Masyarakat 07 Nov, 2019

MOH BANTU BAWA ANAK SYURGA BUAT UMRAH

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA 5. Advisor Takaful Great Eastern Berhad

0

Share this

MEMENUHI permintaan anak-anak syurga untuk menunaikan umrah, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Titiwangsa kini giat mengumpul derma bagi mengisi tabung membiayai enam anak istimewanya menyertai Kembara Umrah Anak Syurga pada Disember. 



Demikian kata Pengerusi PDK, Hajah Raihanah Abdullah kepada portal KitaReporters.com ketika berkongsi kegembiraannya meraikan anak-anak itu.

Hajah Raihanah berkata, program Kembara Umrah Bersama Anak Syurga itu akan membawa anak-anak terbabit bersama pengasuh serta penjaga menziarahi Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidilharam di Mekah serta tempat bersejarah yang dilalui oleh junjungan Nabi Muhamad SAW dalam perjuangan baginda menyebarkan syiar Islam.

Program itu sudah pun bermula sejak 2015 menjadi sebahagian daripada aktiviti mobiliti PDK untuk insan istimewa membabitkan mereka berumur dari 17 hingga 41 tahun. 

Menerusi program itu, setiap tahun anak-anak istimewa ini secara bergilir-gilir dibiayai dengan tajaan daripada masyarakat.  

Kejayaan itu menjadi pendorong kepada pertubuhan untuk meneruskan tajaan dan memerlukan sumbangan derma bagi membawa insan terpilih yang lain pula untuk menziarahi Baitullah untuk melihat secara visual kota suci itu.

Enam kanak-kanak itu sudah ditaja oleh Zahatafiz dan sumbangan yang diperlukan sekarang adalah untuk urusan tambang dan penginapan pengasuh dan ibu bapa kanak-kanak berkenaan. 

Setakat ini, mereka sudah berjaya mendapat hampir RM22,000. Mereka memerlukan sedikit lagi derma untuk mencukupkan tabung program itu.

Hajah Raihanah berkata, semua sumbangan orang ramai boleh dimasukkan ke RHB Bank, akaun 21417400060616 dan semua slip transaksi boleh dihantar kepada Hajah Raihanah (Pengerusi PDK Titiwangsa) melalui talian 012-9075656 atau Puan Asma Adibah Nor Azmi (Penyelia PPDK Titiwangsa) melalui talian 0172120291. 

Segala sumbangan anda adalah hadiah paling bermakna dalam menggembirakan insan yang dirahmati Allah SWT.



You will be interested

"BUKAN SEMUA SALAHKU," KATA ORANG KETIGA...

Kongsi minda, bersih jiwa. Sebenarnya orang ketiga hadir di dalam kehidupan setiap pasangan karena kesalahan pasangan itu sendiri.

Normala Hamzah in Masyarakat 1 week ago

CUEPACSCARE- BERUNTUNGNYA PENJAWAT AWAM

Program Takaful CuepacsCare menawarkan alternatif kepada kakitangan kerajaan untuk memiliki 'medical card' pada kadar mampu milik.
Mohd Hafizi in Masyarakat 4 days ago

PELAJAR BERMASALAH DAPAT 'HADIAH'? APA HAL?

Pelajar-pelajar bermasalah disiplin dibawa mengikuti 'lawatan sambil belajar' ke sebuah ibu pejabat operasi syarikat penerbangan tambang murah
Sahbulah Mohamad in Masyarakat 5 days ago

ANAK DIPOTONG KAKI, SUAMI BERGAJI HARI..

Mohamad Afif Ilyas Mohd. Khaidir terpaksa melalui ujian besar dalam kehidupan apabila kaki kirinya terpaksa dipotong akibat kanser tulang
Abdul Rashid Abdul Rahman in Masyarakat 1 week ago

WANITA NYARIS MAUT, LEKA MAIN TELEFON!!

Menyangka kereta api di ruang tempat dia menunggu telah tiba menyebabkan dia mula berjalan. Tindakan tersebut menyebabkan dia terus terjunam jatuh ke atas landasan
Zuhayati Yazid in Masyarakat 1 week ago
v