Santai 09 Mar, 2020

REZEKI ALLAH MELUAS.. DITARIK SATU, DIBERI LAIN

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Kongsi minda bersih jiwa. : KitaReporters


Renungan

Menulis dari jiwa


Ujian hidup sentiasa ada

Datangnya tak pernah diduga

Yang berat yang ringan sama sahaja

Tanda Allah sayangkan kita


Jika kita rasa kita susah

Ada lagi yang lebih susah

Positif redha hati berserah

Serah semuanya kepada Allah


Demikian sebaik cara kita bertindak apabila diuji.

Jangan bersedih, jangan mengeluh. Setiap yang berlaku bersebab.


Jom kita ikuti pengalaman Huda menghadapi ujian yang menjadikan dia semakin kuat dan tabah.

Huda bekerja di sebuah syarikat swasta.

Enam bulan lalu dia diberhentikan kerana syarikat itu menghadapi masalah.


Selepas berhenti Huda menjadi murung. Fikirannya bercelaru. Walau belum berkahwin, Huda masih ada tanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya.

Siang malam menangis.

Duit pampasan yang ada cukup untuk beberapa bulan sahaja. 

Komitmen Huda sangat banyak. Kereta, rumah, belanja harian, keperluan adik adik semua perlu difikirkan.


Akhirnya Huda buat keputusan menyewa rumahnya dan balik tinggal bersama ibu dan adik-adiknya. Dapat juga tampung-tampung. 

Melalui seorang kawan Huda mengikuti kursus ejen insurans. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk Huda dengan cara yang berbeza.

Huda juga buat bisnes online, dan macam-macam lagi yang boleh dapat duit.


Syukur kepada Allah.

Rezeki Huda bertambah baik. Berkat doa dan sokongan mak. 

Mengingat apa yang berlaku, menitis air mata Huda.

Jangan putus asa bila ada masalah. Rezeki Allah meluas. 

Yang penting, redha dengan ujian-Nya dan usaha untuk bangkit semula.


Iktibar daripada kisah ini

Terima ujian Allah dengan redha.

Jangan mengalah. Bangkit melawan.

Ingat, Allah uji sebab dia sayang kita.

Bersyukur kerana terpilih.


Allah tutup satu pintu rezeki tetapi dibukanya yang lain untuk kita usaha dan cari.

Yang penting kita harus positif dan rajin.


Jangan mengeluh. Jangan merungut.

Berdoa selalu. Jangan lupa bersyukur dalam setiap sujud lima waktu. Allah mendengar dan melihat.


Huda telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Anak yang tidak melupakan ibu bapa dan keluarganya akan sentiasa dirahmati Allah.


🌹❤️ Rezeki tidak pernah salah alamat. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang sabar menghadapi ujian-Nya. 🌹❤️ - KitaReporters
4
0
2
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago