Hiburan 22 Aug, 2019

FAZURA DIGANGGU KELIBAT PONTIANAK MENYERUPAI DIRINYA

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
Pelakon Fazura mengalami pengalaman mengejutkan apabila berdepan kelibat 'pontianak' ketika berada di set penggambaran filem 'Dendam Pontianak' terbitan produksi filem dari SIngapura, Tiger Tiger Pictures.'

Pemilik nama penuh, Nur Fazura Sharifuddin, 35, memberitahu pertemuan seram itu berlaku semasa beliau sedang melakonkan watak 'pontianak' kira-kira pukul 3 pagi.

"Pontianak tu berambut panjang menutupi wajahnya namun pakaiannya sama seperti yang saya pakai sewaktu itu iaitu berkebaya putih," ujar Fazura yang lebih mesra disapa Faz ketika ditemui pada majlis pelancaran filem 'Dendam Pontianak" baru-baru ini.

Filem 'Dendam Pontianak' terbitan produksi dari Singapura, Tiger Tiger Pictures yang bakal mengilai di pawagam Malaysia bermula 12 September ini turut membariskan pelakon Remy Ishak, Namron, Hisyam Hamid, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Nadia Aqila, Shenty Feliziana dan adik Nik Harraz Danish.

Selain Fazura yang mengalami pengalaman menyeramkan, setiap pelakon lain turut mempunyai cerita mereka tersendiri ketika di set penggambaran.

Heronya, Remy Ishak mengakui agak rasa gementar bukan kerana dihantui pontianak tetapi ketika berlakon di samping Fazura yang ketika itu baharu sahaja berkahwin dengan pelakon Fatah Amin.

"Nafas saya tercunggap-cunggap ketika bersama Fazura malah nak letak kepala pada bahunya pun saya meminta maaf dan mohon keizinannya maklumlah dah jadi isteri orang," cerita Remy dalam ketawa kecil.

Fazura yang mendengar pengakuan Remy memuji tingkah laku pelakon berkenaan yang meminta kebenarannya untuk bersentuhan.

"Pelakon lelaki harus mencontohi sikap Remy. Sebenarnya, Remy tidak perlu pun minta maaf kerana ini hanya lakonan tetapi dia tetap berbuat demikian dan saya hargainya," ulas Faz.

Lain pula pengalaman yang dilalui aktor veteran, Namron yang terpaksa mencipta manteranya tersendiri untuk memanggil 'pontianak'.

"Saya elak guna mantera sebenar yang boleh diperoleh dari kitab lama kerana takut ia mampu memesongkan akidah selain berbahaya. Jadi saya olah dan cipta sendiri dan sampaikan dalam cara tersendiri supaya penonton sukar faham apa yang disebutkan,jadi tidaklah mereka pertikaikan bacaan mantera itu kelak," jelas Namron atau penuh penuhnya, Shahili Abdan (kanan).

Berlainan pula cabaran yang dialami pelakon dari Singapura, Hisyam Hamid (kiri) yang terpaksa menahan pedih mata gara-gara perlu memakai kanta lekap (contact lens) rona putih bagi menutup seluruh bola matanya.

"Setiap kali perlu menjalani  babak saya berubah wajah dengan mata putih, setiap kali juga saya mengambil masa hampir setengah jam untuk masukkan kanta lekap ke mata," Hisyam berkongsi cerita.

Filem yang diarah dan dituliskan bersama oleh Glen Goel dan Gavin Yap ini turut memperdengarkan nyanyian penyanyi tersohor, Dato Seri Siti Nurhaliza membawa lagu runut bunyi utama filem berjudul 'Kekasihku Selamanya'.

Ini merupakan kali pertama plantun lagu "Anta Permana' berkenaan menyanyikan lagu untuk sebuah filem seram yang dicipta komposer terkenal Aubrey Suwito dan lirik oleh Ad Samad.

Selain menggabungkan pelakon Malaysia dan Singapura, 'Dendam Pontianak' turut melibatkan krew produksi berbakat dari negara-negara serantau antaranya Penataan Busana oleh Akma Suriati Awang, Penyunting hebat filem 'Shutter' oleh Lee Chatametikool, Penataan Bunyi oleh Akritchalerm Kalayanamitr (pemenang Cannes Palme d'Or untuk 'Uncle Boomee, Who Can Recall His Past Lives'), Perunding Visual oleh Christopher Doyle (In the Mood For Love) dan Pengarah Sinematografinya oleh Jon Keng.


Sinopsis: 1965 Malaysia. Di sebuah kampung terpencil, Khalid (Remy) dan Siti (Shenty Feliziana) membuat persiapan hari pernikahan mereka. Tidak lama kemudian, anasir jahat mula menyelubungi perkampungan itu apabila berlaku kematian dan kejadian misteri yang telah mencetuskan ketakutan dan kekecohan dalam kalangan penduduk kampung. Kejadian tersebut memaksa Khalid untuk mengaku bahawa dia telah membunuh seorang perempuan yang sedang mengandungkan anaknya beberapa tahun lalu, dan kini dia muncul sebagai 'pontianak'. Khalid mengumpul sema lelaki di kampungnya untuk memburu pontianak itu di hutan akan tetapi adakah pemburuan  mereka berhasil?

Jawapannya bermula 12 September depan ya. Tungguuuuuu!!!


Info lanjut  layari laman facebook rasmi www.facebook.com/dendampontianakofficail atau Instagram www.instagram.com/dendam_pontianak.

2
0
0
0
0
You will be interested

ALAMAK!! TIZ ZAQYAH KENA SERBU HANTU

Suasana hantu berkeliaran menyakat orang ramai itu berlangsung semasa pesta Nights of Fright 7 di Sunway Lagoon, Sunway, Selangor

Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago

NANTIKAN FESTIVAL MUZIK MELAYU TERBESAR

StereoFest akan berlangsung di tapak Palawan Green, Sentosa, Singapura selama dua hari bermula 22 hingga 23 Februari 2020, dengan gabungan artis tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura
Fariza Saidin in Hiburan 5 years ago

CINTA MUMTAZ: SATU BUNGA DUA KUMBANG

Meskipun pernah jatuh hati dengan dua aktor ternama, Shammi Kapoor dan Jeetendra, akhirnya Mumtaz bertemu jodoh dengan insan di luar dunia filem.
Ahmad Abd Hamid in Hiburan 5 years ago

TIDAK LAGI KU KEJAR GLAMOR - HAIRIE OTHMAN

Hairie yang pernah memegang watak Leftenan Adnan dan Hantu Waris dalam drama 'Kekasihku Seru' menceritakan pengalaman hijrahnya dalam sesi perkongsian Bicara Hijrah
Sahbulah Mohamad Darwi in Hiburan 5 years ago

ADA PIHAK SOROK SKRIP FILEM JATI DIRI MELAYU?

Menurut Jai Ghani, skrip rahsia kehebatan bangsa orang Melayu yang selama ini cuba difilemkan, sengaja disorokkan oleh produser tertentu
Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago