Aduan & Netizen 10 Oct, 2019

BANK RAKYAT KINI ADA PESAING, INI DIA CO-OPBANK PERTAMA

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this

ATAS dasar prihatin terhadap kebajikan masyarakat, Co-opbank Pertama (CBP) meneruskan  tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan mereka yang berkeperluan di negara ini.

Bagi melaksanakan usaha murni itu, CBP memfokuskan kepada tiga teras utama terdiri daripada  pembangunan modal insan iaitu akses kepada kualiti pendidikan yang lebih baik pada peringkat sekolah bagi golongan kurang berkemampuan.

Teras kedua menyasarkan alam sekitar iaitu pemeliharaan dan pemuliharaan serta ‘green initiative’, manakala ketiga pembangunan komuniti iaitu pembangunan insaniah dan rohani melalui aktiviti keagamaan dan  badan bukan kerajaan (NGO).

Baru-baru ini, CBP tampil menghulurkan bantuan berjumlah RM6,000 bagi membeli 60 buah tilam  pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Dar Al Najah, Hulu Langat, Selangor.

Sumbangan itu  disampaikan Pengerusinya, Kamari Zaman Juhari kepada Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al Najah, Mohammad Asri Ab Razak dalam satu majlis yang berlangsung pada 8 Oktober lalu di pusat tahfiz berkenaan. 

Kamari Zaman, berkata menerusi sumbangan  itu diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan perbelanjaan pusat tahfiz berkenaan, di samping memberi  keselesaan kepada pelajar.

Menurut Kamari Zaman, CBP komited untuk melaksanakan tanggungjawab CSR  kepada masyarakat dari semasa ke semasa kerana pihaknya  sentiasa bersama dengan golongan yang memerlukan.

"Pada tahun ini, CBP telah membelanjakan lebih RM300,000 bagi program  CSR membabitkan pelajar sekolah dan aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara berdasarkan prestasi perniagaan setiap tahun.

"Aktiviti CSR ini bukanlah sesuatu perkara baharu, malah ia  merupakan salah satu agenda tahunan CBP yang merupakan salah satu strategi bagi mendekatkan hubungan pihaknya dengan masyarakat setempat, di samping membantu meningkat taraf ekonomi golongan yang memerlukan agar mereka dapat menikmati taraf kehidupan yang lebih selesa di masa depan."

"Pada tahun ini, CBP julung kali akan mengadakan aktiviti CSR bersama masyarakat Orang Asli Lemoi di Cameron Highlands melalui program bantuan kelengkapan persekolahan sebagai persediaan bagi sesi persekolahan tahun 2020," katanya.

Selain itu, program Back-To-School membabitkan 500 orang pelajar terpilih dari sekolah-sekolah di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur turut diadakan sebagai persiapan sesi baharu persekolahan tahun hadapan.

CBP yang dahulunya dikenali sebagai Co-opbank Persatuan kini menjalani proses transformasi selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP daripada Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Bhd kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad.

CBP yang mempunyai 23 buah cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menyasarkan   keuntungan sebanyak RM83 juta tahun ini, berbanding RM53 juta yang direkodkan pada 2018.

Kemudahan lain ditawarkan oleh CBP adalah dengan  memperuntukkan RM700 juta bagi portfolio pembiayaan peribadi dan pembiayaan koperasi sehingga 2020.

Peruntukan ini tidak hanya terhad kepada kemudahan peribadi sahaja malah ia meliputi lima kemudahan yang ditawarkan iaitu pembiayaan hartanah, pembia­yaan berjangka, pembiayaan penyambung, pembiayaan i-factoring serta pembiayaan i-kontrak.

1
0
0
0
0
You will be interested

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat

Samadi Ahmad in Aduan & Netizen 5 years ago

MAT MOTOR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU

Gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) Kota Bharu membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah anak-anak yatim itu di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan.
Kartini Mohd Noor in Aduan & Netizen 5 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Aduan & Netizen 5 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Aduan & Netizen 5 years ago