KERANA penyebaran virus penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19 masih berterusan, penggambaran filem Mission: Impossible (M:i) 7 di Venice, Italy terpaksa ditunda. Filem M:I 7 yang dibintangi Tom Cruise itu dijadualkan menjalani pengambaran selama 3 minggu di Italy. : KitaReporters.com
Adegan dalam filem Mission: Impossible. - Kredit foto: Instagram @missionimpossible.
Namun syarikat pengeluar, Paramount Pictures terpaksa menunda penggambaran produksi filem itu kerana Itali sudah mengalami sejumlah gejala wabak COVID-19.
Menurut laporan News.18 pada Rabu, 26 Februari 202, ada lebih 150 kes COVID-19 disahkan di Italy, manakala pihak kerajaan tempatan telah menutup beberapa lokasi pusat penyebaran virus berkenaan.
Antara adegan dalam filem Mission: Impossible. - Foto IG @missionimpossible
Akhirnya syarikat penerbitan terpaksa memutuskan untuk menunda syuting dan akan terus memantau situasi lebih lanjut.
"Kerana sangat berhati-hati untuk keselamatan dan kesejahteraan para pelakon dan kru kami, kami mengubah rancangan asal untukpengambaran 3 minggu di Venesia.
"Kami akan meneruskan penggambaran di Italy apabila penyebaran virus sudah terkawal,” kata kenyataan Paramount Pictures.
Mission: Impossible 7 kembali diarahkan oleh Christopher McQuarrie setelah kejayaan filem Rogue Nation dan Fallout. Dia juga bakal mengarah MI 8.
Mission: Impossible 7 dijangka mula ditayangkan pada 23 Julai 2021, sementara Mission: Impossible 8 dijangka akan dipasar pada 5 Ogos 2022. - KitaReporters.com
Tags: