Hiburan 26 Oct, 2019

KONSERT REPVBLIK & FRIENDS: JUMPA DI SANA...

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this
BAGI peminat seni hiburan apa yang lebih mengujakan dalam mengakhiri tahun 2019 pada bulan Disember nanti jika tidak meraikannya bersama penyanyi atau kumpulan yang diminati apatah lagi jika artis dari seberang.

Kumpulan Repvblik di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Pix Ridwan Mohamad.


Jika itulah yang sedang anda carikan mungkin apa yang dirancang oleh Loud Nation Entertainment Sdn Bhd ini sesuatu yang mampu menambat hati.

Ya… bermula 18 Disember 2019, Loud Nation Entertainment bakal membawa kumpulan yang terkenal dengan lagu hit mereka ‘Sandiwara Cinta’ menjelajah tiga negeri bermula dengan Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Sabah.

Bila sebut lagu ‘Sandiwara Cinta’ sudah tentu ramai yang dah tahu bukan?

Benar! Kumpulan yang dianggotai enam orang lelaki berasal Indonesia ini, Repvblik bakal menemui peminat mereka di Malaysia melalui konsert yang dinamakan “Repvblik & Friends”.

‘Friends atau kawan yang dimaksudkan di sini merupakan artis jemputan Repvblik iaitu penyanyi

Andmesh yang lagu hitnya,  ‘Cinta Luar Biasa’  mendapat Iebih 161 juta tontonan di YouTube.

Repvblik bergambar kenangan bersama kumpulan Floor 88.

Malah penyanyi berasal Indonesia ini juga akan ditemani kumpulan popular dari Malaysia, Floor 88 yang kini popular dengan lagu hit mereka 'Hutang'.

Repvblik yang dianggotai Ruri (vokal), Hexa (rhythm gitar), Lavy (bass), Tyar  (keyboard/backing vokal), Randy (drum), dan El  (gitar utama) akan mengadakan konsert sulong mereka bertempat di KL Live Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum ke Johor Bahru pada 20 Disember di Persada dan berakhir di Sabah pada tanggal 22 Disember 2019 untuk bertemu peminat mereka di negeri di Bawah Bayu itu.

“Kami akan menyampaikan kira-kira 12 lagu bagi persembahan lebih kurang 2 jam,“ ujar Hexa atau nama penuhnya. Hexanantha Sayuthi (pix bawah, baju putih) sewaktu ditemui pada sidang media yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini yang turut dihadiri kumpulan Floor 88.


Menjanjikan satu persembahan hebat untuk peminatnya, kumpulan dari Bogor ini akan mempersembahkan beberapa buah lagu yang menjadi siulan peminat antaranya sudah tentu 'Sandiwara Cinta’ dan ‘Aku Takut’.

Lagu ‘Aku Takut’ daripada album terbaharu mereka yang diterbitkan pada tahun 2016 mendapat 

sebanyak 181 juta tontotan.

Barangkali mereka juga bakal membawa beberapa lagu yang diterbitkan melalui lima buah lagi album yang tersedia sejak band ditubuhkan pada tahun 2004, tetapi mula aktif tiga tahun kemudian dengan album pertama berjudul ‘Punya Arti’.

Seperti kata Hexa, ‘tak kenal maka tak sayang’, justeru pemain gitar ritma ini berharap peminat yang masih belum mengenali band ‘Repvblik’ dapat bersama mendampingi mereka dengan lebih dekat melalui konsert yang bakal diadakan tersebut.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai konsert ‘Repvblik & Friends’,  Pengarah Urusan A Loud Nation selaku penganjur, Khairul Azim berkata:

 “Dengan menggabungkan Repvblik bersama Andmesh dan Floor 88 serta Jaz Hayat (yang akan dijemput menyanyi di Sabah), ia menepati konsep pada judul konsert iaitu “Repvblik & Friends” atau “Repvblik & Kawan2”.

“Ini adalah sebuah bonus yang sengaja kami berikan kepada penggemar yang hadir kelak kerana pada harga yang sangat mampu, mereka boleh menikmati 3 pemuzik di satu lokasi konsert berlangsung,” tambah Khairil.

Harga tiket konsert 'Repvblik & Friends' di KL Live, Kuala Lumpur dan Persada Johor, Johor Bahru dijual pada harga RM188 pada 1 November 2019, dengan pembelian 'early bird' berharga RM148 pada 25 Oktober 2019 (hari ini) sahaja.

Dalam pada itu, Floor 88 yang turut dianggotai enam pemuda iaitu  Achoi, Akram, Amir, Ayie Elham, Eric Fuzi dan Falique melahirkan ucapan terima kasih atas pemilihan mereka sebagai ‘kawan’ Repvblik.


“Walau pun kami pernah menyampaikan lagu ‘Sandiwara Cinta’ namun ini kali pertama kami berpeluang mendampingi Repvblik malah berterima kasih kepada mereka yang menjemput kami sebagai rakan dalam konsert,” ujar Eric Fuzi selaku keyboardis Floor 88 (dua dari kanan).



Majlis sidang media turut mendengar ucapan ringkas melalui video daripada penyanyi  berusia 22 tahun, Andmesh Kamaleng yang melahirkan rasa terujanya dapat bertemu dengan peminat Malaysia pada bulan Disember kelak.


Manakala Jaz Hayat, 26,  atau nama sebenarnya, Aziz Hayat, seorang lagi penyanyi Indonesia tetapi berasal dari Brunei Darussalam akan menjadi kawan di Konsert Repvblik & Friends di Sabah pada 22 Disember 2019.

Pemuda ini mempunyai dua lagu single iaitu “Dari Mata” (2016) dan “Kasmaran’ yang mendapat sambutan malah pernah tampil di Anugerah Planet Muzik (APM) pada tahun 2013.

Apa-apa pun jika korang  peminat Repvblik dan kawan-kawannya ini elokah membuat tempahan tiket awal ya.

Pembelian boleh dilakukan di www.myticket.asia atau sebarang pertanyaan boleh hubungi +603 8605 0195.

1
0
0
0
0
You will be interested

ALAMAK!! TIZ ZAQYAH KENA SERBU HANTU

Suasana hantu berkeliaran menyakat orang ramai itu berlangsung semasa pesta Nights of Fright 7 di Sunway Lagoon, Sunway, Selangor

Kartini Mohd Noor in Hiburan 4 years ago

NANTIKAN FESTIVAL MUZIK MELAYU TERBESAR

StereoFest akan berlangsung di tapak Palawan Green, Sentosa, Singapura selama dua hari bermula 22 hingga 23 Februari 2020, dengan gabungan artis tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura
Fariza Saidin in Hiburan 4 years ago

CINTA MUMTAZ: SATU BUNGA DUA KUMBANG

Meskipun pernah jatuh hati dengan dua aktor ternama, Shammi Kapoor dan Jeetendra, akhirnya Mumtaz bertemu jodoh dengan insan di luar dunia filem.
Ahmad Abd Hamid in Hiburan 4 years ago

TIDAK LAGI KU KEJAR GLAMOR - HAIRIE OTHMAN

Hairie yang pernah memegang watak Leftenan Adnan dan Hantu Waris dalam drama 'Kekasihku Seru' menceritakan pengalaman hijrahnya dalam sesi perkongsian Bicara Hijrah
Sahbulah Mohamad Darwi in Hiburan 4 years ago

ADA PIHAK SOROK SKRIP FILEM JATI DIRI MELAYU?

Menurut Jai Ghani, skrip rahsia kehebatan bangsa orang Melayu yang selama ini cuba difilemkan, sengaja disorokkan oleh produser tertentu
Kartini Mohd Noor in Hiburan 4 years ago