Hiburan 23 Aug, 2019

FILEM BOBOIBOY MOVIE 2 BAKAL KE VIETNAM

@muzlina abu bakar
Berkerja di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad selama 35 tahun dan 32 tahun daripadanya bertugas sebagai wartawan hiburan. Bersara dari Utusan 2013 sebagai Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia/Pancaindera.

Share this
SETELAH melakar kejayaan manis dengan mencatat jualan tiket sebanyak RM21 juta dalam tempoh 11 hari tayangan, BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) mencipta sejarah tersendiri apabila ditayangkan di Vietnam mulai 30 Ogos ini.

Sebanyak 126 panggung di Vietnam akan menayangkan filem animasi bertaraf antarabangsa terbitan Animonsta Studios yang menelan kos penerbitan sebanyak RM7 juta dan disiapkan dalam tempoh setahun.

Ketua Pengawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak dan dua lagi rakan produksi akan berada di Vietnam selama tiga hari mulai 29 Ogos ini bagi memastikan semuanya berjalan lancar dalam tempoh penayangan filem animasi berkenaan.

Tayangan di Vietnam yang dialih suara untuk penonton di sana merupakan sesi kedua jelajah BBBM2 luar dari Malaysia.

Sebelum ini, BBBM2 telah dan masih ditayangkan di Singapura (14 pawagam Cathay), Brunei (5 pawagam) dan di 150 pawagam di Indonesia serentak dengan penayangan di Malaysia mulai 8 Ogos.

Selain Vietnam, Animonsta juga menerima permintaan dari Thailand dan Filipina, namun masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang perjanjian rasmi.

Bagaimanapun, Animonsta menyasarkan tayangan di Korea Selatan, India dan China dalam waktu terdekat ini.

Nizam berkata, kesediaan pawagam di Vietnam menayangkan filem ini meletakkan BBBM2 di satu tanda aras bahawa filem animasi terbitan tempatan sudah mendapat tempat di hati penonton luar dari Malaysia.

Beliau yakin faktor utama filem ini mendapat sambutan masyarakat kerana kisah yang dipaparkan bukan sahaja untuk

kanak-kanak malah ia juga sesuai untuk golongan urban yang mana turut ditonton oleh bukan Melayu.

"Dari kajian yang kami buat sepanjang 11 hari tayangan di 145 pawagam di Malaysia, 40 peratus penonton adalah terdiri daripada kanak-kanak, sementara 60 peratus pula adalah orang dewasa yang berusia antara 45-55 tahun," kata Nizam mengenai filem yang membawa mesej tidak mudah mengaku kalah dan saling bekerjasama dengan nilai-nilai murni.

BoBoiBoy pertama dengan kos penerbitannya RM5juta dan disiapkan dalam tempoh dua setengah tahun menemui para peminatnya pada tahun 2016.

Menyentuh mengenai catatan jualan tiket RM21juta dalam tempuh 11hari, Nizam berkata;

"BBBM2 bertuah kerana mendapat syarat wajib tayang pada musim cuti sekolah yang mana ia mencatatkan kutipan tiket antara RM3juta hingga RM4juta pada Sabtu dan Ahad.

" Selain cuti sekolah dan promosi yang luas, Animonsta amat bertuah kerana mempunyai Astro sebagai rakan pemasaran dan promosi untuk filem ini.

"Setakat ini kami membelanjakan lebih RM1juta untuk tujuan promosi dan nampaknya ia memberi pulangan yang baik."

Menurut Nizam, walaupun telah mencatat kutipan RM21juta, mereka memerlukan RM25juta untuk mendapat pulangan modal dan keuntungan.

"Ramai rakan yang menonton meramalkan filem ini boleh mencecah kutipan melebihi RM40 juta tetapi kami di Animonsta berserah kepada rezeki dan sokongan penonton," kata Nizam yang juga pengarah dan penulis skrip BBBM2.

Selain menampilkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya Gopal, Fang, Yaya dan Ying, BBBM2 menampilkan watak baru iaitu musuh utama, Retak'ka pengguna asal Kuasa Elemental.


BBBM2 membawa kisah BoBoiBoy dan rakan-rakannya diserang oleh Retak'ka yang cuba merampas Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy untuk menguasai galaksi.

BoBoiBoy dan rakan-rakannya cuba menghentikan usaha Retak'ka demi menyelamatkan galaksi daripada ancamannya.

Selain Retak'ka, satu lagi watak baru yang muncul dalam filem ini ialah Pipi Zola iaitu anak kepada Papa Zola.

Kekuatan watak Pipi Zola yang comel ialah bijak benar-benar menarik hati mereka yang telah menonton filem ini.

Apakah kemungkinan Pipi Zola akan muncul dengan sirinya sendiri di masa akan datang?

Hanya Nizam Razak dan Animonsta Studio yang mempunyai jawapannya.

2
2
0
0
0
You will be interested

ALAMAK!! TIZ ZAQYAH KENA SERBU HANTU

Suasana hantu berkeliaran menyakat orang ramai itu berlangsung semasa pesta Nights of Fright 7 di Sunway Lagoon, Sunway, Selangor

Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago

NANTIKAN FESTIVAL MUZIK MELAYU TERBESAR

StereoFest akan berlangsung di tapak Palawan Green, Sentosa, Singapura selama dua hari bermula 22 hingga 23 Februari 2020, dengan gabungan artis tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura
Fariza Saidin in Hiburan 5 years ago

CINTA MUMTAZ: SATU BUNGA DUA KUMBANG

Meskipun pernah jatuh hati dengan dua aktor ternama, Shammi Kapoor dan Jeetendra, akhirnya Mumtaz bertemu jodoh dengan insan di luar dunia filem.
Ahmad Abd Hamid in Hiburan 5 years ago

TIDAK LAGI KU KEJAR GLAMOR - HAIRIE OTHMAN

Hairie yang pernah memegang watak Leftenan Adnan dan Hantu Waris dalam drama 'Kekasihku Seru' menceritakan pengalaman hijrahnya dalam sesi perkongsian Bicara Hijrah
Sahbulah Mohamad Darwi in Hiburan 5 years ago

ADA PIHAK SOROK SKRIP FILEM JATI DIRI MELAYU?

Menurut Jai Ghani, skrip rahsia kehebatan bangsa orang Melayu yang selama ini cuba difilemkan, sengaja disorokkan oleh produser tertentu
Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago