Aduan & Netizen 01 Nov, 2019

"BUKAN SEMUA SALAHKU," KATA ORANG KETIGA...

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kongsi minda, bersih jiwa.


Renungan.

Kasihan bertukar kasih

Orang ketiga pemusnah hubungan?

Jangan buka ruang

Sebenarnya istilah orang ketiga bukanlah hal yang istimewa atau unik.

Tetapi disebabkan sering dikaitkan dengan sesuatu hubungan yang putus kerananya maka ia menjadi popular.

Jangan ingat artis dan selebriti saja yang dikaitkan dengan orang ketiga, orang biasa pun terpalit sama.

Setiap pernikahan pasti mengalami berbagai masalah dan konflik. Oleh itu, semua masalah harus diselesaikan dengan baik dan memuaskan bagi kedua-dua belah pihak.

Sayangnya, banyak pasangan yang menganggap masalah akan selesai dan pulih seiring dengan waktu. Tekaan ini salah. 

Kerana waktu tidak akan menyembuhkan masalah, jika dari dalam diri sendiri tak ada usaha dan keinginan untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Apabila seseorang itu tidak lagi serasi dengan pasangan, mereka akan mencari orang lain yang boleh memberi mereka kebahagiaan karena semua orang ingin disayangi.

Dan ketika bertemu orang yang mampu membuat mereka bahagia selain pasangannya, maka bermulalah kisah orang ketiga ini.

Kita boleh mengelak hal ini dari terjadi.

Jangan terburu-buru menyalahkan pasangan karena beralih kasih. Cuba perbaiki diri masing-masing.

Apakah kita sudah membuat pasangan merasa bahagia hidup bersama kita?

Jika ya, alhamdulillah jika tidak, perbaiki hubungan dan perkuat keteguhan rumah tangga atau perhubungan agar semua masalah yang terjadi diselesaikan dengan baik.

Jangan terlalu bersedih, sebab apapun yang terjadi masih ada ruang untuk betulkan keadaan. Kembali ke pangkal jalan, selesaikan kekusutan

Kehadiran orang ketiga menyakitkan.

Kita terpaksa belajar untuk setia dengn orang-orang yang mengkhianati hubungan kita.

Tidak semua orang dengan mudah dapat menerima kehadiran orang ketiga tanpa adanya rasa benci.

Apalagi jika orang ketiga itu yang benar-benar sudah dikenali.


Ingatlah..

Rasa ditikam dari belakang.

Pedih dan sakit sampai ke tulang

Tiada daya hendak menghalang

Bila sudah mabuk kepayang

Siang malam asyik terbayang

Sakit hati bukan kepalang

Harus sabar terus berjuang

Selamatkan kasih dan sayang.

Janganlah berputus asa dan menyerah dengan begitu saja.

Biasanya kita marah padahal masih sayang.

Banyak orang berpikir orang ketiga adalah salah satu penyebab keretakan dalam rumah tangga atau perhubungan.

Sebenarnya orang ketiga hadir di dalam kehidupan setiap pasangan karena kesalahan pasangan itu sendiri.

Mereka hadir karena salah seorang daripada pasangan memberi ruang yang cukup luas kepada mereka.

Mereka membiarkan ruang yang dibentuk sebagai akibat dari masalah yang tak dapat mereka selesaikan dengan baik untuk orang ketiga masuk.


🌹❤️ Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, fikir dahulu sebelum bertindak supaya tidak ada yang terluka hati dek kesilapan sendiri. 🌹❤️



1
0
0
0
0
You will be interested

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat

Samadi Ahmad in Aduan & Netizen 5 years ago

MAT MOTOR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU

Gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) Kota Bharu membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah anak-anak yatim itu di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan.
Kartini Mohd Noor in Aduan & Netizen 5 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Aduan & Netizen 5 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Aduan & Netizen 5 years ago