Seni & Sukan 26 Nov, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Iran buktikan Asia bukan belasahan! Malukan Wales 2-0! Mampu terus mara!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


WALES memilih jalan sukar untuk ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 ini selepas mereka tewas 0-2 di tangan Iran dalam perlawanan kedua kumpulan B pada petang 25 November 2022. 

Kekalahan mengejutkan ini membuatkan Wales wajib menang menentang England dalam perlawanan terakhir untuk mara ke pusingan kalah mati


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia


Wales terpaksa bermain 10 pemain selepas penjaga gol Wales, Wayne Hennessey menerima kad merah atas kesilapan yang beliau lakukan. 

Kesempatan ini diambil dengan sebaik oleh Iran untuk terus menekan pasukan lawan. 

Perlawanan dilihat seperti akan berkesudahan seri tanpa jaringan namun Rouzbeh Cheshmi dan Ramin Rezaeian menjadi wira Iran selepas mencetak jaringan pada masa kecederaan, sekali gus memberi tiga mata penting buat pasukan. 



Keputusan seri antara England menentang Amerika Syarikat juga satu berita gembira buat pasukan dalam kumpulan tersebut kerana kesemua pasukan masih mempunyai peluang untuk layak. 

Wales yang dianggotai pemain terbaik dunia, Gareth Bale ternyata tidak mampu untuk mmberi sesuatu malahan membantu pasukannya dengan kemenangan. 

Kemenangan Iran ini membuktikan pasukan Asia bukan lagi pasukan belasahan sebaliknya mampu mencipta kejutan dalam edisi Piala Dunia kali ini

Untuk perlawanan terakhir nanti, Wales akan turun menentang England dan ini bukan satu perlawanan mudah buat Wales. 

Iran pula akan membuat perhitungan bersama Amerika Syarikat bagi merebut dua kedudukan terbaik ke pusingan 16 terakhir. - KitaReporters


 

16
6
0
13
0
You will be interested