Hiburan 21 Oct, 2019

ASHA PAREKH: CINTANYA HINGGA KE PENGHUJUNG NYAWA

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

CINTANYA hanya satu. Sekali sudah dipilih hati tidak berbelah bahagi. Apabila insan disayangi pergi buat selama-lamanya, terpadamlah kasih sayang, musnahlah istana cinta yang tidak kesampaian.

ASHA PAREKH


Inilah derita yang ditanggung oleh aktres Asha Parekh, 77, yang memendam cinta dengan pengarah/produser filem Nasir Hussain, insan yang bertanggungjawab membawanya ke layar perak  melalui filem Dil Deke Dekho pada tahun1959.

Filem ini merupakan arahan kedua Nasir Hussain selepas percubaan pertamanya sebagai pengarah melalui filem Tumsa Nahin Dekha (1957) yang dibintangi Shammi Kapoor mendapat sambutan hebat.

Dil Deke Dekho bukan sahaja menemukan Nasir sebagai pengarah dan Asha sebagai pelakon utama, tetapi menyerlahkan keserasian kombinasi mereka. Kejayaan filem ini menjulang nama Asha sebagai antara aktres pujaan dan Nasir Hussain sebagai pengarah terkenal.

NASIR HUSSAIN


ASHA PAREKH bersama Shammi Kapoor dalam 'Dil Deke Dheko', filem yang menjulang namanya sebagai aktres.


Selepas itu Nasir terus memberi kepercayaan kepada Asha untuk menjadi leading lady dalam filem-filemnya, termasuk filem-filem pecah panggung seperti Teesri Manzil (1966) bersama Shammi  Kapoor; Pyar Ka Mausam bersama Shashi Kapoor (1969) dan Caravan (1971) bersama Jeetendra.

Kejayaan filem-filem yang dibintanginya menjadikan Asha antara aktres yang menerima bayaran paling tinggi dalam dunia perfileman Hindi.

Kekerapan bekerjasama dalam filem membenihkan bunga kasih. Bagi Asha, hanya Nasir Hussain yang berjaya menambat hatinya. Malah Asha pernah berkata:  “Hanya dia insan yang pernah bertakhta di hatiku”.

Sayang sekali cinta itu tinggal terpendam sehinggalah ke akhir hayat Nasir pada 2002. Sukar dan rumit sekali untuk cinta ini menjadi kenyataan kerana Nasir ketika itu sudah berkeluarga.

ASHA PAREKH, Nasir Hussain dan Amir Khan.


Pemergian Nasir, yang juga bapa saudara kepada aktor popular Amir Khan, bagai merobek hati Asha. 

Hidupnya hampa dan kosong. Setelah pemergian insan tercinta, tidak terlintas di hatinya untuk jatuh cinta dengan insan lain. Sehingga kini dia meneruskan kehidupan membujang.

Asha mengakui beliau mempunyai keinginan untuk berkahwin dan mempunyai anak, tetapi situasi amat sulit baginya. Tangannya bagai terikat kerana mencintai  orang yang sudah berpunya.

Malah pada satu ketika beliau pernah terfikir untuk membela anak angkat sebagai teman. Namun hasratnya itu dilupakan dan kini lebih selesa hidup bebas bersendirian.

Walapun Asha Parekh bergandingan dengan hampir kesemua aktor ternama dalam filem, tidak pernah hatinya terpaut untuk jatuh hati dengan mereka kerana ruang hatinya hanya diisi oleh Nasir Hussain. Benarlah, cinta pertama sukar dilupa.

ASHA PAREKH bergandingan dengan Rajesh Khanna dalam 'Kati Patang'.


ASHA Parekh bersama Shashi Kapoor dalam 'Pyar Ka Mausam'.


Barisan aktor ternama yang pernah bergandingan dengan Asha dalam filem termasuklah Dev Anand, Rajesh Khanna, Shammi Kapoor, Shashi Kapoor, Jeetendra, Joy Mukerji dan Dharmendra.

Kerana tekanan perasaan yang dihadapi selepas kematian Nasir dan kesunyian hidupnya menyebabkan Asha pernah mengalami kemurungan. Namun berkat usaha dokor yang merawat dan kekuatan dirinya membolehkan Asha kembali normal meneruskan kehidupan.

Sebuah buku biografi mengenai dirinya bertajuk The Hit Girl tulisan Khalid Mohamed diterbitkan pada 1971 sebagai penghormatan kepada aktres lagenda itu yang telah memulakan karier sejak kecil sebagai pelakon kanak-kanak.

Buku ini menggariskan susur galur kehidupan Asha dari zaman kanak-kanak, persekolahannya, penglibatannya dalam filem dan kejayaannya sebagai antara aktres ternama dalam dunia perfileman Hindi.

ASHA PAREKH DALAM FILEM 'Aan Milo Sajna'.


Setelah tidak aktif berlakon, Asha giat menerbitkan drama bersiri TV dengan beliau sendiri sebagai pengarah. Antaranya ialah siri Jyoti yang disiarkan pada tahun 90-an.

Kehebatan Asha diakui dengan pengurniaan anugerah tersohor. Dia memenangi anugerah Filmfare bagi kategori Aktres Terbaik melalui filem Kati Patang pada 1971.

Kerajaan India juga mengiktiraf kejayaan beliau sebagai anak seni melalui anugerah berprestij Padma Shree, pada tahun 1992.

Dalam mengharungi kehidupan seharian dan bagi menghilangkan rasa sunyi, Asha kini banyak menumpukan masa kepada aktiviti yang sangat disukainya, itu yoga dan menari.  Selain itu, menghadiri majlis-majlis khususnya yang menampilkan pelakon-pelakon lama seangkatan dengannya.

Kesemua aktiviti ini adalah umpama pengubat hatinya yang lara selepas pemergian kekasih tercinta. Baginya kehidupan tetap perlu diteruskan.

Bagi Asha, pemergian Nasir ibarat padamnya sebuah pelita. Namun memori indah mereka bersama akan tetap terpahat di hatinya sehingga akhir hayat.

ASHA PAREKH sekarang.


WAJAH jelita Asha Parekh.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

 

 

 

 

 

5
1
2
0
1
You will be interested

ALAMAK!! TIZ ZAQYAH KENA SERBU HANTU

Suasana hantu berkeliaran menyakat orang ramai itu berlangsung semasa pesta Nights of Fright 7 di Sunway Lagoon, Sunway, Selangor

Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago

NANTIKAN FESTIVAL MUZIK MELAYU TERBESAR

StereoFest akan berlangsung di tapak Palawan Green, Sentosa, Singapura selama dua hari bermula 22 hingga 23 Februari 2020, dengan gabungan artis tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura
Fariza Saidin in Hiburan 5 years ago

CINTA MUMTAZ: SATU BUNGA DUA KUMBANG

Meskipun pernah jatuh hati dengan dua aktor ternama, Shammi Kapoor dan Jeetendra, akhirnya Mumtaz bertemu jodoh dengan insan di luar dunia filem.
Ahmad Abd Hamid in Hiburan 5 years ago

TIDAK LAGI KU KEJAR GLAMOR - HAIRIE OTHMAN

Hairie yang pernah memegang watak Leftenan Adnan dan Hantu Waris dalam drama 'Kekasihku Seru' menceritakan pengalaman hijrahnya dalam sesi perkongsian Bicara Hijrah
Sahbulah Mohamad Darwi in Hiburan 5 years ago

ADA PIHAK SOROK SKRIP FILEM JATI DIRI MELAYU?

Menurut Jai Ghani, skrip rahsia kehebatan bangsa orang Melayu yang selama ini cuba difilemkan, sengaja disorokkan oleh produser tertentu
Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago