Hiburan 16 Sep, 2019

APABILA SITI 'GOYANG SHOPEE', PEMINAT JADI TAK KERUAN

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
DALAM kekuatan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 40, berada selama 4 dekad melalui industri hiburan akhirnya tewas juga apabila menitiskan air mata kala menyampaikan lagu pertamanya, 'Jerat Percintaan' di Konsert Mini ShopeeXSimplysiti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kredit gambar: Dari IG Datuk Seri Siti Nurhaliza @ctdk


“Maafkan saya… saya rasa terharu apabila melihat ‘pendua’ saya yang memakai baju sekolah tu… terimbas masa zaman sekolah dahulu… masa saya mula-mula menyanyi… rasa sebak… dan bila sebak saya tak boleh menyanyi… itu masalahnya,” ujar Siti sebaik sahaja selesai menyampaikan lagu ‘Jerat Percintaan’.


Ini komen Siti Nurhaliza  yang dicatatkan melalui kapsyen Instagramnya.


Aksi yang berlaku spontan itu membuatkan lebih kurang 1,000 peminat Siti Nurhaliza serta pelanggan setia platform e-dagang, Shopee, memberikan tepukan semangat gemuruh kepada penyanyi kesayangan mereka itu walaupun Siti berhenti seketika beberapa saat sebelum meneruskan nyanyiannya.

Sesungguhnya, Konsert Mini ShopeeXSimplysiti bawa satu kelainan pada konsert-konsert plantun  lagu 'Anta Permana' ini apatah lagi bila buat pertama kalinya juga penonton yang hadir berpeluang menyaksikan Siti menari ‘Goyang Shopee’ sebanyak dua kali sebagai memenuhi segmen memberi 1 juta ‘Shopee coins’ kepada pelanggan yang mempunyai aplikasi Shopee dalam telefon bimbit mereka.



“Inilah pertama kali  saya buat macam macam dalam satu konsert.. ada games… goyang Shopee lagi….,” ujar Siti yang lebih popular disapa sebagai Tok Ti.

Memang gamat suasana dibuatnya apabila Tok Ti sendiri tersilap baca berapa jumlah ‘Shopee coins’ yang berjaya dikutipnya ketika ‘goyang shopee’ malah berterus terang apabila pada pusingan ‘goyang Shopee’ kali kedua Siti kata, “alamak tak keluar pula berapa jumlah points yang dapat … yang keluar Google Play…” disusuli sorak ketawa penonton.

Nampak sangat diva popular kita ini tidak bijak gunakan aplikasi belian dalam talian kan? Malah Siti secara jujur akui tidak membeli-belah secara online selama ini.

Sidang media selepas Konsert Mini ShopeeXSimplysiti di KLCC.

“Saya lebih suka membeli di kedai tetapi mungkin selepas ini saya akan berjinak-jinak membeli secara dalam talian,” akui Siti pada sidang media yang berlangsung selepas konsert.

Dalam pada itu, seperti yang dibicarakan Siti sendiri bahawa Konsert Mini ShopeeXSImplysiti ini memberikan satu kelainan pada dirinya berbanding konsert-konsert sebelum ini, waima ada segmen game, ‘goyang Shopee’ dan sebagainya, Siti nampak enjoy dengan persembahannya malah tetap memberikan sebuah konsert mini yang terbaik.

Pun begitu, dalam kegembiraannya Siti tidak lupa memberikan penghormatan terakhir dengan bertafakur Al-Fatihah kepada pemain gitaris. Aji Saman, 50, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada  5 September lalu.

Membawa konsep ringkas, konsert mini yang berlangsung kira-kira 2 setengah jam itu melayari kehidupannya sepanjang bergelar penyanyi sejak pada bangku sekolah sehinggalah ditemukan jodoh bersama Datuk Seri Khalid Jiwa yang disokong oleh klip klip gambar lama pada skrin pentas.

Ditambah pula dengan celoteh pengacaranya, deejay Fiza O atau nama penuhnya Nur Hafiza Osman yang membuat penonton tak kering gusi dengan usikannya khususnya kala bermain game di pentas, menambahkan lagi keriangan Konsert Mini ShopeeXSimplysiti.

Siti turut melancarkan produk minuman kecantikannya keluaran BeauSiti by Simplysiti

Berkongsi pentas sama, sebelum membuka tirai konsert, Siti Nurhaliza menyempurnakan majlis pelancaran produk terbaharunya, 'Beautessence'  yang merupakan minuman kecantikan keluaran BeauSiti by Simplysiti.

“Ini bukan jamu tetapi minuman botani yang berkhasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman,” ujar Siti pada media.

Selain itu, kemuncak pada kelainan persembahan Konsert Mini tu berakhir dengan alunan lagu OST filem ‘Dendam Pontianak” iaitu 'Kasihku Selamanya’ di mana ia buat pertama kalinya dipersembahkan secara ‘live’ di hadapan penonton.

“Saya memang simpan lagu ini untuk dinyanyikan khas sebagai penutup tirai konsert mini ini,” jelas Siti.

Memang satu persembahan tutup tirai yang mampu memuaskan hati bahkan kala lampu digelapkan seketika… mungkin ramai yang sangka akan menjelma ‘pontianak’ di pentas, namun sekadar gimik yang dicetuskan Siti.

“Sebenarnya ketika itu macam-macam idea yang timbul untuk gimik persembahan tu agar ada drama sikit tetapi... kita simpanlah untuk persembahan lain nanti,” ujar Siti.

Barangkali kekangan waktu dan penyebab lainnya yang tidak membenarkan babak drama itu terhasil agaknya kan?

Apa-apa pun, Konsert Mini ShopeeXSimplysiti ini sebuah persembahan santai yang tidak mengecewakan apatah lagi apabila ada interaksi spontan bersama peminat oleh Siti dan pengacaranya, Fiza  di atas pentas banyak menimbulkan suasana kelucuan.


Deejay, Fiza (kiri) sebagai pengacara banyak menambahkan suasana riang dan lucu pada sesi 'gaming' di atas pentas.


Mungkinkah ada jelajah Konsert Mini ShopeeXSimplysiti ke seluruh Malaysia atas kejayaan tiket ‘sold out’ ini? 

Kita sama-sama tunggu….. tentu peminat Siti Nurhaliza di luar Kuala Lumpur pun nak tengok Siti ‘goyang Shopee’ secara live ya tak?

Tetapi bagi yang tidak dapat hadir atau yang mahu mengimbas kembali konsert mini pada malam tersebut boleh menontonnya pada siaran ulangannya di Astro Prima saluran 105 dari jam 9 malam hingga 11 malam pada 26 September 2019 depan  ya…

3
0
0
0
0
You will be interested

ALAMAK!! TIZ ZAQYAH KENA SERBU HANTU

Suasana hantu berkeliaran menyakat orang ramai itu berlangsung semasa pesta Nights of Fright 7 di Sunway Lagoon, Sunway, Selangor

Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago

NANTIKAN FESTIVAL MUZIK MELAYU TERBESAR

StereoFest akan berlangsung di tapak Palawan Green, Sentosa, Singapura selama dua hari bermula 22 hingga 23 Februari 2020, dengan gabungan artis tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura
Fariza Saidin in Hiburan 5 years ago

CINTA MUMTAZ: SATU BUNGA DUA KUMBANG

Meskipun pernah jatuh hati dengan dua aktor ternama, Shammi Kapoor dan Jeetendra, akhirnya Mumtaz bertemu jodoh dengan insan di luar dunia filem.
Ahmad Abd Hamid in Hiburan 5 years ago

TIDAK LAGI KU KEJAR GLAMOR - HAIRIE OTHMAN

Hairie yang pernah memegang watak Leftenan Adnan dan Hantu Waris dalam drama 'Kekasihku Seru' menceritakan pengalaman hijrahnya dalam sesi perkongsian Bicara Hijrah
Sahbulah Mohamad Darwi in Hiburan 5 years ago

ADA PIHAK SOROK SKRIP FILEM JATI DIRI MELAYU?

Menurut Jai Ghani, skrip rahsia kehebatan bangsa orang Melayu yang selama ini cuba difilemkan, sengaja disorokkan oleh produser tertentu
Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago