Aduan & Netizen 18 Sep, 2019

PENIAGA PASAR MALAM PERLU JAGA KEBERSIHAN KAWASAN

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
SIKAP bertanggungjawab menjaga kepentingan umum perlu diterap di dalam diri setiap individu peniaga pasar malam sebagai usaha ke arah mewujudkan semangat kesepakatan dan kepentingan bersama, semata-mata untuk keselesaan warga komuniti setempat.

Pasar Malam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Kawasan Apartment Dan Kedai, Seksyen 7 Lestari Perdana, Seri Kembangan yang beroperasi setiap Khamis menjadi tumpuan penduduk sekitarnya untuk mendapatkan bahan keperluan harian.


Dengan ini mereka perlulah mengimbangkan antara aspek keuntungan perniagaan dan kebersihan suatu kawasan di mana mereka menjalankan operasi.

Ciri-ciri berkenaan penting dalam usaha menjaga kebersihan kawasan perniagaan yang menjadi sumber rezeki golongan ini  untuk menyara bantu keluarga dalam menjalani kehidupan harian.

Islam sendiri telah menetapkan bidang perniagaan merupakan sembilan daripada sepuluh punca rezeki. 

Oleh itu kalangan peniaga pasar malam ini wajar memanfaatkannya dengan jujur dan ikhlas sesuai dengan konsep  yang diletakkan oleh agama.

Sebagai individu yang berpegang kepada ajaran agama mereka perlu berfikiran kreatif dan terbuka dengan sentiasa berusaha menjaga kebersihan kawasan operasi perniagaan yang dijalankan.

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap daripada mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan, sekali pun sudah sedia ada pertugas pembersihan sampah saraf serta kotoran lainnya yang dibiayai oleh penganjur sama ada badan-badan tertentu termasuklah kontraktor Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Pengurusan Bersama (JMB), Persatuan Penduduk atau syarikat-syarikat yang dilantik.

Para peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar Malam MPSJ Kawasan Apartment Dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana perlu memupuk semangat kesepakatan bersama penduduk setempat bagi menjamin perjalanan perniagaan dalam suasana harmoni dan selesa.


Golongan peniaga ini perlulah sama-sama berkongsi tenaga dan ringan tangan memuatkan segala sampah sarap lebihan atau yang berpunca daripada  bahan jualan ke dalam plastik mahupun tong sampah supaya keadaan kawasan kelihatan kemas lagi ceria.

Selain itu, mereka juga tidak sewajarnya membuang sisa bahan jualan terutama yang menjalankan perniagaan  makanan dan minuman ke dalam longkang  atau dilonggok di kawasan landskap. 

Apalah salahnya barangan tersebut dimuat masuk dalam plastik atau tong sampah disediakan? 

Jika kegiatan tidak bertanggungjawab ini dilakukan, keadaan suatu kawasan pasar malam bakal tercemar dengan kotoran dan bau tidak menyenangkan, lebih-lebih lagi jika kedudukannya berhampiran kawasan kediaman.
Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan masalah kepada penduduk. 

Untuk tujuan ini, setiap individu peniaga berkenaan wajar menjaga kebersihan kawasan bagi membolehkan mereka berniaga dalam suasana bersih lagi selesa, tanpa gangguan yang kurang menyenangkan.

Malahan secara tidak langsung mampu menarik minat lebih ramai pengunjung membeli belah, 

Fikirkanlah kebaikan bersama antara para peniaga dan penduduk setempat yang sewajarnya berganding bahu bagi membolehkan mereka mendapat untung melalui jualan, di samping penduduk menikmati kebersihan alam sekitar tanpa masalah pencermaran bau dan sampah sarap.

Di pasar malam ini pakaian bundle dan pakaian baru boleh didapati dengan mudah.


Keadaan sebegini turut berlaku di Pasar Malam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kawasan Apartment dan Kedai di Jalan LP 7/3 Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga terutama yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman, tanpa memikirkan risiko melibatkan penduduk setempat telah membuang sisa jualan ke dalam longkang selain mencurahkannya di atas kawasan landskap.

Akibatnya para penduduk yang tinggal di Blok A dan B berhampiran  tapak pasar malam terpaksa menghadapi risiko masalah pencemaran bau hanyir tidak menyenangkan serta sampah bertaburan di atas landskap.

Persatuan Peniaga Pasar Malam Seksyen 7 Lestari Perdana  yang dipengerusikan oleh Haji Ishak Mohd.Amin melalui jawatankuasanya sudah beberapa kali memberi teguran dan ingatan supaya tidak lagi mengulangi perbuatan kurang menyenangkan itu.

Bagaimanapun tidak dihiraukan, malahan sebaliknya kumpulan berkenaan seolah-olah tidak faham atau sengaja berbuat demikian kerana mudah lagi senang.

Timbalan Pengerusinya, Azhar Abdul Razak yang ditemui di Seksyen 7 Lestari Perdana berkata, usaha memberi kesedaran kepada para peniaga mengenai perkara ini akan diteruskan dari semasa ke semasa, sekalipun kelompok minoriti itu tidak memberi kerjasama penuh.

Jualan buah-buahan termasuk yang diimport dari luar negara seperti oren, epal, anggur, buah kiwi dan lain-lain selalu mendapat perhatian orang ramai dan penduduk setempat.


Katanya, jika ada dalam kalangan penduduk atau orang ramai yang melihat sendiri ada peniaga mencurahkan sisa bahan jualan ke dalam longkang atau di atas kawasan landskap, mereka perlu ambil gambar dan hantar ke JMB dan MPSJ bagi membolehkan PBT berkenaan bertindak membatalkan lesen/permit peniaga terlibat.          

Pasar Malam MPSJ di kawasan Apartment dan Kedai, Seksyen 7 Lestari Perdana, yang mempunyai 180 petak niaga dan sebahagiannya masih kosong beroperasi setiap Khamis antara jam 3.30 petang hngga 9.30 malam, memberi kemudahan kepada hampir 10,000 penduduk setempat termasuklah Taman Desaminium, Seri Indah, Lestari Putra, Kota Perdana, Taman Puncak Jalil , Lestari Mansion, Taman Lestari Perdana dan sekitarnya. 

Sementara itu, Persatuan Penduduk  Kawasan Apartment dan Kedai, Seksyen 7 Lestari Perdana melalui pengerusinya, Hairi Eberahim pernah beberapa kali menyuarakan cadangan dalam mesyuarat Ahli Jawankuasanya untuk memohon kepada MPSJ supaya memindahkan tapak pasar malam ke suatu kawasan tertentu yang lebih sesuai.

Ini berpunca daripada keluh kesah penduduk berikutan isu pencemaran sampah sarap dan bau kurang menyenangkan serta tindak tanduk segelintir peniaga kurang bertanggungjawab.

Antara kawasan baru yang sesuai bagi pasar malam berkenaan, katanya di Jalan LP 7/2 Kinrara Uptown yang menempatkan bangunan kedai dan pejabat tanpa ada blok kediaman, selain tidak sibuk dengan laluan kenderaan dan pengangkutan. 

Kedudukannya hanya kira-kira 900 meter daripada tapak yang sedia ada sekarang.  

Katanya, pihak persatuan memandang serius  perkara ini dan bakal mengadakan pertemuan dengan Persatuan Peniaga Pasar Malam MPSJ, Seksyen 7 Lestari Perdana dalam masa terdekat.

Bagi Azhar pula,beliau tidak ada masalah tentang cadangan memindahkan tapak pasar malam ke kawasan baru yang lebih sesuai,

Untuk kebaikan bersama, ujarnya apa salahnya perubahan dibuat supaya peniaga dan penduduk sama-sama dapat menafaat, sekalipun puncanya oleh segelintir peniaga yang mementingkan keuntungan jualan semata-mata.  

Katanya, jadikanlah pasar malam ini sebagai tempat yang mampu mewujudkan kesepakatan antara penduduk dan peniaga. 

Bagi penduduk, ia memberi kemudahan mendapatkan pelbagai barangan kegunaan harian selain makanan dan minuman, manakala bagi peniaga ia mampu menjana sumber pendapatan ekonomi untuk keluarga dari kegiatan jualan dijalankan di situ.

Kedudukan sekarang Pasar Malam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berdekatan Kawasan Apartment Dan Kedai, Seksyen 7 Lestari Perdana, Seri Kembangan.


Kawasan inilah bakal menjadi penempatan baru jika Pasar Malam MPSJ, Kawasan Apartment Dan Kedai , Seksyen 7 Lestari Perdana berjaya dipindahkan.

5
1
1
3
3
You will be interested

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat

Samadi Ahmad in Aduan & Netizen 5 years ago

MAT MOTOR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU

Gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) Kota Bharu membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah anak-anak yatim itu di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan.
Kartini Mohd Noor in Aduan & Netizen 5 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Aduan & Netizen 5 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Aduan & Netizen 5 years ago