ADA banyak cerita mengenai wanita mata duitan di serata tempat di dunia. Kali ini, kenali seorang wanita di Thailad bernama Jariyaporn Nammon Buayai yang telah berkahwin sebanyak 12 kali dalam 6 tahun. Nak tahu rahsia kenapa dia berkahwin 12 kali dalam tempoh 6 tahun itu? : KitaReporters.com
Sekilas, perlu ditanya apa yang mendasari hubungan wanita tersebut. Rupa-rupanya dia sengaja melakukan perkara itu untuk mendapatkan wang.
Memetik laporan Surya Malang, Jariyaporn mempunyai empat taktik untuk mendapatkan wang daripada seorang lelaki, yang berkahwin dengannya.
Wanita Thailand ini menjadi buruan polis kerana empat taktiknya itu.
Nak tahu apa modus operandi dia?
1. Menghilang setelah malam pertama
Daripada 12 kali perkahwinan, Jariyaporn dengan 6 orang lelaki tidak satu pun yang berhasil dan selalu berakhir berantakan.
Hal ini lantaran Jariyaporn selalu menghilang selepas majlis perkahwinan dan mengelakkan malam pertama. 'Semua lelaki yang mengahwini Jariyaporn mengalami musibah yang sama. Mereka semua kehilangan wang yang dibawa lari oleh Jariyaporn.
2. Bawa Lari Wang Suami
Jariyaporn kini dicari oleh polis kerana dipercayai melakukan penipuan. Bukan main-main.
Wang yang dibawa lari oleh Jariyaporn daripada 12 perkahwinan itu dilaporkan berjumlah sekitar RM350,000.
Peguam popular Thailand, Songkran Achariyasap, yang mewakili 7 daripada 12 suami Jariyaporn, menyebut, sebahagian daripada wang itu adalah wang mas kahwin yang diterima oleh Jariyaporn.
Daripada siasatan polis, Jariyaporn memulai aksi menghilang setelah berkahwin sejak tahun 2011.
Lokasi perkahwinannya di pelbagai bandar, antaranya Yasothon, Udon Thani, Pathum Thani dan Prachuap Khiri Khan.
Perkahwinan itu memang terlihat dirancang dengan baik dan teliti.
3. Facebook Untuk Berkenalan
Dalam semua perkahwinannya, Jariyaporn selalu mengajak orang tuanya bersama.
Menurut peguam Songkran, semua mangsa mengisahkan cerita yang sama.
Difahamkan Jariyaporn menjerat mangsanya melalui Facebook. Melalui ruangan chatting (bual online), Jariyaporn menyusun kata manis bagi mengajak calon suaminya untuk bermadu kasih (dating).
4. Bermodalkan Wajah Cantik
Jariyaporn juga meyakinkan calon suaminya, bahawa dia ingin berkahwin agar ada yang menemaninya untuk menjalankan bisnes keluarga di bidang agrobisnes.
Wajah cukup cantik, dan kelihatan sangat berkeyakinan. Ini menjerat para mangsa untuk ingin mengahwini Jariyaporn.
Ada juga yang dipaksa untuk berkahwin setelah Jariyaporn berbohong bahawa dia hamil setelah mereka melakukan hubungan seks.
Tetapi, setelah berkahwin dan menjalani malam pertama, petaka itu datang. Jariyaporn pergi, membawa lari wang dan mas kahwin yang telah diberikan kepadanya. - KitaReporters