad membela rakyat Palestin.

"Seperti sering saya tegaskan, isu Gaza bukan soal agama semata-mata tetapi ini soal kemanusiaan, soal keadilan, soal menentang kezaliman dan genosid yang tiada noktah.

"Selagi bumi Gaza berdarah, kita tidak akan diam. Selagi nyawa tidak berdosa terus diragut, kita tidak akan berhenti menuntut keadilan.

"Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka!!!!," tegas beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media

15
10
0
8
0
You will be interested