Menunaikan ibadah umrah menjadi impian setiap umat Islam. Namun di sebalik keterujaan untuk menjadi tetamu rumah Allah itu, muncul segelintir pihak yang mengambil kesempatan menjalankan operasi penipuan pakej umrah.
Baru-baru ini, terdapat beberapa kes penipuan pakej umrah yang telah merugikan ramai bakal jemaah.
Bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang, orang ramai perlu peka dengan memastikan kesahihan dan membuat semakan dengan teliti sebelum memilih pengendali umrah untuk urusan ke Baitullah.
Antara langkah awal untuk memastikan bakal jemaah tidak ditipu untuk urusan berkaitan umrah adalah dengan melayari laman web Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan membuat semakan terhadap pengendali umrah
berdaftar.
Di laman web tersebut, bakal jemaah bukan sahaja boleh membuat semakan pengendali umrah berdaftar, tetapi juga senarai kelulusan iklan umrah bagi memastikan setiap pakej umrah yang diiklankan telah didaftarkan dengan pihak MOTAC.
Selain itu, bakal jemaah juga perlu memastikan syarikat pengendali umrah yang ingin digunakan itu mempunyai lesen umrah yang masih aktif.
Namun demikian, ibadah umrah boleh direalisasikan dengan lebih yakin melalui pilihan yang selamat dan terjamin bersama Kopetro Travel, sebuah anak syarikat di bawah Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) yang mempunyai pengalaman hampir 40 tahun dalam industri pengendalian umrah serta pelancongan dalam dan luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata, Kopetro Travel memahami kepentingan kredibiliti dan kepercayaan dalam memberikan perkhidmatan umrah yang cemerlang.
Menyediakan pelbagai pakej umrah yang komprehensif, Kopetro Travel menjanjikan pakej umrah yang telus dan dipercayai agar jemaah berasa lebih yakin dan tenang saat melakukan ibadah umrah.
“Kopetro Travel sentiasa komited untuk mengoptimumkan kepuasan pelanggan terhadap pakej umrah yang kami sediakan dan seterusnya memastikan pelanggan kami dapat melaksanakan umrah impian dengan yakin dan tenang.
"Kepercayaan dan sokongan pelanggan terhadap perkhidmatan yang kami sejak awal penubuhan Kopetro menjadi pembakar semangat sehingga ke hari ini,” ujar Ahmad Shakir.
Tambah beliau, Kopetro Travel juga komited untuk memastikan setiap perjalanan umrah menjadi pengalaman yang bermakna dan berbaloi bagi setiap bakal jemaah yang melanggan pakej umrah syarikat tersebut.
Melalui Pakej Umrah 12 hari 10 malam sempena cuti sekolah oleh Kopetro Travel, pelanggan berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama yang tersayang pada tarikh strategik iaitu pada 8 hingga 18 Februari 2024 dan 20 Februari hingga 1 Mac 2024 pada harga bermula RM9,399 seorang.
Selain itu, bakal jemaah juga boleh memilih untuk menunaikan umrah pada awal Ramadan 2024 pada harga bermula RM9,699.
Pakej umrah Kopetro Travel menawarkan penerbangan terus ke Jeddah dengan syarikat penerbangan Saudia, penginapan di hotel bertaraf 3 bintang dan ke atas dengan jarak kurang 250 meter, pengangkutan bas termasuk ziarah, visa pelancong, insuran perjalanan dan perubatan, selain dilengkapi set bagasi, ihram bagi jemaah lelaki dan telekung bagi jemaah wanita, dan buku panduan umrah.
Menarik buat anggota Kopetro, anda berpeluang mendapatkan pembiayaan umrah dan Pelancongan-i, sebuah pembiayaan patuh syariah dengan kadar keuntungan 0% dan tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun untuk menunaikan ibadah umrah anda.
Anggota koperasi digalakkan memohon melalui aplikasi myKopetro atau menghantar emel ke [email protected] untuk menyemak kelayakan.
Sebelum para jemaah terbang untuk melaksanakan ibadah umrah, mereka perlu menghadiri kursus umrah yang dianjurkan sendiri oleh pihak Kopetro Travel sebagai persiapan bagi memastikan ibadah umrah dapat dijalankan dengan lancar.
Bagi memastikan jemaah mendapat pengalaman umrah yang terbaik, pakej umrah ini juga termasuk bimbingan oleh mutawif berpengalaman yang akan membimbing para jemaah menjalankan ibadah di Tanah Suci, serta lengkap dengan insuran perjalanan dan perubatan.
Dalam usaha memberikan pilihan selamat dan terjamin, Kopetro Travel tetap berpegang teguh pada prinsip integriti, kualiti, dan kejujuran dalam setiap pakej umrah yang mereka tawarkan kepada bakal jemaah. - KitaReporters/Kenyataan Media