Aduan & Netizen 03 Nov, 2019

ANAK DIPOTONG KAKI, SUAMI BERGAJI HARI..

@rashid rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this
BARU berusia tujuh tahun tetapi seorang kanak-kanak, Mohamad Afif Ilyas Mohd. Khaidir terpaksa melalui ujian besar dalam kehidupan apabila kaki kirinya terpaksa dipotong akibat kanser tulang.

Rosidah Kamisan bersama Mohamad Afif Ilyas Mohd. Khaidir dan seorang lagi anaknya.


Susulan pembedahan pada Mac lalu menyebabkan anak ketiga daripada lima beradik itu kini hanya mampu bermain dan berjalan dengan melompat-lompat dan tidak dapat meneruskan persekolahan.  

Ibunya, Rosidah Kamisan, 36, berkata, dia tidak menyangka kesakitan di kaki kiri anaknya akibat terkena sepakan rakan ketika bermain itu membawa detik hitam sehingga memaksa kaki anaknya itu dipotong.

"Dari kecil dia sememangnya lincah seperti kanak-kanak lain sehinggalah ketika berusia enam tahun dia mengalami sakit berlarutan pada bahagian kaki dan disahkan mengidap kanser osteosarcoma.

"Pada masa ini, saya masih melakukan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan anak saya tidak dapat bersekolah kerana keadaannya yang terpaksa melompat dan tanpa kaki palsu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Setia Jasa, Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Menurutnya, pada masa ini, anaknya itu masih terus mendapatkan rawatan susulan di HKL dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh serta memerlukan susu khas setiap hari.

Dia memberitahu pada masa ini, dia hanya menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai bulan ini dan bantuan zakat sebanyak RM1,000 diterima hanya sekali sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, keadaan keluarganya bagai jatuh di timpa tangga apabila suaminya yang berjawatan pembantu perubatan di Hoshas Temerloh hanya diberikan gaji hari pada masa ini disebabkan banyak mengambil cuti bagi menguruskan anaknya. 

Katanya, kekurangan pendapatan suaminya itu menyebabkan mereka sekeluarga terbeban dalam  menyara tiga orang anak yang masih bersekolah dan menanggung rawatan susulan anaknya itu.

"Pada mulanya suami dipotong gaji, kemudian tidak dibayar gaji, sebelum diberikan gaji hari pula pada masa ini kerana suami terpaksa bercuti untuk menguruskan anak yang sakit, saya pelik dengan tindakan ini kerana suami pun telah menunjukkan surat pakar kepada pihak majikannya.

"Jadi dengan mengharapkan gaji hari yang diberikan sememangnya agak perit apatah lagi untuk berulang ke HKL yang memakan belanja kira-kira RM300 selain susu khas yang perlu dibeli," katanya. 

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rosidah melalui talian 019-9485141 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Rosidah Binti Kamisan 06028024880440.

2
0
11
0
0
You will be interested

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat

Samadi Ahmad in Aduan & Netizen 5 years ago

MAT MOTOR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU

Gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) Kota Bharu membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah anak-anak yatim itu di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan.
Kartini Mohd Noor in Aduan & Netizen 5 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Aduan & Netizen 5 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Aduan & Netizen 5 years ago