Santai 19 Feb, 2020

ADA FOTO DENGAN SULTAN JOHOR? ADA HADIAH!!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MERAKAM gambar dengan VIP pasti meninggalkan kesan mendalam selain boleh ‘diangkat’ sebagai kenangan manis bagi individu berkenaan. Mana tidak, individu yang selama ini berpengaruh tinggi dan hanya dapat dilihat di kaca televisyen kini kita berjaya merakam momen berharga dengan mengabadikan menerusi foto. : KitaReporters.com

PERTANDINGAN berkenaan menawarkan hadiah menarik termasuk gambar akan ditandatangani secara peribadi. - Foto Facebook Sultan Ibrahim (https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/).


Terbaharu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mempelawa rakyat Malaysia yang pernah merakamkan potret bersama baginda menyertai ‘Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor’.

Penyertaan tersebut boleh dilakukan dengan menghantar gambar terbaik mereka bersama baginda.

Menerusi pertandingan yang julung kali diadakan itu, baginda berbesar hati untuk menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Memetik laporan Bernama, pengumuman itu dihebahkan menerusi Facebook rasmi Sultan Johor, padaa Isnin, 17 Februari 2020.

Bertuah siapa yang memenangi pertandingan itu nanti! Dahlah dapat bergambar hadiah pun dapat.

Menurut pengumuman berkenaan sebanyak 10 penyertaan terbaik akan menerima hadiah menarik termasuk gambar mereka akan ditandatangani secara peribadi oleh Sultan Ibrahim.

Wow lagi hebat! ada tandatangan Tuanku.

Menariknya penyertaan itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan penyertaan dibuka sehingga 21 Februari 2020.

Bagi mereka yang memiliki foto bersama baginda, peserta dikehendaki menghantar sekeping gambar mereka bersama Sultan Johor ke Facebook Messenger Laman Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Peserta hanya perlu menekan butang “like” pada laman Facebook baginda atau mengikuti akaun Instagram baginda @officialsultanibrahim, dan menekan butang “like” mengenai pengumuman pertandingan itu.

Selain itu peserta juga boleh berkongsikan beritanya di akaun Facebook masing-masing dengan meletakkan hashtag #sultanjohorkita dan “tag” tiga rakan mereka.

Penyertaan hanya diterima melalui Facebook Messenger baginda sahaja, manakala gambar yang dihantar melalui komen atau lain-lain medium tidak akan diterima. - KitaReporters.Com.

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim sentiasa turun padang bertemu rakyat bertanya khabar. - Foto koleksi Sultan Ibrahim.

 

 

5
13
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago