Aduan & Netizen 12 Oct, 2019

BERBUDI BAIK BERBAHASA INDAH, ITULAH PETUNJUK HARGA DIRI

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Kongsi minda bersih jiwa.

Renungan.

Hendak berbudi biarlah banyak

Supaya kekal jadi kenangan

Indahnya bahasa, tingginya budi,

Pelengkap cantiknya akhlak insan.

Nilai budi bahasa lambang keperibadian diri. Namun dalam masyarakat hari ini ia kian longgar. Budi bahasa telah dipersenda.

Budi bahasa tercalar kerana rakusnya manusia.

Didikan berkaitan budi bahasa tidak lagi menjadi perkara utama.

Bercakap ikut sedap rasa. Hormat tidak lagi kekal sebagai perbuatan baik yang selalu mpenjadi petanda mulianya sifat manusia.

Manusia hilang harga diri.

Bayangkan bagaimana perasaan kita yang terpaksa berhadapan dengan orang yang bercakap kasar, bermasam muka, panas baran dan sebagainya sehingga menyusahkan kita berurusan dengan mereka.

Yang mudah jadi payah. Yang cepat jadi lambat. Hanya kerana sikap dan katak. Kita cakap elok ditengking. Kita minta maaf, disergah. Berbudi bahasakah orang seperti ini?

Segelintir anak muda bercakap kasar dan tidak menghormati orang-orang tua. 

Segala nasihat dan tunjuk ajar orang-orang tua tidak dipedulikan sehingga mereka hanyut dalam arus kemodenan yang tidak berbudi bahasa dan menjadi kurang ajar ternasuk kepada ibubapa.

Budi bahasa akhlak kita, budaya kita.

Berbudi bahasa sangat penting dalam hidup seorang manusia. Berbudi bahasa adalah tutur kata yang elok, tinggi budi bicara, beradab, bersopan santun, bertatatertib, lemah-lembut, hormat, dan berakhlak yang mulia.

Senyum pula satu kewajiban.

Tidak hanya sesama manusia, ia termasuk berbudi dengan harta, tenaga, buah fikiran, nasihat, tunjuk ajar, sikap yang menggunakan bahasa yang baik dan menyenangkan orang lain. Semua ini terkandung di dalam budi bahasa juga.

Nilai budi bahasa sangat indah.

Bertutur dengan berlemah-lembut, layanan dengan wajah yang manis dan bersopan santun, kelakuan yang menyenangkan dan bersedia membantu orang lain dengan tangan dan hati yang terbuka juga perencah dalam budi bahasa.

Mudah mengamalnya tapi kenapa susah kita hendak buat?

Sebab kita tidak ada jiwa. Kita tidak guna akal. Kita ikut nafsu, lupa ada resam dan akar umbi.

Kita terpengaruh dengan budaya songsang, budaya liar yang bukan cara hidup kita.

Kita lupa ia bukan sahaja dapat memberikan kesan positif kepada orang lain, malah akan mendapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah SWT.

Sebenarnya orang yang memiliki budi bahasa termasuk dalam kategori orang yang baik budi pekertinya. Malah orang yang mempunyai budi pekerti baik adalah orang yang mulia. Yang orang suka. Yang Allah bangga.

Tapi ramai yang lupa akan nikmat ini.

Berhenti berkasar

Lembutkan lidah

Berhenti tinggi suara

Perlahankan bicara

Ingatlah...

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan hati.

Dalam ketenangan adalah kedamaian.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang keras seperti batu. Tetapi kata-kata yang kasar belum pasti menjadikan hati seperti sutera.

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak punya budi bahasa. Mereka yang tidak menjaga lidah dan kata-kata tetapi mengangkat diri sebagai orang berakhlak. Mereka yang umpama duri menyucuk diri sendiri.

❤️🌹 Jadilah insan yang cantik luaran dan dalaman. Cantik yang bersalut akhlak dan budi pekerti, yang indahnya selalu dipuji, yang harumnya terus mewangi.  ❤️🌹

0
0
0
1
0
You will be interested

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat

Samadi Ahmad in Aduan & Netizen 5 years ago

MAT MOTOR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU

Gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) Kota Bharu membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah anak-anak yatim itu di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan.
Kartini Mohd Noor in Aduan & Netizen 5 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Aduan & Netizen 5 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Aduan & Netizen 5 years ago