Aduan & Netizen 12 Nov, 2019

ANAK LEMAH BELAJAR: IBU BAPA SILA WASPADA

@hashnan abdullah
Bekas wartawan Utusan Malaysia. Selain menulis berita dan rencana, turut ditugas menyiapkan rakaman video berdurasi 5 minit berkenaan tugasan tertentu.

Share this
KEGAGALAN kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif (membaca dan menulis) atau sukar berinteraksi sebelum memasuki tahap satu sekolah rendah bukanlah suatu sindrom yang remeh. : KitaReporters.com

PERANAN ibu bapa dalam mendidik anak-anak dari peringkat awal cukup penting supaya proses pembesarannya tidak terganggu. - ehsan liputan.com


Ini kerana, kegagalan sedemikian akan menyebabkan mereka akan sering kali ketinggalan atau sentiasa rasa rendah diri dalam semua aspek kehidupan.  

Dalam masa sama, kesan psikologi tersebut akan turut dirasai ibu bapa sendiri, khususnya apabila mereka melihat anak-anak orang lain berupaya berkembang baik sama ada dari segi kognitif dan interaksi sosial.

Ini selari dengan pandangan Ketua Program Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Mokhtar Tahar ketika ditemui di pejabatnya, UKM Bangi, Selangor baru-baru ini.

DR. MOHD. MOKHTAR TAHAR. 


"Selalunya ibu bapa tidak berapa perasan anak mereka alami masalah itu kerana tidak jauh berbeza dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, kalau rakan sebayanya boleh mula boleh menirap, merangkak atau bercakap pada usia setahun dua bulan, tetapi anak dia, setahun enam bulan.

"Pada mulanya, jarak tersebut tidak berapa besar tetapi jika tidak ditangani dari awal, ia berpotensi menjadi semakin jauh, khususnya ketika mereka mula memasuki alam persekolahan," katanya.

Bagaimanapun Dr. Mohd. Mokhtar memberitahu, sindrom tersebut bukanlah suatu yang tidak boleh dipulihkan kerana ibu bapa seharusnya memahami semua kanak-kanak mempunyai potensi untuk belajar.

“Tidak ada istilah kanak-kanak tidak boleh belajar kerana dengan strategi intervensi yang betul pasti anak-anak ini boleh berkembang dengan baik.

KEMAHIRAN kognitif boleh dibina juga melalui interaksi sosial dengan rakan sebaya mereka. - ehsan DarkAngel0408. 


Bagi Dr. Mohd. Mokhtar, kanak-kanak berkenaan menghadapi masalah pengamatan atau pengecaman yang agak lambat berbanding dengan rakan sebaya mereka menyebabkan mereka tertinggal.

Situasi tersebut, tambahnya, meletakkan kanak-kanak berkenaan walaupun ada potensi untuk pulih, berada di persimpangan antara yang normal dengan golongan kurang upaya (OKU).

“Mungkin apa yang dia dengar, tidak sama dengan apa yang dilihatnya, dan ini perlu dilaraskan melalui usaha intervensi oleh ibu bapa serta guru di sekolah.

“Jika lambat bertindak, saya secara peribadi kesian kepada kanak-kanak berkenaan kerana cuba bayangkan  mereka membesar tanpa boleh membaca atau menulis, dan sudah pasti, dia akan terus ketinggalan,” katanya.

GURU tidak mungkin mampu menyelesaikan masalah kognitif anak-anak kita. - ehsan un.org


Dalam menanganinya, Dr. Mohd. Mokhtar berkata, ibu bapa bukan hanya perlu bersikap terbuka terhadap kekurangan yang ada pada anak masing-masing, bahkan berusaha mencari ilmu untuk mengatasi kelemahan anak mereka itu.

Beliau berkata, ilmu sedemikian bukan lagi suatu yang sukar untuk diperoleh dan dipelajari kerana banyak organisasi bukan kerajaan (NGO) menyebarkannya melalui media sosial dan juga media tradisional.

“Dari segi fizikal, ia tidak ada perbezaan langsung kerana mereka lebih kepada aspek kelewatan pembangunan dari segi kognitif iaitu bahasa dan matematik, dan semuanya itu, akan ketara bila memasuki alam persekolahan.

“Tetapi, jika ibu bapa ada ilmu berkenaan, saya percaya mereka akan lebih sensitif dengan proses perkembangan anak masing-masing sejak lahir lagi seperti menirap, merangkak, sebutan, kenali orang sekeliling dan sebagainya,” katanya.

Cuma, beliau menambah, ibu bapa seharusnya bersikap sensitif terhadap perkembangan anak-anak bermula sejak lahir lagi dan jika wujud kelewatan berbanding kanak-kanak lain, mereka perlu ambil langkah segera untuk atasinya.

Jika berlaku kelewatan, katanya lagi, dibimbangi kanak-kanak berkenaan bukan hanya diletakkan dalam kategori pemulihan ketika memasuki alam persekolahan, bahkan lebih teruk, dia akan diturunkan kepada tahap pendidikan khas atau kurang upaya (OKU).

“Jadi, sebelum anak-anak itu dimasukkan ke tahap pemulihan atau pendidikan khas, ibu bapa perlu bantu mereka dengan cara atau pendekatan bersesuaian dari awal lagi ,” katanya.

Namun begitu, Dr. Mohd. Mokhtar berkata, bagi ibu bapa yang anaknya perlu memasuki kelas pemulihan semasa di sekolah rendah, tidak perlu dirisaukan kerana kelas itu diwujudkan khas untuk menangani pemasalahan sedemikian.

“Apa yang penting adalah ibu bapa kenalah ada kerjasama dengan guru sekolah, dan dalam masa sama, elaklah guna perkataan yang boleh merendahkan semangat mereka untuk terus belajar.

“Seandainya, anak mereka masih tidak pulih sehingga tamat tahap satu, guru akan membuat cadangan agar anak itu melalui pemeriksaan perubatan kerana mungkin ada masalah lain,” katanya. - KitaReporters.com

4
1
2
0
0
You will be interested

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat

Samadi Ahmad in Aduan & Netizen 5 years ago

MAT MOTOR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU

Gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) Kota Bharu membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah anak-anak yatim itu di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan.
Kartini Mohd Noor in Aduan & Netizen 5 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Aduan & Netizen 5 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Aduan & Netizen 5 years ago