Seni & Sukan 13 Dec, 2022

Video| Tolong kami! Bantu Enot! Mohon simpati teruskan kelangsungan hidup! tercedera akibat terjatuh!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Bukan meminta atau meraih simpati, tetapi terpaksa lakukan demi kelangsungan hidup.

Pelakon dan pelawak, Alliza Abdullah, lebih dikenali sebagai  Enot, terpaksa menebalkan muka merayu simpati daripada rakan-rakan artis.

Ini setelah dia tidak punya pilihan akibat hilang sumber pendapatan selepas mengalami kecederaan teruk akibat terjatuh di dalam tandas rumah sewanya di Melaka pada Isnin, 5 Disember 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha Tolong kami, Bantu kami


Akibatnya, tempurung lututnya pecah dan kakinya patah yang memerlukan dia menjalani pembedahan menyebabkan

Enot tidak dapat bekerja selama sekurang-kurangnya tiga bulan, memaksa dia terpaksa membatalkan beberapa tawaran berlakon.

Selain berlakon Enot yang genap berusia 44 tahun pada 3 Disember 2022, turut menjual sambal dan biskut bagi mencari pendapatan tambahan.

Dia baru 20 hari berpindah ke Melaka untuk mencari peluang memulakan perniagaan di tempat baharu apabila mengalami nahas di rumah sewanya.

Ia memerlukan dia menjalani pembedahan pada bahagian kaki.



Menurut Enot, tulang belakangnya juga bermasalah kerana terkena saraf. Ini menyebabkan dia tidak boleh beraktiviti untuk sekurang-kurangnya tiga bulan.

“Siapa nak tolong Enot silakan. Ye nak kata, kata la kami artis meminta. Kami pun tolong juga sikit. Boleh la tampung dia untuk dua hingga tiga bulan ini.” kata Enot dalam IG-nya.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menegur pemikiran segelintir individu yang menganggap semua selebriti menerima pendapatan yang tinggi.

Bagi yang ingin meringankan beban, sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Maybank 504124164563 atas nama Aliza Abdullah.

Menurut Enot yang merupakan anak saudara kepada pengarah terkenal Rashid Sibir, dia sudah lima hingga enam kali terjatuh dalam bilik air sebelum ini tetapi tidak cedera teruk, melainkan insiden terbaharu ini.


Didie Alias (kanan) akan cuba bantu kewangan Enot

Sementara itu, rakan pelakon yang juga  pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah Abu Bakar Al-Khaired turut membantu menghebahkan berita sedih Enot dalam akaun media sosialnya. 

Seorang lagi rakan baik Enot, Didie mengakui tidak pernah mengabaikan sahabatnya, Enot, cuma sudah lama tidak berhubung disebabkan pelakon itu tiba-tiba menjauhkan diri.

Menurut Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd @ Ali, 50, disebabkan sudah beberapa bulan tidak bertanya khabar, dia tidak tahu keadaan terkini Enot yang dikatakan sakit selepas terjatuh dalam bilik air.

Menurut Didie, kali terakhir mereka berhubung sekitar Oktober 2022 dan memberitahu tidak dapat menyertai sebuah acara bersama di Kota Kinabalu, Sabah kerana tidak sihat.

Tambah Didie, dia mendapat tahu mengenai keadaan Enot yang berdepan masalah kesihatan daripada ibunya menerusi perkongsian dalam Facebook.

Sebagai kenalan baik, Didie tidak sanggup melihat Enot menderita dan akan membantu sedaya yang mampu. - KitaReporters


11
12
0
16
0
You will be interested