Aduan & Netizen 06 Oct, 2019

TOK JANGGUT, MAHARAJA LELA BAKAL MEMBELAH SAMUDERA

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

ADIWIRA negara seperti Tok Janggut dan Maharaja Lela yang mencatatkan nama sebagai pejuang bangsa dan pencetus semangat kemerdekaan negara bakal menjadi seruan sejagat di lautan nan terbentang bila kapal Tentera Diraja Malaysia (TLDM) mengukir nama mereka pada enam daripada lapan kapal baharu yang dalam proses pembinaannya.

KD Tok Janggut, KD Maharaja Lela, KD Raja Mahadi, KD Mat Salleh, KD Mat Kilau dan KD Sharif Mansor akan menjelajah perairan negara menjelang tahun 2022 apabila ia siap dibina di Pelantar Kapal Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  di Perak dan Langkawi. 

Setiap kapal itu dianggarkan bernilai lebih RM9 bilion setiap satu. 


Ketika melawat pameran TLDM di Lumut saya diberi penerangan oleh pegawai tentera dan pegawai dari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, milik bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT), tentang kapal baru yang dijangka dimiliki Angkatan Tentera Malaysia (ATM).  

Projek yang dilancarkan pembinaan pada tahun 2017 dan kini berjalan lancar. Dua kapal lagi tu sedang dalam pembinaan di China.

Pembinaan kapal TLDM ini mempunyai pelbagai fungsi tersendiri. Ada untuk dijadikan kapal perang dan ada juga untuk pengangkutan seperti kapal yang dibina di China itu akan digunakan bagi perairan cetek. 

Seberat lebih 700 tan dan mempunyai keupayaan untuk berada di lautan selama 15 hari. Tempoh masa berada di laut itu adalah berdasarkan jangka masa operasi dan kecukupan bekalan makanan dan air.


Dua lagi kapal yang dibina di China dijangka siap hujung tahun ini dari jenis Littoral Mission Ship yang akan digunakan di lautan cetek dan lebih kepada pengawasi pergerakan pengangkutan laut dan mengawal selia nelayan negara yang memasuki peraiaran untuk menangkap hasil laut. 

Satu lagi kapal perang juga sedang dibina di China dengan kekuatan sederhana iaitu Littorial Combat Ship dengan kekuatan lebih kurang 50 krew dan seberat 3,100 tan yang mampu berada di lautan dalam tempoh 21 hari.

Sesuatu yang mengkagumkan bila kapal-kapal ini siap, kekuatan tentera kita terutama di sepanjang perairan akan lebih kemas kini lagi kerana ia dilengkap sistem terkini dan berteknologi tinggi. Ini sebagai memenuhi tuntutan masa dan strategi pertahanan negara. 

Sebab itu juga anggota tentera negara kini dipertingkatkan kemahirannya termasuk sebahagian besar daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).



Sementara itu, jurucakap Boustead memberitahu kapal yang dibina oleh tenaga mahir negara di Lumut dan Langkawi adalah terdiri daripada bekas-bekas tentera dan anak-anak tentera. 

Ini bermakna tenaga yang dimiliki angkatan tentera diguna semula untuk membina dan membaiki serta mengawal selia kapal milik negara.

Sementera itu, seorang anggota TLDM ketika ditanya pengalamannya berada di lautan berkata, tempoh operasi atas kapal adalah dari seminggu sehingga tiga bulan, bergantung kepada operasi. 

Selalunya kapal negara mengawal sekitar perairan laut terutama melindungi nelayan dan pencerobohan kapal asing.

Pernah melihat ikan duyung?

"Sepanjang berkhidmat 20 tahun atas kapal ni, saya belum lagi bertembung dengan kejadian aneh termasuk ikan duyung," kata pegawai ini sambil tersengih. 

Mungkin geli hati melihat saya bertanyakan soalan akibat terpengaruh dengan filem Pirates of the Carribean lakonan Johnny Deep tu.

Apapun kata beliau, pengalaman berada di lautan luas adalah sangat hebat. Melihat dunia air ciptaan Allah SWT walaupun adakalanya rindu pada anak isteri sentiasa menjengah di mindanya. Demi tugas untuk melindungi perairan negara itu lebih utama.

Dalam pameran dua hari sempena Hari Angkatan Tentera ke-80 baru-baru ini, yang TLDM Lumut di Perak menjadi tuan rumah, pelbagai acara menarik diadakan daripada kanak-kanak yang terbabit dalam pertandingan melukis, pertunjukan ular oleh anggota bomba, pertunjukan payung terjun bebas, pembarisan senyap, pancaragam, jualan makanan dan minuman oleh ahli-ahli Bakat dan lawatan ke kapal perang. 

Kemuncak pertunjukan adalah demonstrasi aksi perang dan selamatkan mangsa culik oleh lanun serta payung terjun bebas.

1
0
0
0
0
You will be interested

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat

Samadi Ahmad in Aduan & Netizen 5 years ago

MAT MOTOR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU

Gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) Kota Bharu membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah anak-anak yatim itu di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan.
Kartini Mohd Noor in Aduan & Netizen 5 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Aduan & Netizen 5 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Aduan & Netizen 5 years ago