Masyarakat 27 Oct, 2019

ANAK!! JANGAN BIARKAN IBU BAPAMU MENANGIS...

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this

Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Kongsi minda bersih jiwa.


Renungan.

Bukan harta diminta

Cukup kasih sayang, doa

Keluarga segala-galanya.

Ibu bapa pendidik utama bagi kehidupan kita. Malah mereka rela melakukan apa saja demi kebaikan anak-anak.

Didikan orang tua membentuk kepribadian dan masa depan anak.

Kerana anak merupakan anugerah yang menjadi penyejuk hati di dalam sebuah keluarga. Kehadiran anak-anak, sinar bahagia buat semua ibu bapa.


Peranan anak pula?

Menjaga nama baik keluarga adalah antara tanggungjawab besar setiap ahli keluarga.

Setiap orang perlu menjaganya dengan hati-hati agar tidak tercalar.

Apa lagi jika keluarga tersebut telah menjadi teladan bagi orang disekitarnya.

Semakin baik diri kita, ujian semakin banyak. Tetapi orang yang memelihara nama baik keluarga, Allah akan pelihara mereka. 

Di manapun mereka berada pertolongan akan datang jika mereka perlukan dengan izin Allah.

Setiap anak harus menghormati kedua-dua orang tua dan seluruh anggota keluarga. 

Tetapi di era serba mencabar ini, ada anak melupakan kewajiban untuk berbakti kepada orang tua setelah dewasa dan berjaya.


Puncanya?

Abai perintah Allah

Leka dengan nikmat dunia

Lupa tanggungjawab

Lebihkan duniawi

Lupa akar hidup bermula di mana

Sedangkan

Selagi orang tua masih hidup, selama itulah kita harus menunaikan tanggungjawab untuk terus berbakti kepada mereka.

Salah satunya dengan menjaga nama baik dan kewajiban kita sebagai anak.

Panjatkan doa kepada orang tua agar kedua-duanya selalu mendapat rahmat dari Tuhan Yang Maha Esa. 

Doa untuk orang tua, baik yang masih hidup maupun telah meninggal merupakan kewajiban anak yang harus dilaksanakan.

Apabila ditinggalkan, akan terputus rezeki kita.


Ingatlah...

Ibu bapa tak minta duit ringgit kita

Tak minta harta benda

Tak minta untuk melancong ke ceruk dunia

Yang mereka mahu

Perhatian, kasih sayang, doa.

Jangan disakiti hati mereka

Jangan biar mereka menangis

Jangan dibiar mereka menunggu...

Kerana bahagia mereka di dunia, laluan kita ke syurga.


🌹❤️ Kasihkan anak bersengkang mata, sanggup korbankan jiwa dan raga, tinggi jasanya tidak terkata, tiada tandingan nilainya harga. 🌹❤️

4
1
0
0
0
You will be interested

AYAH! INI MOTOSIKAL BAHARU UNTUK AYAH..

Muhammad Faez Mohd Razali menghadiahkan sebuah motosikal baharu sebagai kejutan sempena hari jadi ayahnya, Mohd Razali Abdul Rahman baru-baru ini

Samadi Ahmad in Masyarakat 4 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Masyarakat 4 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Masyarakat 4 years ago

PERTEMUAN 15 TAHUN DI AWAN BIRU BERULANG

SEORANG lelaki tidak menyangka pramugari yang pernah ditemui di dalam pesawat 15 tahun lalu akhirnya menjadi rakan sekerja dan mentor kepadanya
Yati Yazid in Masyarakat 4 years ago

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat
Samadi Ahmad in Masyarakat 4 years ago