Aduan & Netizen 19 Oct, 2019

TUMPANG LALU CEF WAN.. INI CEF GENERASI BAHARU AEON

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada [email protected] & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada [email protected]

Share this
SEBAGAI seorang cef, mengetahui selok-belok dan taktik perniagaan dalam bidang kulinari adalah amat penting. Ini kerana, penyediaan hidangan bukanlah sekadar menghasilkan sajian lazat, malahan dekorasi dan hiasannya memerlukan kesabaran dan praktis yang berterusan. 

Seorang graduan menerima sijilnya daripada Dr Aruna  Ismail @ Abd Wahab (tengah) pada Majlis Konvokesyen sulung AEON Bakery School dan pelancaran AEON Delica School di Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir, Shinobu Washizawa (kiri) dan Poh Ying Loo, Pengarah Eksekutif AEON Co. (M) Bhd.


Inilah keseronokan yang menanti bakal graduan AEON Bakery School (ABS) kerana mereka berpeluang untuk menyertai kumpulan AEON Bakery. 

Ia merupakan usaha AEON Co. (M) Bhd. bagi mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan para remaja dan memperkasakan mereka dengan kemahiran terutama dalam bidang kulinari dengan melahirkan sendiri para pekerja dalam bidang ini agar memenuhi kehendak perkembangan pesat bidang makanan. 

Dalam masa yang sama AEON Co. bakal melancarkan sekolah memasak Delica School. Ia merupakan program tambahan di bawah AEON Skills Training Centre. 

Pertubuhan ini dicipta untuk membangunkan bakat selaras dengan prinsip AEON yang memberi tumpuan kepada Keamanan, Manusia dan Masyarakat. 

Kewujudan sekolah-sekolah ini bertujuan memastikan konsistensi dalam pelbagai produk yang dihasilkan oleh tenaga mahir yang bersemangat dalam apa yang mereka lakukan, dan dalam masa yang sama, mengekalkan sumber bagi memenuhi permintaan jabatan makanan AEON. 

Pada Majlis Konvokesyen sulung AEON Bakery School dan pelancaran AEON Delica School, Pengarah Bahagian Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, Dr Aruna Ismail @ Abd Wahab mengulas: 

"Kami memuji langkah AEON dalam usaha melahirkan bakat dalam kalangan para belia dalam bidang pemakanan dan juga menawarkan pekerjaan tetap buat mereka. Kami percaya bahawa graduan ini akan menjadi aset yang hebat dan menguasai penciptaan hidangan baharu yang memenuhi kehendak pelanggan."

Dr Aruna menambah, "penubuhan AEON Delica School akan terus menuju ke arah memupuk bakat cef generasi baharu yang akan meningkatkan nama industri bidang masakan dan membawanya ke tahap antarabangsa."

Kumpulan pertama graduan terdiri daripada kakitangan AEON dan belia yang mempunyai minat mendalam dalam bidang pastri telah mengikuti kursus intensif selama lapan bulan di cawangan AEON yang terlibat, antaranya AEON Taman Maluri, AEON Wangsa Maju, AEON Mid Valley, AEON Metro Prima dan AEON Bandar Utama. 

Kursus ini mendapat sokongan sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ia dikendalikan oleh pasukan profesional dengan pengalaman kerja lebih 22 tahun bersama AEON's Merchandising Bakery dan AEON Food Processing Centre. 

Shinobu Washizawa, Pengarah Urusan AEON Co. (M) Bhd. pula berkata, "Penubuhan AEON Delica School akan memberi inspirasi kepada bakat muda yang bercita-cita tinggi dalam bidang masakan dan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran yang sepatutnya bagi mencapai impian. 

"Ia juga bertujuan memenuhi jurang dengan melahirkan mereka yang berkemahiran dan berbakat untuk memenuhi kehendak pasaran untuk cawangan Delica kami." 


Bagi memastikan program ini selaras dengan piawaian pendidikan Malaysia, format yang digunakan AEON Delica School adalah sama dengan program pusat latihan kemahiran, iaitu 30% penekanan pada teori memasak dan 70% latihan industri.  

Dalam tempoh lapan bulan, pelajar akan menjalani kelas teori untuk dua bulan setengah di sekolah memasak di AEON MALL Metro Prima, sebelum memulakan latihan industri selama lima bulan setengah di salah satu daripada lima kedai AEON yang berdaftar di Bandar Utama, Mid Valley, Shah Alam, Bandar Puchong dan Bandar Sunway. 

Bagi tahun ini, program AEON Delica School dimulakan dengan dua pengambilan, iaitu pada bulan Oktober dan Disember 2019. Kumpulan pertama terdiri daripada 22 pelajar, manakala mulai tahun depan, terdapat tiga pengambilan setiap tahun. 

Pelajar yang layak akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh kursus, dan diberikan perlindungan insurans. Pengangkutan dan penginapan akan disediakan semasa program. 

Apabila tamat pengajian, mereka akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran. 

Mereka juga akan ditawarkan pekerjaan tetap dan akan ditempatkan di mana-mana cawangan AEON Delica terpilih. Permohonan kemasukan AEON Delica School dibuka kepada semua kakitangan AEON dan belia berumur antara 18 hingga 27 tahun. 

1
0
0
0
0
You will be interested

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat

Samadi Ahmad in Aduan & Netizen 5 years ago

MAT MOTOR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU

Gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) Kota Bharu membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah anak-anak yatim itu di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan.
Kartini Mohd Noor in Aduan & Netizen 5 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Aduan & Netizen 5 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Aduan & Netizen 5 years ago