Pelajar Mobiliti Universiti Utara Malaysia (UUM) ke Universitas Gadjah Mada, Indonesia Muhammad Saniy Samsudin, 23, dijemput sebagai panel bersama dua siswa dari Universitas Mataram dan Universitas Jenderal Soedirman Indonesia yang dianjurkan oleh Prodi Pendidikan Bahasa Inggeris, Universitas Sembilanbelas November Kolaka secara dalam talian menggunakan aplikasi zoom pada 31 Julai 2021 lalu.
Pelajar semester empat Sarjana Muda Kewangan UUM ini berkongsi maklumat dan cara untuk menyediakan kertas kerja terbaik seperti yang dibentangkannya mengenai Krisis Ekonomi Global: Kesan Wabak COVID-19 pada peringkat antarabangsa ketika menyertai persidangan anjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang berlansung pada 26 hingga 28 Mac 2021 pada Persidangan dalam talian Asia World Model United Nations Virtual Conference MMXXI yang disertai 740 perwakilan antarabangsa dari 58 negara.
Pelajar Mobiliti Universiti Utara Malaysia (UUM) ke Universitas Gadjah Mada, Indonesia Muhammad Saniy Samsudin, 23.
Dzia Istiqlal, pelajar dari Universitas Mataram.
Raihan Zachary Ramadhan dari Universitas Jendral Soedirman.
Muhammad Saniy berkata antara panel lain yang turut dijemput ialah Dzia Istiqlal, pelajar dari Universitas Mataram dan Raihan Zachary Ramadhan dari Universitas Jendral Soedirman yang membentangkan topik mengenai diplomasi dan cara untuk menghasilkan kertas kerja pada peringkat antarabangsa.
Program itu telah dirasmikan oleh Netty Huzniati Andas yang mewakili Dekan Fakuti Pendidikan Universitas Sembilanbelas November Kolaka.
Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Prof. Madya Dr. Badariah Din.
Dalam pada itu Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) UUM, Prof. Madya Dr. Badariah Din ketika dihubungi yakin peluang yang diberikan seperti ini dapat meningkatkan pengalaman dan hubungan antara pelajar kampus ini dengan pelajar dari luar negara.
“Aktiviti terutama ketika COVID-19 ini perlu diadakan walaupun secara dalam talian kerana proses pembelajaran perlu diteruskan,” ujar beliau lagi.
Beliau menambah penyertaan Muhammad Saniy dalam program ini juga diharap dapat dikongsi dengan baik oleh peserta-peserta dari universiti di Indonesia.
"Muhammad Saniy berpengalaman dalam tiga penyertaannya pada peringkat antarabangsa sebelum ini iaitu Axiata Foundation University Leadership Development Programme (ULDP), Persidangan Dalam Talian Antarabangsa Asia Afrika dan Asia World Model United Nations Virtual Conference MMXXI yang disertai 643 peserta dari 65 negara itu pastinya memberikan kekuatan dari segi pengisian kepada peserta yang menyertainya nanti,” ujar beliau lagi.
Perkongsian mengenai cara untuk menjadi diplomat.
Kata Dr Badariah, dengan penyertaan daripada mahasiswa UUM ini pastinya dapat memperkasakan lagi agenda pengantarabangsaan UUM.
Kini UUM terdapat lebih 2,356 pelajar sarjana muda dan pascasiswazah dari 52 negara yang menyambung pengajian mereka di kampus ini.
Daripada 52 negara itu, lima negara yang mencatat pelajar yang teramai ialah Indonesia, China, Pakistan, Nigeria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Manakala pelajar lain ialah dari Somalia, Bangladesh, Perancis, Thailand, Jepun, Nigeria, Yaman, Jordan, Iraq dan Palestin.
Pihak pengurusan universiti sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada pelajar terutama dalam penyertaan pada peringkat antarabangsa sebagai pendedahan utama kepada mereka.
Muhammad Saniy dan dua panel lain dijemput untuk berkongsi maklumat mengenai hal-hal diplomasi, penulisan kertas kerja dan cara untuk menyertai persidangan antarabangsa. - KitaReporters
Perkongsian mengenai cara untuk membentangkan kertas kerja di forum antarabangsa.