Produk & Promosi 12 Apr, 2023

Minat rasa pandan! Anda mungkin suka roti Roti Pandan Homestyle Sunshine Bread! Kini ada di pasaran!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Sunshine Bakeries Malaysia, pada 11 April 2023, memperkenal Roti Pandan Homestyle yang diinspirasikan daripada aroma di kebanyakan rumah di rantau Asia Tenggara. 

Pandan, juga dikenali sebagai 'Vanila Timur', merupakan antara ramuan utama dalam masakan Asia Tenggara dan digunakan dalam penyediaan banyak hidangan masakan di rumah, kerana harumannya yang aromatik.

Roti Pandan Homestyle Sunshine adalah pilihan berkhasiat untuk semua pencinta pandan kerana kandungannya yang tinggi dengan protein, kalsium dan zat besi, merupakan sumber Vitamin B1, B2 dan B3 yang sangat baik, serta bebas lemak trans kolesterol.



Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Bread Sdn Bhd, Michael Chew berkata, “Kami amat teruja untuk memperkenal Roti Pandan Homestyle ini yang membawakan cita rasa tempatan tradisional kegemaran rakyat Malaysia. 

"Sejajar dengan komitmen Sunshine Bakeries untuk memastikan kandungan penuh khasiat dalam setiap gigitan, penggemar roti akan disajikan dengan kandungan protein, kalsium dan zat besi yang tinggi dalam roti pandan tersebut, sambil menikmati rasa aromatik pandan yang menggamit nostalgia. 

"Sesuai untuk musim perayaan ini, anda boleh menikmati Roti Pandan Homestyle bersama sapuan dan perisa kegemaran mereka atau menikmatinya dengan begitu sahaja.”

Bersempena dengan pelancaran Roti Pandan Homestyle Sunshine, Sunshine Bakeries Malaysia bekerjasama dengan jenama aiskrim lokal, Sangkaya untuk memperkenal roti pandan dengan aiskrim edisi terhad. 

Pastikan anda mengunjungi cawangan Sangkaya tertentu untuk menikmati roti aiskrim yang bernostalgia, lebih berkhasiat dengan gandingan Roti Pandan Homestyle Sunshine yang sungguh beraromatik.



Selain Roti Pandan Homestyle Sunshine, jenama ini turut menawarkan pelbagai seleksi roti seperti roti putih Soft White yang rendah gula, roti mil penuh 100% Australian Oat yang rendah gula dan lemak dan Roti Dengan Germa Gandum dan Bran yang rendah lemak, padat dengan nutrien serta mempunyai 0% lemak, 0% pewarna tiruan, 0% perisa tiruan dan 0% kolesterol. 

Sunshine juga menawarkan roti gandum berkrim segera yang gebu dan penuh khasiat dalam perisa Mentega Gula, Biskut & Krim, Vanila dan Coklat Hazelnut. 

Roti Pandan Homestyle Sunshine dijual pada harga RM5.00 setiap satu dan didatangkan dalam pek 400g. 

Mulai 11 April 2023, penduduk Lembah Klang boleh menemui keseluruhan rangkaian roti sihat Sunshine Bakeries di pasar raya dan kedai serbaneka terpilih. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
10
0
15
0
You will be interested