Aduan & Netizen 13 Nov, 2019

M SQUAD BAWA 'CAHAYA' KEPADA KOMUNITI

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada [email protected] & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada [email protected]

Share this
SUKARELAWAN Maxis, M Squad menceriakan komuniti Pusat Internet Intan Baiduri di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini dengan sesi Maxis’ Deepavali Festive Charity 2019. : KitaReporters.com

Pelbagai program menarik penuh dengan keseronokan dan aktiviti pembelajaran telah diadakan dengan kanak-kanak dan usahawan dari komuniti tersebut. 

Melalui bengkel pemasaran digital, usahawan setempat telah mempelajari cara-cara menggunakan media sosial, mencipta kandungan, fotografi dan perakaunan asas bagi meningkatkan perniagaan mereka. 

Bengkel khas juga telah diadakan untuk kanak-kanak bagi membantu mereka meneroka dunia dalam talian dengan lebih yakin dan bertanggungjawab. 

Mereka kemudiannya mengambil bahagian dalam pertandingan membuat kolam yang penuh dengan pelbagai warna.

“Kami amat teruja untuk meluangkan masa bersama komuniti di sini dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perkongsian ilmu. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli komuniti atas layanan ramah mesra yang diberikan. 

"Bagi Maxis, ini adalah detik-detik yang tidak ternilai,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat di Maxis dalam satu kenyataan media pada Isnin (11/11/2019) lalu.

Sukarelawan Maxis bergambar bersama komuniti Pusat Internet Intan Baiduri di Kepong, Kuala Lumpur sempena majlis Deepavali Festive Charity 2019.


“Kebanyakan wanita di komuniti kami mempunyai perniagaan sendiri, seperti menjual makanan dan pakaian. 

"Kami bersyukur Maxis mengadakan program digital sebegini di sini kerana penduduk amat memerlukannya,” kata S. Gunalan S. Suppiah, Ketua Masyarakat India, Persatuan Penduduk di PPR Intan Baiduri. 

Usahawan pakaian, Jeyanti a/p Arumugam, teruja untuk menggunakan teknologi bagi perniagaannya.

“Saya menjalankan perniagaan saree, lehenga dan sut Punjabi. 

"Penjualan secara amnya baik, tetapi saya tahu ada potensi lebih besar jika perniagaan dibawa dalam talian. Bengkel ini amat bermanfaat dalam membantu mempromosikan produk saya,” katanya. 

Pada majlis itu, Maxis juga menyampaikan kotak makanan kepada 25 keluarga kurang mampu dan menyambut perayaan Deepavali bersama hidangan makanan di pusat komuniti. 

Pusat Internet Baiduri adalah salah satu lokasi di mana Maxis menjalankan program komuniti perdana, eKelas, sebuah inisiatif pembelajaran digital yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di masyarakat bandar dan luar bandar. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis eKelas, sila layari https://www.ekelas.com.my/

Usahawan belajar bagaimana membuat studio mini bagi merakam gambar produk mereka untuk digunakan dalam media sosial.

 

0
0
0
0
0
You will be interested

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat

Samadi Ahmad in Aduan & Netizen 5 years ago

MAT MOTOR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU

Gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) Kota Bharu membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah anak-anak yatim itu di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan.
Kartini Mohd Noor in Aduan & Netizen 5 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Aduan & Netizen 5 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Aduan & Netizen 5 years ago