Seni & Sukan 05 Dec, 2022

Dari Tepi Padang dengan Jasni Shafie! Dato' Shake bangga dengan pencapaian JDT! Juara Piala Malaysia!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


PENGHIBUR legenda, Dato’ Shake mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) FC atas kejayaan muncul juara Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Novermber 2022 lalu.

Beliau yang kini bermastautin di Perancis amat gembira dengan kejayaan JDT dan sebagai anak Johor, turut merasa bangga dengan pencapaian pasukan negeri kelahirannya itu.

``Yeahhh…saya merasa amat gembira. Tapi Selangor juga pasukan yang baik cuma tidak bernasib baik sahaja,’’ katanya dalam temu bual dalam program bola sepak `Dari Tepi Padang’ yang dihost oleh pengulas sukan tanah air, Dato’ Jasni Shafie.


Lagi




Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Ahmad Bahweres turut mengimbau kenangan empat tahun lalu ketika Perancis menjadi juara Piala Dunia 2018 di Russia.

``Saya dapat merasai bagaimana sambutan sangat meriah ketika itu. Orang ramai memenuhi jalan untuk menyambut kejayaan pasukan Perancis di Russia,’’ katanya yang kini sudah berusia 72 tahun, tetapi masih aktif berkarya dalam bidang seni.

Ditanya oleh pengacara mengenai latar belakang serta asal-usul sebahagian besar pemain-pemain dalam pasukan Perancis, Shake mengakui mereka tidak pernah memikirkan dari mana mereka berasal kerana masing-masing lahir di Perancis dan mempunyai jati diri sebagai rakyat negara itu.

``Inilah lambang perpaduan sebenar dan bola sepak menyatukan kita semua,’’ katanya yang bercadang untuk kembali ke Malaysia tidak lama lagi untuk membuat satu persembahan konsert di Arena Axiata Bukit Jalil.

Sepanjang temu bual itu, Shake ternyata masih merindui tanah airnya dan berharap Piala Dunia ini menjadi jambatan perpaduan dalam kalangan kaum tanpa mengira agama, bangsa dan usia.



Temu bual penuh Dato’ Shake boleh diikuti dalam program sejam Dari Tepi Padang yang bersiaran secara langsung dalam Facebook dan YouTube. Peminat boleh melayari program ini di  https://www.facebook.com/profile.php?id=100086682681603

Program Dari Tepi Padang ini menampilkan host Jasni yang bersiaran secara langsung dari Malaysia dan Qatar dengan membawakan pelbagai cerita di balik tabir sebagai infomasi kepada peminat bola sepak tanah air.

Ia juga menawarkan hadiah melalui kuiz bola sepak dengan hadiah bonanza berup pakej percuma menonton perlawanan Manchester United di Old Trafford. - KitaReportes


11
8
0
14
0
You will be interested