Produk & Promosi 23 Feb, 2024

Aktiviti jualan amal Saturday Flash Sale! Di Charity Shoppe, IR Malaysia! BB Bangi, 24 Feb 2024!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Menawarkan pelbagai kaedah jualan bagi menarik minat orang ramai, Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) menerusi kedai kebajikannya, Charity Shoppe meneruskan aktiviti jualan amal ‘Saturday Flash Sale’ yang akan diadakan pada 24 Februari 2024 bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Charity Shoppe yang terletak di Bandar Baru Bangi itu menerapkan konsep membeli sambil beramal tanpa mengeluarkan belanja lebih. 

Kakitangan Charity Shoppe IR Malaysia, Yusmaruati Yusoff berkata, pihaknya menawarkan promosi diskaun sehingga 50% untuk pelbagai barangan seperti beg, kasut dan perkakas elektrik melalui ‘Saturday Flash Sale’.



“Sejak beberapa tahun lalu, Charity Shoppe telah memperkenal aktiviti ‘Saturday Flash Sale’ sebagai tarikan kepada pengunjung dan penduduk setempat.

“Antara tarikan utama dalam aktiviti tersebut ialah jualan barangan ‘pre-loved’ satu plastik dengan hanya RM20!

“Alhamdulillah, sejak kami melakukan aktiviti ini, Charity Shoppe semakin dikenali. Sambutan yang kami terima sangat menggalakkan.

“Pelanggan pun datang daripada pelbagai latar belakang seperti pelajar, ibu bapa, golongan profesional dan sebagainya,” tambah Yusmaruati. 

Charity Shoppe mula beroperasi pada 2012 sebagai pintu gerbang untuk orang ramai melakukan kebaikan melalui sumbangan barangan terpakai dan derma bagi projek kemanusiaan IR Malaysia selain dapat membeli pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan serendah RM1 dengan kualiti yang masih baik.



Sementara itu, seorang pelanggan tetap yang dikenali sebagai Lia menyifatkan Charity Shoppe merupakan kedai menjual barangan terpakai yang sangat membantu orang ramai.  

“Kedai ini sangat bagus. Selain membeli sambil menderma, saya juga dapat berjimat.

"Dalam seminggu, saya akan datang dua ke tiga kali. Biasanya saya akan mencari baju, barangan dapur seperti pinggan mangkuk dan barangan elektrik,” kongsi Lia.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Charity Shoppe boleh hubungi talian +603-8912 6334 atau kunjungi Charity Shoppe di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. - KitaReporters/Kenyataan Media

7
8
0
12
0
You will be interested