Santai 28 Feb, 2020

ADA BERAN, NAK KAYA?? KAHWINI ANAK TYSON!!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

PASTI ramai yang teruja untuk mengahwini anak bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, apatah apabila dia dilaporkan bersedia memberi AS$10 juta (RM42.17 juta) kepada sesiapa yang sudi berkahwin dengan anaknya. : KitaReporters.com

MIKE TYSON bersama anak sulungnya, Mitchell atau Mickey yang kini masih menunggu jodoh. - Kredit Maravi Post.


Memang besar jumlah tawaran ini sukar ditolak. 

Ramai yang pasti memendam hasrat melamar Mitchell Tyson, anak sulung Tyson walau pun tidak pernah kenal atau bersua muka dengannya. 

Tidak mengapa jika tidak kenal dan tidak cinta asalkan dapat wang RM42.116 juta!

Namun sebelum sempat ada yang melamar, Tyson pada Khamis, 27 Februari 2020 menafikan dia ada membuat tawaran sedemikian untuk sesiapa yang berkahwin dengan anaknya. 

Dia menyifatkan berita yang disiarkan sehari sebelum itu sebagai palsu.

Memetik laporan The Guardian Nigeria, Tyson sangat kesal dengan penyebaran berita tersebut yang pertama kali disiarkan dalam The Maravi Post. Berita itu kemudian tersebar luas di Internet.

Tyson meminta agensi yang menyiarkan berita berkenaan menarik balik berita itu atau menghadapi tindakan undang-undang. 

Agensi berita berkenaan menarik balik berita berkenaan tetapi beberapa agensi lain yang memetik laporan tersebut enggan berbuat demikian.

Mike Tyson menafikan dia ada membuat tawaran AS$10 juta untuk sesiapa yang berkahwin dengan anaknya. - Kredit foto: urbanspotlite.com


Mitchell atau nama timangannya Mickey berusia 30 tahun. 

Tyson merasakan masanya sudah tiba bagi anaknya mendirikan rumah tangga. Namun dia menafikan menawarkan RM42.12 juta kepada sesiapa yang sedia berkahwin dengan Mitchell.

Mitchell yang berkulit gelap adalah anak Tyson dengan isteri pertama, Robin Givens. 

Dia mempunyai bentuk tubuh kental berisi seperti ayahnya. Berat badannya pula ialah 150  kilogram. Memang bentuk badan dan beratnya seperti ahli tinju.

Tyson, warga Amerika, adalah juara tinju dunia yang aktif di gelanggang dari tahun 1985 hingga 2005. Dia memegang rekod sebagai peninju paling muda memenangi  gelaran heavyweight pada usia 20 tahun.

Dia berkahwin tiga kali. Pertama dengan Robin Givens (1988-1989), Monica Turner (1997-2003) dan Lakiha Spicer yang dikahwini pada tahun 2009.

Daripada tiga perkahwinan itu, Tyson mendapat tujuh orang anak, seorang daripadanya telah meninggal. 

Selain itu dia juga mempunyai seorang anak tiri perempuan iaitu anak kepada isteri keduanya, Monica Turner.

ISTERI-ISTERI MIKE TYSON...Dari kiri Lakiha Spicer, Monica Turner (bersama Tyson) dan isteri pertama Robin Givens.- Kredit Maravi Post. 


Tyson dikesan menghidap penyakit gangguan bipolar atau ‘bipolar disorder’. 

Pada Ogos 2013, dia mengaku kepada umum bahawa dia berbohong yang dia tidak ketagih arak. Sebenarnya dia hampir mati akibat ketagihan itu.

Pada Disember 2013, dalam satu wawancara dengan Fox News, Tyson mendedahkan mengenai kemajuan yang dicapai dalam usahanya mengekang ketagihan arak. 

Dia menyifatkan pergaulannya dengan kelompok orang baik-baik menjadikannya orang yang lebih sabar dan tenang.

Dia juga bercakap mengenai agama dan menzahirkan kesyukuran kerana menjadi seorang Muslim serta betapa dia memerlukan Allah.

KERINGAT dan  darah sudah biasa jadi perhiasan diri untuk seorang peninju. Mike Tyson luka berdarah dalam satu pertarungan tinju. - Kredit foto youtube.com 


Tyson yang membesar di kawasan sesak dan kotor suka bertumbuk sejak kecil. 

Dia kemudian meninggalkan sekolah tinggi untuk menyertai beberapa pertandingan tinju kecil. Dari situlah dia mengembangkan kariernya hingga menjadi juara tinju dunia.

Apabila semakin terkenal dan popularitinya meningkat, dia digilai ramai wanita cantik. 

Tyson  berkahwin dan bercerai dengan isteri pertama dan kedua. Kini dia bersama Lakiha Spicer, isteri ketiga yang dikahwini pada 2009.

Kini Tyson menunggu anak sulungnya bertemu jodoh. Dia berharap ada jejaka yang akan segera melamar anaknya. Tetapi tentunya bukan kerana tawaran wang! KitaReporters.com

Mike Tyson berharap ada jejaka yang akan segera melamar anaknya. Tetapi tentunya bukan kerana tawaran wang! - Kredit foto: culturebene.com

2
2
0
0
2
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago