Hiburan 15 Sep, 2019

ZEE AVI DIDAKWA SOKONG LGBT MELALUI VIDEO MUZIK?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
PENYANYI kelahiran Sarawak yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Zee Avi melahirkan harapan dapat menyanyikan lagu karya idolanya, Datuk M. Nasir.

“Saya suka dengan karya M Nasir sehingga dalam lagu lama berjudul 'Arena Cahaya’, saya ada terapkan perkataan  ‘cakerawala’ dalam lirik lagu tersebut.

“Kan perkataan seperti ‘cakerawala’ itu sinonim dengan karya M. Nasir,” ujar pemilik nama sebenar, Izyan Alirahman, 33, ketika ditemui pada majlis sidang media single terbaharunya ‘Who Are U' di restoran UMAI Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur  semalam (13 Sept).

M. Nasir melalui lagu berjudul ‘Ayahku Dan Angkasawan’ ada menggunakan  perkataan ‘cakerawala’ dalam lirik lagu berkenaan waima Zee Avi menyelitkannya dalam lirik lagu  'Arena Cahaya’ yang merupakan lagu OST bagi filem yang meraih kutipan tertinggi, ‘Ola Bola’.

Malah lagu tersebut juga melayakkan Zee Avi memenangi anugerah antarabangsa utama bagi FIlem Lagu Asal Terbaik di Festival Filem Golden Horse Taipei ke-53 pada tahun 2016.

“Saya memang bersedia jika diberi peluang untuk menyanyikan  lagu karya sifu terkenal tersebut,”  Zee Avi menaruh harapan.

Zee Avi berharap dapat menyanyikan karya dari Datuk M. Nasir.


Selain itu, penyanyi wanita Malaysia pertama yang membolosi carta Billboard Hot 200 Albums dan Billboard Heatseekers Album ini menamakan Sheila Majid sebagai artis kedua yang diimpikan untuk berkolaborasi.

“Jika ada kesempatan saya memang teringin mahu berduet dengan Sheila Majid,” jelasnya ringkas.

Sheila Majid antara artis yang Zee Avi ingin berduet.


Dalam perkembangan terbaharu, Zee Avi bakal melancarkan video muzik single terbaharunya, 'Who Are U' pada 16 September ini sempena sambutan Hari Malaysia.

Memandangkan lagu tersebut berkisar perihal menjadi tegar dan berani untuk mempamerkan diri yang sebenar, Zee Avi turut dengan beraninya menampilkan bakat-bakat Malaysia melalui gelombang baharu yang memaparkan generasi baharu Malaysia.

“Setiap seorang rakyat Malaysia mempunyai kisah unik tentang kehidupan  masing-masing dengan pelbagai perbezaan sebagai individu. 

“Dan sebagai masyarakat, kita juga berdepan dengan pelbagai batasan dan kesukaran yang membolehkan diri kita mekar dalam kuntum yang sebenarnya,” ujar plantun yang dikenali melalui lagu ‘Kantoi’ ini.

Menurutnya, dengan menampilkan pelbagai wajah individu-individu yang merupakan rakyat Malaysia, beliau mengambil kesempatan melancarkannya pada Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September ini.

“Sama seperti Malaysia, video ini juga merupakan ‘special home’ untuk kita yang unik,” tambahnya yang tidak gentar dengan komen netizen jika ada yang menganggap beliau menyokong golongan LGBT malah ada yang menampilkan tarian gaya dan pemakaian seksi. 

“Saya penyokong ‘kasih sayang'’, kalau netizen nak cakap apa saya cuma mampu berterima kasih kerana mereka meluangkan tenaga dan masa untuk menulis.” jawab Zee Avi.

“Orang nak cakap apa pun cakaplah. Itu hak mereka. Tetapi bagi saya, bukan mahu ‘tebalkan kulit muka’ tetapi saya kena lebih peka tentang bagaimana nak mengatasi kritikan.

“Saya tidak meletakkan asas hidup saya terhadap apa yang orang suka atau tidak suka. Saya seorang penyanyi indie. Jadi saya bebas untuk buat apa saja perancangan untuk muzik dan karier saya.” tegas beliau.

Membayangkan dua persembahan yang bakal dirancangkan menjelang akhir tahun ini, termasuk sebuah ‘showcase’ khas sempena hari jadinya ke-34 pada 15 Disember depan, Zee Avi berharap masih ada penyokongnya walau pun telah berhijrah lama lebih kurang 12 tahun.

Selamat kembali Zee Avi!

1
0
2
0
0
You will be interested

ALAMAK!! TIZ ZAQYAH KENA SERBU HANTU

Suasana hantu berkeliaran menyakat orang ramai itu berlangsung semasa pesta Nights of Fright 7 di Sunway Lagoon, Sunway, Selangor

Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago

NANTIKAN FESTIVAL MUZIK MELAYU TERBESAR

StereoFest akan berlangsung di tapak Palawan Green, Sentosa, Singapura selama dua hari bermula 22 hingga 23 Februari 2020, dengan gabungan artis tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura
Fariza Saidin in Hiburan 5 years ago

CINTA MUMTAZ: SATU BUNGA DUA KUMBANG

Meskipun pernah jatuh hati dengan dua aktor ternama, Shammi Kapoor dan Jeetendra, akhirnya Mumtaz bertemu jodoh dengan insan di luar dunia filem.
Ahmad Abd Hamid in Hiburan 5 years ago

TIDAK LAGI KU KEJAR GLAMOR - HAIRIE OTHMAN

Hairie yang pernah memegang watak Leftenan Adnan dan Hantu Waris dalam drama 'Kekasihku Seru' menceritakan pengalaman hijrahnya dalam sesi perkongsian Bicara Hijrah
Sahbulah Mohamad Darwi in Hiburan 5 years ago

ADA PIHAK SOROK SKRIP FILEM JATI DIRI MELAYU?

Menurut Jai Ghani, skrip rahsia kehebatan bangsa orang Melayu yang selama ini cuba difilemkan, sengaja disorokkan oleh produser tertentu
Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 years ago