KERAJAAN diharap dapat mempertimbang untuk mewujudkan Kolej Tingkatan Enam di Perlis.
Ini kerana negeri-negeri lain sudah mempunyai Kolej Tingkatan Enam kecuali Perlis, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Labuan.
Moga dengan wujudnya kolej ini pastinya Perlis juga tidak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.
Bahkan, saya yakin dengan pengoperasian Kolej Tingkatan Enam ini pastinya dapat merealisasikan juga hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) yang ingin membuat penjenamaan semula dalam aspek sistem pendidikan yang mahu Kolej Tingkatan Enam ini dikenali sebagai prauniversiti termasuk penukaran jawatan pengetua kepada pengarah nanti.
Pastinya guru penolong kanan juga akan digantikan dengan timbalan pengarah, manakala guru pula dipanggil pensyarah nanti.
Perubahan ini pastinya memberi peluang kepada pengarah Kolej Prauniversiti yang akan diberi autonomi bagi pengambilan pelajar tingkatan enam secara terus jika masih ada kekosongan.
Melalui autonomi ini pengarah akan mengenal pasti pelajar berpotensi yang memerlukan peluang menyambung pengajian dan boleh menggunakan ‘kuasa’ itu untuk membuat tawaran sendiri secara terus kepada pelajar berkenaan.
Moga dengan penjenamaan semula ini akan memberi peluang mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN
Pemenang Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Perlis 2024
Aduan dan komen netizen boleh dibuat secara emel dan dihantar ke [email protected]. Hanya aduan dan komen terpilih sahaja yang akan disiarkan. - Editor
Tags: