Masyarakat 29 Oct, 2019

[VIDEO] JANGAN BANTU KOMUNITI SETEMPAT JE..

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

3

Share this

BANTUAN atau inisiatif membantu masyarakat tidak seharusnya tertumpu kepada komuniti setempat semata-mata.

Gambar dari https://www.facebook.com/joe.harry.319


Program khidmat masyarakat Islam (iCSR) Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi yang diadakan di Kampung Orang Asli Rakoh, Pos Lenjang, Lipis, Pahang memberi kesedaran dan membuka mata masyarakat bahawa terdapat golongan seperti itu yang memerlukan perhatian serta bantuan.

Aktiviti berlangsung 5 hingga 6 Oktober lalu disertai seramai 24 orang ahli jawatankuasa masjid dan penduduk setempat itu membangkitkan rasa keterujaan dalam kalangan peserta walaupun terpaksa mengharungi masa perjalanan yang panjang sekitar kira-kira empat jam untuk sampai ke destinasi.

Misi iCSR Pos Lenjang anjuran Biro Kebajikan Masjid Al Hasanah itu turut mendapat kerjasama Darul Uloom Al Islamiah, Jerantut dan Pejabat Agama Islam Daerah Lipis, Pahang.

Pengalaman berkonvoi menaiki kenderaan pacuan empat roda sejauh kira-kira 150 kilometer dari Bandar Baru Bangi itu turut memberi kesedaran kepada peserta bagi merasai dan berkongsi kepayahan penduduk yang berhadapan dengan jalan sempit di hutan termasuk merentasi sungai sebagai jalan utama perhubungan.


Ketua ekspedisi iCR Pos Lenjang, Mohd Safian Abdul Rahman berkata, dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan, tumpuan tidak hanya kepada golongan penduduk tempatan sahaja. 

Mohd Safian berkata, kami melaksanakan iCSR ini tidak hanya tertumpu kepada penduduk tempatan sahaja sebaliknya melangkau pelbagai komuniti memerlukan termasuklah golongan Orang Asli yang disifatkan sebagai golongan asnaf dan memerlukan perhatian.

Menurut beliau, kolaborasi antara Darul Uloom Al Islamiah dan pejabat Agama Islam Lipis itu turut menghimpunkan seramai 44 peserta bagi membantu mengadakan aktiviti keagamaan dan mengislamkan seramai lapan orang penduduk Orang Asli yang sebelum ini berpegang kepada ajaran datuk nenek moyang mereka.

Mohd Safian yang juga Nazir Masjid Al Hasanah berkata, penganjuran program seumpama ini dapat memberi inspirasi khususnya kepada organisasi masjid mahupun persatuan penduduk lain untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarelawan di luar.

Menurut beliau, hanya sebahagian kecil organisasi masjid yang mengadakan aktiviti luaran seumpama itu dan kebanyakannya hanya tertumpu di masjid dan kawasan komuniti berdekatan.

Gambar dari https://www.facebook.com/joe.harry.319


"Pendekatan idea baharu melangkaui kawasan itu bertujuan mewujudkan nilai kasih sayang dan sikap prihatin dalam kalangan peserta terhadap kesusahan dialami saudara Islam lain di luar yang memerlukan perhatian dan bantuan.

"Selain dapat mewujudkan sikap kerjasama, program itu juga mampu melahirkan ikatan silaturahim dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid bersama peserta dan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.

"Masyarakat Orang Asli di sini banyak memerlukan bantuan seperti mempunyai masalah kesihatan, kanak-kanak tidak bersekolah, tidak mempunyai pekerjaan tetap termasuk kehidupan yang amat terdesak seperti menyara ramai anak disebabkan kekurangan sumber kewangan.

"Kami berharap program ini dapat memberi kesedaran kepada peserta dalam mewujudkan rasa prihatin kepada masyarakat bahawa terdapat golongan seperti ini yang amat memerlukan perhatian serta bantuan.

"Melalui aktiviti itu juga kami menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,500 kepada Tok Batin Pos Lenjang termasuk sumbangan Iqra kepada kanak-kanak, sumbangan Al-Quran wakaf keluaran Masjid Al Hasanah, ,menyediakan makanan, pemberian hamper serta telekung, program gotong-royong membersihkan kawasan, dan sumbangan pakaian kepada penduduk. 

Gambar dari https://www.facebook.com/joe.harry.319


"Kami juga sempat mengadakan aktiviti sukaneka dan perlawanan bola sepak bagi melahirkan gaya hidup sihat dan merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk dan peserta.

"Berdasarkan sambutan yang menggalakkan kita bercadang meluaskan program iCSR ini pada masa depan supaya lebih banyak golongan memerlukan dapat menikmatinya dan berharap mendapat lebih banyak sumbangan dari pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai," katanya.

Sebelum berangkat pulang, misi iCSR Masjid Al Hasanah itu turut mengadakan program sumbangan wang tunai berjumlah RM1,500, wakaf Al-Quran keluaran masjid Al Hasanah, telekung dan pakaian kepada pusat pembelajaran Darul Uloom Al Islamiah hasil sumbangan masjid dan juga penduduk bagi pembangunan pusat pembelajaran berkenaan.

You will be interested

KENALI MAT REMPIT PRIHATIN, PENYAYANG

Sumbang derma wang tunai berjumlah RM25,140 bagi meringankan kesusahan seorang bapa, Mohd Zain Abdullah, 58, yang banyak berkorban menjaga tiga anaknya yang lumpuh

MAKANLAH SECARA PERCUMA JIKA TAK MAMPU!!

Peniaga Badrul Jamili Kamaruddin di Restoran Dapur Infaq Ummah di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang menerapkan konsep sedekah dalam perniagaannya
Zamzurina Ahmad in Masyarakat 3 days ago

BANTULAH SHAMSURIZAN!! PESAKIT SARAF, KULIT..

Shamsurizan Abdul Rahim, 39, sudah lebih tiga bulan terlantar di rumahnya di Taman Seri Indah, Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor kerana menghidap penyakit saraf dan kulit
Isa Ramli in Masyarakat 4 days ago

M SQUAD BAWA 'CAHAYA' KEPADA KOMUNITI

Sukarelawan Maxis, M Squad menceriakan komuniti Pusat Internet Intan Baiduri di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini dengan sesi Maxis’ Deepavali Festive Charity 2019
Editor 1 in Masyarakat 5 days ago

ANAK LEMAH BELAJAR: IBU BAPA SILA WASPADA

KEGAGALAN menguasai kemahiran kognitif (membaca dan menulis) atau sukar berinteraksi sebelum memasuki tahap satu sekolah bukanlah suatu sindrom yang remeh.
Hashnan Abdullah in Masyarakat 6 days ago
v