Aduan & Netizen 22 Sep, 2019

PERTAHAN KONSEP GOTONG ROYONG DARIPADA TERHAKIS

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

KONSEP gotong royong amalan tradisi yang kian pupus dalam kehidupan masyarakat moden hari ini perlu diwujudkan kembali sebagai usaha mengukuhkan nilai-nilai persaudaraan dalam kalangan warganya.

Proses memasukkan bubur Asyura yang sudah masak ke dalam bekas khas untuk diagih-agihkan kepada jemaah Surau Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor dilakukan dengan bergotong royong.


Selain itu, ia juga merupakan nilai tambah ke arah meningkatkan ciri-ciri perpaduan melalui sikap toleransi dan semangat kekitaan yang padu lagi jitu. 

Dalam konteks ini, konsep tersebut perlulah diserap pakai dalam setiap kegiatan melibatkan masyarakat terutama yang menetap di bandar-bandar serta di kawasan separa bandar.

Amalan gotong royong, yang sentiasa dipraktikkan oleh kalangan masyarakat di kawasan perkampungan, tidak kira daripada kaum Melayu, Cina mahupun India serta lain-lainnya, terbukti banyak memberi manfaat berguna.

Melaluinya, mereka dapat menjalani kehidupan dalam suasana harmoni dan bekerjasama tanpa menimbulkan sebarang prasangka negatif dan tidak menguntungkan.

Gerak kerja memasak bubur Asyura dijalankan dengan penuh komitmen secara bekerjasama.


Biasanya amalan ini dijalankan pada program-program seperti menjaga kebersihan kawasan, membina projek infrastruktur dan kemudahan awam, kenduri kendara, majlis perkahwinan, majlis-majlis keagamaan, program kebudayaan dan pelbagai.

Daripada apa yang diperhatikan konsep gotong royong ini kian terhakis bila masyarakat terdedah dengan arus kemodenan yang lebih mementingkan sikap individualistik dalam banyak perkara.

Manakala aktiviti tertentu masyarakat dilaksanakan secara tender kepada syarikat atau pihak-pihak tertentu dengan dibayar upah.

Bagi memastikan konsep amalan gotong royong ini terus bertahan dalam pelbagai aktiviti masyarakat di Malaysia pada masa akan datang, ia harus disemai dan didedahkan kepada anak-anak bakal generasi masa depan sama ada melalui subjek tertentu dalam silibus pembelajaran atau pada kegiatan masyarakat dengan melibatkan golongan berkenaan.

Sambil membincangkan pelbagai perkara semasa jemaah wanita bekerjasama menyiapkan bahan-bahan untuk memasak bubur Asyura.


Menyedari hakikat ini, pihak Pengurusan Surau Seksyen 7 Lestari Perdana (LP7), Bandar Putra Permai di Seri Kembangan, Selangor yang di pengerusikan oleh Haji Abdul Rahim Mohd. Ali mengambil inisiatif mengadakan program Gotong Royong Masak Bubur Asyura oleh ahli-ahli jemaah dalam kariahnya pada Ahad (22/9/2019) lalu.

Antara lain program itu bertujuan mengeratpadukan semangat silaturahim dan setiakawan dalam kalangan jemaah yang jarang berjumpa kerana masalah kerja dan sebagainya.

Program itu juga bagi memastikan konsep gotong royong terus dikekalkan dan diberi perhatian bagi setiap kegiatan dijalankan pada masa depan.

Bubur Asyura yang sudah siap dimasukkan dalam bekas khas siap untuk diagihkan kepada para jemaah Surau Seksyen 7 Lestari Perdana.


Sebelum ini, menurut Bendaharinya, Mohd Kiri Jit, pihaknya mengamalkan konsep gotong royong dalam beberapa aktiviti yang dijalankan termasuklah majlis sambutan hari raya, kenduri kendara, majlis nikah kahwin, program korban, sambutan Maal Hijrah dan lain-lain.

Bagi jemaah Surau LP7 yang sebahagian besarnya berasal dari kawasan luar bandar, isu mengamalkan konsep berkenaan tidak menimbulkan masalah kerana sudah menjadi kebiasaan buat mereka.

Pada program hari ini, sejumlah 60 orang terutama wanita, suri rumah dan remaja terlibat menjayakannya dengan bergotong royong dari penyediaan bahan-bahan, memasak bubur Asyura, penyediaan bahan makan tengah hari dan proses memasaknya.

 

Dalam suasana harmoni dan gelak tawa, jemaah yang terlibat menyiapkan program  dengan lancar dan teratur. Kerja-kerja mampu disiapkan lebih awal daripada masa sasaran yang dijangkakan.

Pihak surau menyediakan peruntukan RM300.00 untuk program Masak Bubur Asyura ini selain sumbangan orang ramai termasuk dari Persatuan Penduduk dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) LP7, di samping sumbangan jamuan secara potluck bagi makan tengah hari.

0
0
0
0
0
You will be interested

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat

Samadi Ahmad in Aduan & Netizen 5 years ago

MAT MOTOR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU

Gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) Kota Bharu membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah anak-anak yatim itu di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan.
Kartini Mohd Noor in Aduan & Netizen 5 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Aduan & Netizen 5 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Aduan & Netizen 5 years ago