Santai 05 Nov, 2019

NAK MAKEUP MENARIK, PAKAI KOSTUM? MAI SINI..

@zamzurina ahmad
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan berpengalaman selama 11 tahun dengan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia.

1

Share this
BERTUBUH besar bukan alasan tidak berfesyen. Ini kerana kecantikan dan ketampanan seseorang individu adalah subjektif mendorong seorang jurumekap terkenal di Kuantan, Pahang, Ann Haris Khan, 46, untuk tidak sesekali menghampakan pelanggannya.



Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke butiknya, Ann Harizz Empire di Jalan Tun Ismail 4, Kuantan beliau sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan harga berpatutan.

Menariknya, Ann Harizz Empire satu-satunya butik di Kuantan yang menawarkan perkhidmatan tatahias dan kostum sekali gus.



Anak kelahiran Perak itu akan sedaya upaya memastikan kostum yang disediakan boleh digayakan sesiapa sahaja meskipun berbadan gempal.

"Lebih 1,000 baju disediakan dengan pelbagai tema dan karektor seperti Bollywood, Hollywood, Hollowen, Glam Dinner, Oscar atau Party Fantasy.

"Saya juga menambah perkhidmatan seperti lukisan pada wajah dan dekorasi majlis mengikut permintaan pelanggan," katanya ketika ditemui KitaRepoters.com di butiknya baru-baru ini.


Ibu kepada empat anak itu mendalami bidang tatahias dan kostum sejak 17 tahun lalu ke seluruh negara termasuk di luar negara seperti United Kingdam dan Itali.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang terdiri pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, bayaran perkhidmatan dikenakan serendah RM100.

"Jika pelajar atau guru-guru sekolah yang datang berkumpulan untuk meraikan majlis akhir tahun sekolah, saya akan berikan diskaun istimewa dan harganya jauh lebih rendah serta tidak akan dapat di mana-mana butik," katanya.


Bagi yang berminat dengan perkhidmatan Ann Harizz boleh layari instagram Annrizzempire atau Facebook Ann Harizz Khan atau hubungi talian 019-9314118.

 




You will be interested

APA KES?? CANTIK DI MATA, TIDAK DI HATI..

Kongsi minda, bersih jiwa. Padan pakaian dengan badan. Adab pun kena jaga. Penampilan bukan setakat cantik. Cantik di luar, cantik di dalam

Normala Hamzah in Santai 1 week ago

BETUL KE ORANG BIJAK KURANG LAYAN EMOSI?

Kongsi minda, bersih jiwa. Orang bijak habiskan masa berfikir. Kurang melayan emosi. Pendiam, simpan kebijaksanaan mereka. Anda yang bagaimana?
Normala Hamzah in Santai 1 day ago

ELAKLAH JADI 'MERAK', BERSABAR JADI 'GAGAK'

Kongsi minda bersih jiwa. Kita bukan merak di kayangan. Hanya sekadar gagak di rimba! Jika harta jadi taruhan. Alamat tidak aman dunia akhirat.
Normala Hamzah in Santai 3 days ago

JANGAN JADI TIN KOSONG, BUNYINYA KUAT TAPI..

Kongsi minda, bersih jiwa. Cakap besar? Adakah kita dalam kalangan ini? Harap tidak. Jangan jadi tin kosong. Kadang-kadang digelar tin kosong kerana bunyinya sahaja kuat, isinya tak ada.
Normala Hamzah in Santai 4 days ago

ANDA NAK BERJAYA? TIADA JALAN 'SHORT CUT'!

Kongsi minda, bersih jiwa. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Jangan hendak cepat kaya. Biar lambat asal selamat. Semakin jauh seseorang itu berfikir, semakin bijak peranannya
Normala Hamzah in Santai 6 days ago
v