Hiburan 26 Aug, 2019

ARTIS LAMA PERLU CETUS KONTROVERSI DEMI POPULAR?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
PELAKON Delimawati serta penyanyi Aishah antara artis berpengalaman yang bakal berentap bersama lebih kurang 76 selebriti dalam kalangan bakat muda dan lama bagi merebut trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) yang bakal berlangsung pada 22 September ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Delimawati Ismail  yang terkenal melalui watak dalam filem ‘Hantu Kak Limah’  bersaing bersama pelakon Erra Fazira, Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Hanna Delisha dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

Seperti Delimawati yang melahirkan rasa terkejut masih mampu dibariskan dalam pencalonan, akhir,  Wan Aishah Wan Ariffin, 34, turut berperasaan sama apabila tercalon sebagai ‘top 5’ pada kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow sebaris penyanyi muda seperti Ara Johari, Stacy, Wany Hasrita dan Siti Nordiana.

Tidak menolak kemungkinan sambutan hangat terhadap filem ‘Hantu Kak Limah’ arahan Khalid Mamat itu membawa ‘tuah’ kepadanya untuk dikenali generasi penonton muda, Delimawati berkata, “Saya berterima kasih kepada Mamat Khalid dan tidak sangka masih diterima ramai walau pun terpaksa bersaing dengan pelakon-pelakon popular dan muda.”

“Tercalon dalam top 5 ini dikira satu penghormatan dan saya anggap diri ini sebagai mewakili pelakon-pelakon veteran  kerana kami jarang dapat tercalon di samping pelakon generasi baharu yang popular sekarang ini,” tambah pelakon berusia 61 tahun ini.

Sebelum namanya diangkat melalui filem ‘Hantu Kak Limah’ lapan tahun lalu, Delimawati turut popular melalui telefilm arahan Mamat Khalid, ‘Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel’ pada 1998.

Melahirkan harapan dapat membanggakan pelakon senior  sekiranya menang, Delimawati bagaimana pun menganggap dirinya sudah menang sekali pun tewas pada anak-anak muda.

Ditanya mungkinkah harganya akan meningkat jika menang, ini jawapannya dalam loghat Perak:

"Ishh,,, idak la… bior la bayaran yang diberikan tu setimpal dengan watak, Janganlah bayar artis veteran seperti kita ni sikit sahaja walhal jika  di Hollywood artis lama semakin mendapat bayaran tinggi, setidak-tidaknya kalau tak mahal pun biarlah jurang kos pembayaran tu tidak jauh dari artis baharu.” 

Sementara itu, Aishah, 34, yang sudah lama tidak mempunyai lagu baharu, turut tidak menolak namanya kembali popular akibat kontroversi yang tercetus berhubung hadiah ‘berlian palsu’ yang diterima dari jutawan kosmetik, Dato Sri Vida selepas menjuarai program nyanyian realiti 'Gegar Vaganza' musim ke-4.

“Mungkin juga kerana itu nama saya kembali dikenali ramai khususnya dalam kalangan anak muda, dan saya berterima kasih atas  ingatan mereka,” ujarnya.

Persoalannya, apakah arts-artis lama perlu menimbulkan fenomena sama ada kembali popular dalam karya yang ‘laku’ atau cetuskan kontroversi untuk nama mereka diingati anak-anak muda yang merupakan sebahagian besar daripada peminat seni hiburan tanah air?

Apa pun faktor kebangkitan kembali mereka itu perlu disusuli dengan penampilan yang konsisten. Itu pun jika ada penerbit atau pengarah yang sudi memberikan peluang memegang peranan penting sehingga menjadi ‘viral’. 

Dan mungkinkah dengan wujudnya kelab-kelab peminat para artis terkini antara faktor kekuatan artis-artis muda mendapat undian yang tinggi, lebih-lebih lagi pada mereka yang sering tampil dalam drama-drama TV dan filem mahu pun yang ligat serta aktif dalam media sosial.

Selain Aishah dan Delimawati, dua lagi nama yang boleh dikategorikan sebagai artis bukan era Gen Y adalah pelakon jelita Erra Fazira, 45,  dan penyanyi Faizal Tahir pada usia 40 tahun.  Kedua-dua mereka ini masih teguh dalam industri walau pun berdepan penyanyi dan pelakon muda.

Sudah tentu kecantikan Erra dengan sedikit kontroversi yang melibatkan hubungannya bersama penyanyi muda, Shahir menjadi topik perbualan netizen, Faizal pula barangkali disebabkan kreativitinya yang mampu menambat hati pendengar melalui lagu-lagu bergenre baharu yang boleh diterima semua golongan disebabkan mesej dalam lirik lagunya.

Untuk ABPBH32 tahun ini, pelakon filem “Sangkar”, Mira Filzah menerajui senarai artis paling banyak jumlah pencalonannya iaitu tujuh pencalonan menerusi 6 kategori termasuk Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular.

Bersama gandingan Remy Ishak, Mira menerima dua pencalonan dalam kategori online menerusi Gandingan Serasi Drama Popular (Pujaan Hati Kanda) dan Gandingan Serasi Filem Popular (Rise In Kalilah).

Siti Nordiana menduduki tangga kedua dengan enam pencalonan, termasuk dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular dan Lagu Paling Boom.

Sejajar dengan tema “Melangkaui Batasan”, tahun ini menyaksikan dua kategori baharu diperkenal yang melibatkan artis luar negara iaitu Artis Indonesia Popular dan Artis Korea Popular.

Undian penentuan pemenang menerusi laman web www.abpbh.com telah bermula 20 Ogos lalu dan akan berakhir 15 September ini.


Berikut senarai penuh pencalonan ‘top 5’:

Kategori Online :


Artis Sensasi Popular: 

Bella Dally

Elfira Loy

Haqiem Rusli

Nazim Othman

Zul Ariffin


Gandingan Serasi Drama Popular:

Fikry Ibrahim & Farah Nabilah (Cik Reen Encik Ngok Ngek)

Remy Ishak & Mira Filzah (Lelaki Kiriman Tuhan)

Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)

Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)

Syafiq Kyle & Zahirah Macwilson (Pujaan Hati Kanda)


Gandingan Serasi Filem Popular:

Fattah Amin & Syamsul Yusof (KL Special Force)

Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)

Hairul Azreen & Ammar Alfian (Paskal)

Remy Ishak & Mira Filzah (Rise Ini Kalilah)

Zizak Razak & Shaheizy Sam (Polis Evo 2)


Pelakon Watak Antagonis Popular:

Azar Azmi

Azhan Rani

Reen Rahim

Syukri Yahaya

Syazwan Zulkifli


Lagu Paling Boom:

Andi Bernadee (Satu Peluang)

Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang)

Sufian Suhaimi (Di Matamu)

Khai Bahar & Fatin Husna (Rahsia Kita)

Siti Nordiana (Hatiku Milikmu)


Kategori Utama


Artis Baharu Lelaki Popular: 

Afieq Shazwan

Adam Lee

Iswan Ismail

Raja Atiq 

Ryan Deedat


Artis Baharu Wanita Popular:

Aina Abdul

Amelia Henderson

Hanesya Hanee

Masya Masyhitah

Sarah Suhairi


Pelakon Filem Lelaki Popular:

Fattah Amin

Remy Ishak

Syafiq Kyle

Zizan Razak

Zul Ariffin


Pelakon Filem Wanita Popular:

Delimawati

Erra Fazira

Hannah Delisha 

Mira Filzah 

Uqasha Senrose


Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa:

Fattah Amin

Fendy Bakri

Izzue Islam

Remy Ishak

Syafiq Kyle


Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa:

Azar Azmi

Janna Nick

Mira Filzah

Siti Nordiana

Zahirah Macwilson


Penyanyi Lelaki Popular DuitNow:

Fazial Tahir

Haqiem Rusli

Khai Bahar

Sufian Suhaimi

Syafiq Farhain


Penyanyi  Wanita Popular DuitNow:

Aishah 

Ara Johari

Siti Nordiana

Stacy

Wany Hasrita


Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular:

Alif Satar &  Siti Nordiana

Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

Flooe 88 & Baby Shima

Insomniacks

Khai Bahar & Fatin Husna


Artis Komedi Popular:

Jihan Muse

Jep 

Mark Adam

Sherry Alhadad

Zizan Razak


Artis Versatil Popular:

Alif Satar 

Janna Nick

Mira Filzah 

Siti Nordiana

Zizan Razak


Pengacara TV Popular:

Alif Satar

Alvin ching

Janna Nick

Mira Filzah

Siri Nordiana


Penyampai Radio Popular:

DJ Lin

Haziq 

Johan

Muaz

Radin


Artis Indonesia Popular:

Afgan

Bunga Citra Lestari

Cakra Khan

Judika

Laudyia Cynthia Bella


Artis Korea Popular:

Blackpink

BTS

EXO

G Dragon

GOT7

0
0
0
0
0
You will be interested

ALAMAK!! TIZ ZAQYAH KENA SERBU HANTU

Suasana hantu berkeliaran menyakat orang ramai itu berlangsung semasa pesta Nights of Fright 7 di Sunway Lagoon, Sunway, Selangor

Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago

NANTIKAN FESTIVAL MUZIK MELAYU TERBESAR

StereoFest akan berlangsung di tapak Palawan Green, Sentosa, Singapura selama dua hari bermula 22 hingga 23 Februari 2020, dengan gabungan artis tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura
Fariza Saidin in Hiburan 5 years ago

CINTA MUMTAZ: SATU BUNGA DUA KUMBANG

Meskipun pernah jatuh hati dengan dua aktor ternama, Shammi Kapoor dan Jeetendra, akhirnya Mumtaz bertemu jodoh dengan insan di luar dunia filem.
Ahmad Abd Hamid in Hiburan 5 years ago

TIDAK LAGI KU KEJAR GLAMOR - HAIRIE OTHMAN

Hairie yang pernah memegang watak Leftenan Adnan dan Hantu Waris dalam drama 'Kekasihku Seru' menceritakan pengalaman hijrahnya dalam sesi perkongsian Bicara Hijrah
Sahbulah Mohamad Darwi in Hiburan 5 years ago

ADA PIHAK SOROK SKRIP FILEM JATI DIRI MELAYU?

Menurut Jai Ghani, skrip rahsia kehebatan bangsa orang Melayu yang selama ini cuba difilemkan, sengaja disorokkan oleh produser tertentu
Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago