Aduan & Netizen 15 Nov, 2019

AYAH! INI MOTOSIKAL BAHARU UNTUK AYAH..

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
"AYAH tidak pernah berniat membeli motosikal baharu untuk dirinya, walaupun beliau dapat duit pencen pun dia akan dahulukan untuk anak-anak, jadi saya bercadang hadiahkan sebuah motosikal baharu sebagai kejutan  sempena hari jadinya baru-baru ini," kata Muhammad Faez Mohd Razali. : KitaReporters.com


Muhamad Faez, 28, yang juga seorang tukang gunting bergerak (mobile barber) membuat perkongsian mengenai video berdurasi dua minit 20 saat yang dimuat naiknya di Twitter pada Rabu (13/11/2019) lalu.

Menerusi video berkenaan, Muhammad Faez dilihat menyerahkan kunci motosikal jenis Yamaha Leganda sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiran ayahnya, Mohd Razali Abdul Rahman, 60, dengan perasaan sebak bercampur gembira.

Sebagai kejutan, kelihatan Muhamad Faez mengajak ayahnya ke luar rumah bagi melihat motosikal baru dibeli itu  sebelum menyerahkan kunci terbabit  kepadanya.


Rata-rata warganet memuji tindakan Muhammad Faez kerana menggembirakan ayahnya dan menyifatkannya sebagai seorang anak yang mengenang jasa ibu bapa.

Video yang tular itu meraih lebih 186,000 tontonan, 11,800 tanda suka dan 9,300 ulang ciapan yang membuatkan sebahagian warganet menangis dan merasa sedih, tatkala menonton rakaman yang diiringi lagu bertajuk "Titip Rindu Buat Ayah" yang dimuat naik dalam Twitter @muhdfaezrazali.

Muhamad Faez, berkata sempena hari jadi ayahnya beliau membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal dan ayahnya memberi reaksi ayat 'deep' (sentuh perasaan) pula kepada dirinya.

Beliau yang juga bekas pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kuala Kubu Bharu, Selangor berkata, impian dan niat untuk menghadiahkan motosikal kepada ayahnya sudah lama tersimpan  dan akhirnya tercapai.


Katanya, motosikal itu bukan dibeli secara tunai, sebaliknya secara ansuran dan dia tidak rasa terbeban dengan komitmen bulanan yang  akan ditanggung itu, malah merasa  gembira kerana dapat menggembirakan hati ayahnya.

"Pada awalnya video yang  dimuat di laman Twitter itu sekadar untuk berkongsi detik kegembiraan bersama rakan dalam laman sosial.

“Namun, lain pula jadinya apabila video berkenaan mendapat perhatian daripada warganet  dalam laman Twitter  dengan majoritinya memberi komen positif dan berkongsi pengalaman.

“Saya tiada niat untuk menunjuk, sebaliknya cuba melakukan apa yang dipesan bagi menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa selagi mereka masih hidup di dunia ini dan berharap perkongsian itu menjadi inspirasi dan diambil dari sudut positif," katanya.


Pada masa sama, Muhamad Faez turut mempromosi beliau membuat kerja sampingan selepas waktu bekerja sebagai 'barber call' sebagai wang sampingan untuk simpanan duit perkahwinan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas titipin doa kepada dirinya dan keluarga yang disampaikan warganet termasuk mendoakan kembali semoga warganet turut dimurahkan rezeki dan dapat berbakti kepada ibu bapa.

Seorang warganet,@epicfail_oink berkata, "wahhh mesti gembira ayah awak.... murah rezeki awak....Kita pun nak jugak hadiahkan kat mak ayah tapi belum mampu masih study."  

Tidak ketinggalan juga ada dalam kalangan warganet yang mengucapkan hari jadi kepada ayah Muhamad Faez seperti  @AsyraffRamlel yang berkata, "terbaik Faes! sebab kita boleh hidup sekarang semua sebab parents alhamdulillah.... ada rezeki share dengan  family. Happy Birthday to your father bro."



Dua orang wanita turut berkongsi kesedihan dengan video itu.

Seorang daripada mereka, @faridashazly yang berkata, "jaga ayah baik-baik. Serius tak dapat nak rasa nak bagi macam-macam kat parents. Setiap kali tengok macam ni. Nangis je mampu." 

@anis_attila pula berkata, "5 tahun lepas saya dengan kakak hadiahkan arwah ayah kereta baru sebab ayah cakap seumur hidup tak pernah pakai kereta koyak plastik. Lepas tiga bulan bekerja saya terus beli walaupun masa tu gaji tak seberapa mana.

"Alhamdulillah ayah sempat rasa naik kereta baru walaupun  sebulan je. Al-fatihah untuk Mad Yusof Yahaya." 


Seorang lelaki,@Hilmanmohd94 berkata, "selalu aku tengok Mat Salleh je buat macam ni,tahniah bro.Doakan aku juga dilimpahkan rezeki macam bro untuk bapas jasa mak ayah.

"Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.. sesungguhnya kewujudan kita hari ini  satu nikmat yang amat besar dari Allah swt. Melalui dua orang insan mulia ini kita hidup menjadi insan yang berjaya dan  tanpa mereka, siapalah kita..?"  - KitaReporters.com


2
0
0
1
0
You will be interested

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat

Samadi Ahmad in Aduan & Netizen 5 years ago

MAT MOTOR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU

Gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) Kota Bharu membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah anak-anak yatim itu di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan.
Kartini Mohd Noor in Aduan & Netizen 5 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Aduan & Netizen 5 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Aduan & Netizen 5 years ago