Hiburan 27 Aug, 2019

PELAKON SUARA BBB PERLU JIWA YANG TENANG - NURFATHIAH

@muzlina abu bakar
Berkerja di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad selama 35 tahun dan 32 tahun daripadanya bertugas sebagai wartawan hiburan. Bersara dari Utusan 2013 sebagai Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia/Pancaindera.

Share this
JIWA yang tenang dan tidak boleh stress walau sedetikpun adalah penting untuk seorang pelakon suara animasi.

PELAKON suara BoBoiBoy, Nurfathiah Diaz bersama 'tujuh watak BBB' dalam filem BoBoiBoy Movie 2.


Tanpa ketenangan jiwa ia amat sukar untuk melontarkan suara bagi menzahirkan lakonan berkesan dalam pelbagai 'mood' untuk 'watak' yang dilakonkan.

Apalagi jika pada tangan anda sekadar ada skrip tanpa visual sebagai panduan.

"Itulah yang selalu Thiah ingatkan pada diri supaya tenang demi menepati watak dan jalan cerita filem animasi ini," beritahu Nurfathiah Diaz, pelakon suara untuk watak BoBoiBoy dalam filem BoBoiBoy Movie2.

Nurfathiah, 20, atau lebih mesra dengan panggilan 'Thiah' berkata, ini amat penting apalagi daripada 100 peratus komitmennya dalam filem berkenaan hanya 20 peratus yang mempunyai visual ketika proses rakaman suara dijalankan.

Berpandukan skrip dan guideline oleh Pengarah Audio, Anas Abdul Aziz yang turut dibantu oleh Aema, Thiah melontarkan suara dalam pelbagai mood karakter BBB meskipun visualnya tiada.

Bagaimanapun kerana minatnya yang mendalam apalagi sudah lapan tahun membawa karakter BoBoiBoy sejak animasi itu ditayangkan di TV pada tahun 2011, Thiah berjaya membawakan wataknya dengan berkesan.

"Sebenarnya pada awal apabila Pengarah, Abang Nizam Razak menawarkan Thiah sebagai pelakon suara BBB, Thiah minat watak Yaya.

"Tetapi setelah menjalani uji bakat, suara Thiah dikatakan sesuai untuk watak BoBoiBoy," cerita Nurfathiah, siswa Pengurusan Pejabat di UiTM, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Menceritakan watak dan perwatakannya dalam filem BBBM2, Nurfathiah yang menjalani proses rakaman selama 5 bulan dan empat jam sehari menjelaskan;

"Watak BoBoiBoy kali ini berbeza daripada filem pertamanya. Dalam filem pertama, kuasa pecahan Elemental BoBoiBoy hanya tiga tetapi BBBM2 kuasanya berpecah kepada tujuh."

Bersandarkan kuasa pecahan Elemental gempa, halilintar, taufan, ais, duri, blaze (api) dan solar, Thiah harus sesuaikan lontaran suara mengikut karakter berkenaan.

Kuasa pecahan Elemental ais moodnya lebih tenang dan happy, sementara api pula sombong, garang dan macho, manakala angin karakternya sempoi.

"Walau apapun karakter bersandarkan kuasa pecahan Elemental, pengarah memberi kebebasan pada Thiah menzahirkan dialog itu tetapi setiap perwatakan suaranya mestilah berbeza," kata Nurfathiah, anak sulung daripada tiga beradik.

Menurut Nurfathiah, disebabkan sepanjang proses rakaman tidak banyak mempamerkan visual, beliau kagum dengan filem berkenaan apabila pertama kali menontonnya semasa diundang ke majlis tayangan perdana BBBM2.

"BBBM2 memang hebat dan semasa mengikuti 'roadshow' di Terengganu maklum balas daripada penonton memberi semangat pada Thiah untuk teruskan tugas dengan BBB," komen Nurfathiah mengenai filem terbitan Animonsta Studios yang telah mencecah kutipan tiket sebanyak RM25 juta ini.

18
0
0
2
1
You will be interested

ALAMAK!! TIZ ZAQYAH KENA SERBU HANTU

Suasana hantu berkeliaran menyakat orang ramai itu berlangsung semasa pesta Nights of Fright 7 di Sunway Lagoon, Sunway, Selangor

Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago

NANTIKAN FESTIVAL MUZIK MELAYU TERBESAR

StereoFest akan berlangsung di tapak Palawan Green, Sentosa, Singapura selama dua hari bermula 22 hingga 23 Februari 2020, dengan gabungan artis tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura
Fariza Saidin in Hiburan 5 years ago

CINTA MUMTAZ: SATU BUNGA DUA KUMBANG

Meskipun pernah jatuh hati dengan dua aktor ternama, Shammi Kapoor dan Jeetendra, akhirnya Mumtaz bertemu jodoh dengan insan di luar dunia filem.
Ahmad Abd Hamid in Hiburan 5 years ago

TIDAK LAGI KU KEJAR GLAMOR - HAIRIE OTHMAN

Hairie yang pernah memegang watak Leftenan Adnan dan Hantu Waris dalam drama 'Kekasihku Seru' menceritakan pengalaman hijrahnya dalam sesi perkongsian Bicara Hijrah
Sahbulah Mohamad Darwi in Hiburan 5 years ago

ADA PIHAK SOROK SKRIP FILEM JATI DIRI MELAYU?

Menurut Jai Ghani, skrip rahsia kehebatan bangsa orang Melayu yang selama ini cuba difilemkan, sengaja disorokkan oleh produser tertentu
Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago