Aduan & Netizen 21 Sep, 2019

DISIPLINKAN DIRI HADAPI FENOMENA JEREBU TAHUNAN INI

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
FENOMENA jerebu yang menyelubungi negara masa kini boleh menimbulkan pelbagai masalah dan mampu menganggu gugat kelancaran aktiviti sosial masyarakat.

Jarak penglihatan menjadi terbatas akibat fenomena jerebu yang berlaku sekarang.


Aktiviti kehidupan harian agak terganggu dan kurang lancar bila mana Indek Pencemaran Udara (IPU) mencecah melebihi paras sangat tidak sihat apabila menunjukkan angka lebih 300.

Sekolah-sekolah terpaksa dicutikan, para petani dan peladang yang mana bidang kegiatan mereka di ladang mahupun di sawah terpaksa dibataskan. Begitu juga dengan nelayan kenalah berehat turun ke laut.

Kegiatan di luar bangunan seperti riadah, sukan dan sebagainya perlu dikurangkan. Kegiatan niaga gerai di luar kompleks perniagaan dipendekkan masa operasi. Begitu juga dengan berbagai kegiatan sosial lainnya.

Kalangan petani dan penternak berpengalaman agak kurang selesa dengan kewujudan jerebu kerana dakwa mereka ia mampu membantutkan proses kelancaran pertumbuhan pembesaran pokok dan ternakan.

Golongan individu yang mempunyai penyakit seperti resdung, jantung, masalah paru paru ,alahan debu dan habuk serta lain-lainnya perlu lebih waspada juga berhati-hati. Mereka perlu dapatkan nasihat doktor atau ke klinik dan hospital jika terasa kelainan. Begitu juga  dengan mereka yang merokok.

Orang ramai yang terlibat dengan masalah jerebu biasanya agak tertekan dengan keadaan yang berlaku dan sanggup melakukan sesuatu sebagai usaha mengelak daripada menerima risiko membebankan.

Sehubungan dengan fenomena yang pernah diisytiharkan sebagai darurat di negara ini pada tahun 1997 dan 2015 susulan IPU melebihi paras berbahaya paling tinggi dalam sejarah hingga mencapai 650, maka perhatian serius perlu dilakukan oleh setiap daripada kita.

Jerebu membantutkan proses pembesaran tumbuh-tumbuhan dan menimbulkan risiko kurang selesa kepada  mereka yang berpenyakit.


Malahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada menyuarakan bahawa kerajaan mempunyai perancangan mewujudkan pelan jangka panjang dalam usaha memerangi jerebu rentas sempadan yang melanda negara setiap tahun yang memerlukan kerjasama negara-negara lain.

Kementerian Kesihatan menggariskan beberapa panduan khusus untuk orang ramai dalam menghadapi fenomena jerebu yang berlanjutan sejak beberapa minggu lalu.

Menurut Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah,  Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, antara langkah berkenaan termasuklah mengelakkkan diri daripada melakukan sebarang aktiviti di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu.

Penganjuran aktiviti luar perlu ditangguh bila IPU melebihi 100, banyakkan berada  di dalam bangunan, jika terpaksa gunakan penutup mulut dan hidung yang sesuai, pakai topi atau payung.

Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam bangunan, elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara sama ada di rumah atau bangunan, elakkan merokok, sentiasa bersihkan  sekitaran dalaman.

Apakah jerebu suatu kesilapan manusia atau amaran Allah kepada hambanya?


Banyakkan minum air kosong sekurang-kurannya lapan gelas sehari sekalipun tidak rasa dahaga, jika mampu pasang alat pendingin hawa dan penapis udara berkapasiti tinggi di rumah bagi menapis partikel (bendasing) halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

Sentiasa mengawasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit kronik saperti resdung, masalah paru paru, jantung, alahan debu dan habuk kerana golongan ini lebih mudah terjejas akibat terdedah kepada jerebu dan dapatkan rawatan sama ada di klinik, hospital mahupun fasiliti kesihatan lainnya jika kurang sihat.

Kalangan masyarakat Islam yang memiliki kelebihan seperti disarankan Al-Quran mengenai penggunaan kaedah tertentu dalam menghadapi jerebu ini termasuklah mengadakan sembahyang hajat dua rakaat dan mengamalkan doa khusus.

Antara doa popular yang selalu diamalkan semasa menghadapi jerebu.


Antara doa yang biasa diamalkan termasuklah doa ini yang maksudnya:

"Ya Allah ! Sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya. Dan kami memohon dengan Mu agar dijauhkan daripada keburukan angin dan cuaca ini dan daripada keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.  Wahai Tuhan kami lenyapkan azab (jerebu) ini daripada kami. Sesungguhnya kami orang yang beriman."

Dalam Al-Quran ada dua surah yang menyatakan mengenai jerebu iaitu Ayat 10, Surah Ad-Dukhan yang mana Allah berfirman maksudnya:

"Maka tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas." ( Quran : 44 : 10 ).

Ayat 11 Surah Al Fussilat yang maksudnya:

" Kemudian dia menuju ke langit dan langit itu masih saperti asap lalu Dia berfirman kepadanya dan bumi. Datanglah kamu berdua menyahut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa. Kedua-duanya menjawab kami datang dengan patuh." ( Quran : 41 : 11)

Journal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui tajuk 'Fenomena Jerebu Antara Perspektif Quran dan Sains Moden' yang ditulis tiga penyelidik iaitu Ahmad Yunus Mohd Noor, Nur Azilah Abdul Wahab dan Asmilyia Mohd Mokhtar dengan panjang lebar mengupas mengenai jerebu melalui sudut pandang Al-Quran dan bidang sains.

Jerebu atau Dukhan merupakan suatu yang kering antara langit dan bumi dipenuhi dengan asap yang menyelubungi permukaan bumi. Asap ini boleh membuatkan seseorang rasa pedih mata dan jarak penglihatan kabur.

Salah satu pemandangan di sekitar Taman Equine, Seri Kembangan semasa fenomena jerebu.


Dukhan juga dikaitkan dengan gambaran terhadap balasan Allah di akhirat kelak kepada mereka yang ingkar dengan syariat Allah. Sebilangan ulama tafsir menyebut jerebu telah berlaku di zaman Rasulullah SAW ke atas  kaum musyrikin yang ingkar perintah Allah dan melanggar segala larangannya.

Jerebu boleh didefinisikan sebagai fenomena pencemaran alam sekitar. Ruang udara dipenuhi asap yang mengandungi gas berbahaya kepada manusia. Zarah halus  campuran aerosol dan asap fotokimia tersebar di ruang udara dalam kepekatan tinggi menyebabkan jarak penglihatan berkurangan.

Fenomena jerebu harus dilihat dalam konteks holistik dan trandisplin supaya dapat dihayati serta difahami dengan sebaiknya supaya dapat memberi tauladan kepada manusia  agar tidak terus melakukan kerosakan di muka bumi dengan sewenang-wenangnya.

0
0
0
0
0
You will be interested

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat

Samadi Ahmad in Aduan & Netizen 5 years ago

MAT MOTOR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU

Gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) Kota Bharu membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah anak-anak yatim itu di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan.
Kartini Mohd Noor in Aduan & Netizen 5 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Aduan & Netizen 5 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Aduan & Netizen 5 years ago