Hiburan 20 Oct, 2019

TAHNIAH! TUJUH PEMENANG AWAL ANUGERAH SKRIN DIUMUM

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this
KEHANGATAN Anugerah Skrin Kebangsaan 2019 (ASK 2019) yang bakal berlangsung pada 1 November 2019 depan semakin membahang apabila tujuh pemenang kategori bukan drama dan teknikal sudah pun diumumkan terlebih dahulu baru-baru ini.

Johan Ishak (kot biru) bersama barisan artis duo yang akan menyampaikan trofi ASK 2019 tahun ini bergambar kenangan di sidang media ASK 2019 di Kuala Lumpur.


Trofi ASK 2019 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima,  Johan Ishak itu meliputi pemenang-pemenang mengikut senarai di bawah ini:

1. Reka Bentuk Set Terbaik - Anugerah Skrin 2018

2. Montaj Terbaik - Halaqah 2019

3. Rancangan Dokumentari Terbaik - Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertuan Agong Yang Ke-16)

4. Rancangan Bual Bicara Terbaik - Feel Good Show (Deepavali)

5. Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama (Aduan Rakyat 'Kampung Sampah')

6. Rancangan Hiburan Terbaik - Konsert Minggu Ini: Ratu 2.0 (RTM)

7. Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 33

Pemenang ASK 2019 - 'Laporan Khas Berita Terbaik' - Buletin Utama (Aduan Rakyat 'Kampung Sampah' menerima trofi daripada Johan Ishak.

Visual penerimaan tujuh pemenang berkenaan bakal disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober 2019 kelak. Jadi para pemenang nantikannya ya!

Untuk ASK 2019 tahun ini, sebanyak 30 kategori, merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal dipertandingkan, termasuk  tiga kategori baharu di bawah kategori drama yang diperkenalkan pada tahun lepas iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina),  Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Pemenang 'Rancangan Anugerah Terbaik' dimiliki oleh siaran Anugerah Juara Lagu 33 menerima trofi mereka dari Johan Ishak.

Masih kekal dengan objektif penganjurannya sejak tahun 1994, ASK 2019 meneruskan usaha untuk memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air. 

Selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM, ASTRO SHAW dan BERNAMA untuk menyertai ASK 2019 ini. 

Menggamatkan pentas #ASK2019 yang akan berlangsung  pada 1 November 2019  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula jam 9 malam, sejumlah 6 orang pasangan selebriti popular tanah air diundang sebagai penyampai anugerah.

Eira Syazira dan suami, Azad Jasmin antara penyampai trofi ASK 2019 tahun ini. Pix:IG Eira.


Mereka terdiri daripada Zizan Razak & Nabila Huda, Rozita Che Wan & Zain Saidin, Siti Sarah & Shuib, Shaheizy Sam & Syatila Melvin, Eira Syazira & Azad Jasmin serta pasangan yang menggelarkan diri mereka ‘mama dan papa’ iaitu Elly Mazlein & Shuk Sahar.

Gandingan serasi 'mama & papa' Elly Mazlein dan Shuk Sahar turut diundang sebagai penyampai anugerah.

“Susulan dengan maklum balas positif yang diterima pada tahun lepas, ASK 2019 mengekalkan konsep untuk tidak menampilkan hos utama. 

"Enam pasangan selebriti popular dan sensasi akan berperanan sebagai penyampai anugerah untuk mengacarakan majlis anugerah penuh gilang-gemilang ini,” ujar Cik Sherina Nordin, Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad kepada media.

Selain itu, ASK 2019 menjanjikan pengisian program yang menghiburkan sepanjang kelangsungan malam kemuncak anugerah.

Barisan artis undangan yang bakal menyerikan persembahan pentas nyanyian pula terdiri daripada  pasangan duo lama dan baharu, Dato' Jamal Abdillah & Sissy Imann, Syamel & Ernie Zakri, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah serta Ayda Jebat & Santesh.

Hael Husaini dan Dayang Nurfaezah, antara pasangan penghibur ASK 2019. Pix: IG Hael

Selain itu, penonton akan dihiburkan dengan pertunjukan silap mata yang memukau oleh The MADgicians, tarian yang energetik oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey & Zizi Kirana serta nyanyian dari Andi Bernadee.

Jadi, jangan ketinggalan menyaksikan malam kemuncak anugerah berprestij ini dan mengetahui siapa pemenang keseluruhan 23 kategori yang dipertandingkan pada 1 November melalui siaran langsung di TV3.

Sementara itu, acara Karpet Merah ASK 2019 akan dikemudikan oleh Sean LJE dan Nina Nadira akan bersiaran secara langsung menerusi TV9 dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam. 

Selain itu, kemeriahan acara karpet merah ini juga dapat disaksikan secara langsung di laman sosial Facebook dan YouTube @TV9Malaysia dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam.  

Untuk  berita lanjut, kisah di sebalik tabir dan perkembangan ASK 2019  boleh diperoleh melalui laman www.xtra.com.my.

Barisan karyawan dan artis yang hadir memeriahkan sidang media ASK 2019 di De Wan, Kuala Lumpur.

0
0
0
0
0
You will be interested

ALAMAK!! TIZ ZAQYAH KENA SERBU HANTU

Suasana hantu berkeliaran menyakat orang ramai itu berlangsung semasa pesta Nights of Fright 7 di Sunway Lagoon, Sunway, Selangor

Kartini Mohd Noor in Hiburan 4 years ago

NANTIKAN FESTIVAL MUZIK MELAYU TERBESAR

StereoFest akan berlangsung di tapak Palawan Green, Sentosa, Singapura selama dua hari bermula 22 hingga 23 Februari 2020, dengan gabungan artis tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura
Fariza Saidin in Hiburan 4 years ago

CINTA MUMTAZ: SATU BUNGA DUA KUMBANG

Meskipun pernah jatuh hati dengan dua aktor ternama, Shammi Kapoor dan Jeetendra, akhirnya Mumtaz bertemu jodoh dengan insan di luar dunia filem.
Ahmad Abd Hamid in Hiburan 4 years ago

TIDAK LAGI KU KEJAR GLAMOR - HAIRIE OTHMAN

Hairie yang pernah memegang watak Leftenan Adnan dan Hantu Waris dalam drama 'Kekasihku Seru' menceritakan pengalaman hijrahnya dalam sesi perkongsian Bicara Hijrah
Sahbulah Mohamad Darwi in Hiburan 4 years ago

ADA PIHAK SOROK SKRIP FILEM JATI DIRI MELAYU?

Menurut Jai Ghani, skrip rahsia kehebatan bangsa orang Melayu yang selama ini cuba difilemkan, sengaja disorokkan oleh produser tertentu
Kartini Mohd Noor in Hiburan 4 years ago