Hiburan 19 Nov, 2019

NANTIKAN FESTIVAL MUZIK MELAYU TERBESAR

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
KALENDAR pada suku pertama awal tahun 2020 bakal dihangatkan dengan gabungan artis tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura, selaku tuan rumah pada festival muzik Melayu terbesar - StereoFest! : KitaReporters.com

(Dari kiri) Zee Avi, Ayda Jebat dan AC Mizal (4U2C) antara artis-artis  dari Malaysia yang akan membuatkan persembahan pada StereoFest di Singapura pada Februari 2020.


Akan berlangsung di tapak Palawan Green, Sentosa, Singapura selama dua hari bermula 22 hingga 23 Februari 2020, muzik festival tersebut akan membawa lebih kurang 20 barisan artis terkenal bagi menghiburkan ribuan penonton selama 7 jam tanpa henti bermula pukul 3 petang.

Barisan artis Malaysia terdiri daripada Ayda Jebat, Zee Avi, Kumpulan 4U2C, Elizabeth Tan, Andi Bernadee  Ismail Izzani dan kumpulan New Boyz.

Ini sekali gus menyaksikan 'reunion' dua kumpulan ternama 90-an seperti 4U2C dan New Boyz yang diketuai vokalis utama masing-masing, Dato AC Mizal dan Tomok.

"Kami tidak menyangka masih diminati ramai walau pun sudah lama tidak mengadakan persembahan bersama apatah lagi dua ahli kumpulan kami berada di Indonesia," ujar Dato AC Mizal ketika ditemui pada majlis sidang media Stereo Fest di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Khamis (14/11/2019) lalu.

Tambah AC, kumpulannya akan tetap dianggotai 7 orang dan akan membawa 8 buah lagu yang dimedleykan daripada 22 buah lagu keseluruhannya.

Selain 4U2C, turut hadir dua penyanyi terkenal, Zee Avi dan Ayda Jebat yang tidak ketinggalan bakal memberikan persembahan terbaik mereka selama lebih kurang sejam masing-masing.


Seperti 4U2C yang dijangka menghasilkan dua lagu single terbaharu yang bakal dinyanyikan pada pentas StereoFest, Ayda Jebat juga khabarnya akan melancarkan single terbaharunya pada 28 November ini dan akan menyampaikan lagu tersebut pada festival sama.

Ayda akan membuat persembahan pada hari pertama bersama Ismail Izzani dan penyanyi terkenal dari Indonesia, Judika.

Judika mewakili artis Indonesia. - Foto: IG Judikaofficial.


Para artis lain yang disenaraikan dari Indonesia dan Singapura terdiri daripada antaranya Jaz, Rahila Rashun serta Kumpulan ANBS yang anggotai Fauzie Laily, Syed Azmir dan Hyrul Anuar.

Bagi menyaksikan pentas muzik Melayu terbesar ini, penganjurnya, Adi Media Pte Ltd., menyediakan dua kategori tiket di mana tiket biasa untuk hari pertama berharga RM204 atau SGD68 serta RM384 (SGD128) bagi kemasukan ke festival pada  hari kedua.


Selain itu, turut disediakan tiket VIP pada harga RM594 (SGD198) untuk sehari serta RM1,104 (SGD368) bagi tiket VIP termasuk sesi 'Meet & Greet', yang mana pemegang tiket tersebut berpeluang bertemu dengan artis kesayangan masing-masing.

Sambil berhibur dengan persembahan barisan artis, pengunjung festival berpeluang menikmati dan memilih pelbagai makanan yang disediakan dari vendor terkenal serta beberapa  aktiviti yang boleh disertai seluruh keluarga di kawasan "Festival VIllage" yang disediakan berhampiran.

Dian Rasid (tiga dari kiri) bersama Aishah (tengah)  selaku Pengarah Projek memperkenalkan barisan artis Malaysia, Zee Avi (kiri), Ayda Jebat (dua dari kiri)  dan kumpulan 4U2C yang dipimpin oleh AC Mizal (tiga dari kanan) pada sidang media StereoFest di Hotel Ibis baru-baru ini.


"Kami berharap festival ini dapat meningkatkan martabat muzik Melayu di rantau ini, malah menjadi platform utama bagi penyanyi tempatan berada di pentas sama dengan artis terkenal dari negara serumpun," ujar Pengarah Urusan Adi Media Pte Ltd., Dian Rasid yang pernah meraih kejayaan kala menganjurkan konsert pertama mereka 'CelebFest 2016' yang berjaya menarik lebih kurang 50,000 penonton menenuhi Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec ketika itu.

Dalam perkembangan lain,  Dian memberitahu pihaknya bakal menganjurkan StereoSearch, sebuah pertandingan mencari artis rakaman untuk industri muzik Melayu. 

Pertandingan tersebut akan diadakan secara dalam talian untuk peringkat awal di mana lapan penyanyi akan mengadakan persembahan secara 'live' di CelebFest pada bulan Disember nanti.

Menurut Dian, pertandingan berkenaan akan diadili juri profesional industri muzik Malaysia serta Singapura, dan juara akan membawa pulang hadiah bernilai SGD10,000, perjanjian rakaman EP (extended play) dan slot persembahan di StereoFest, Februari 2020 kelak.

Untuk maklumat tiket StereoFest boleh didapat melalui laman web www.stereofest.asia. - KitaReporters.com

2
0
0
0
1
You will be interested

TAHNIAH! NADIA, HUSAINI KE I-SING WORLD 2019

SIAPA pernah mendengar mengenai pertandingan nyanyian antarabangsa I-Sing World?

Fariza Saidin in Hiburan 5 years ago

CINTA MUMTAZ: SATU BUNGA DUA KUMBANG

Meskipun pernah jatuh hati dengan dua aktor ternama, Shammi Kapoor dan Jeetendra, akhirnya Mumtaz bertemu jodoh dengan insan di luar dunia filem.
Ahmad Abd Hamid in Hiburan 5 years ago

TIDAK LAGI KU KEJAR GLAMOR - HAIRIE OTHMAN

Hairie yang pernah memegang watak Leftenan Adnan dan Hantu Waris dalam drama 'Kekasihku Seru' menceritakan pengalaman hijrahnya dalam sesi perkongsian Bicara Hijrah
Sahbulah Mohamad Darwi in Hiburan 5 years ago

ADA PIHAK SOROK SKRIP FILEM JATI DIRI MELAYU?

Menurut Jai Ghani, skrip rahsia kehebatan bangsa orang Melayu yang selama ini cuba difilemkan, sengaja disorokkan oleh produser tertentu
Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago

30 LAGU BERENTAP PADA SEPARUH AKHIR MM34

Persaingan 30 buah lagu bagi merebut 12 tempat di pentas AJL34 kelak bakal bermula pada 15, 22 dan 29 November 2019 ini.
Fariza Saidin in Hiburan 5 years ago