Santai 09 Mar, 2020

[VIDEO] "AL-JANNAH" UNTUK PAK NGAH, PAKLONG

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
DALAM bidang muzik tanah air, ada dua orang insan seni yang menggunakan nama panggilan keluarga sebagai identiti mereka. Mereka ialah Pak Ngah dan Paklong. Dan kedua-duanya telah pun meninggalkan kita!! : KitaReporters


Hampir semua peminat muzik kenal akan nama Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) yang meninggal dunia pada usia 59 tahun pada  25 September 2018.

Tetapi nama  seorang lagi komposer yang menggunakan gelaran Paklong (Shafie Ahmad) dalam berkarya agak asing bagi sebahagian peminat muzik tanah air.

Berbeza dengan peribadi Pak Ngah yang menonjol, Paklong pula bersifat low profile dan lebih suka berkarya dan tinggal di kampungnya di Sik, Kedah.

Kini Pak Long sudah menghadap Illahi dalam usia 54 tahun pada 1 Mac 2020 selepas dirawat selama 25 hari dan meninggal di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah.

Komposer dan penyanyi Paklong meninggal dunia pada 1 Mac 2020. - Kredit foto: Sinar Harian.com

Penglibatan Paklong sebagai komposer bermula sejak tahun 1990-an menerusi lagu "Cinta Pantai Merdeka" yang dirakam oleh kumpulan Tropika, kemudian oleh kumpulan Jinbara Jinbara.

Ketika itu Paklong baru berusia 24 tahun.

Selepas lagu itu, Paklong pernah ditawar membuat lagu untuk album Kopratasa. Namun hasrat itu tidak tercapai apabila ayahnya sakit tenat dan terpaksa pulang ke kampung.

Walaupun tinggal di kampung di Sik, Kedah, Paklong terus berkarya dan punya cara tersendiri dalam berkarya.

Lagu ciptaannya, "Al-Jannah" nyanyian Mawi berjaya menerima anugerah Lagu Nasyid Popular Anugerah ERA pada tahun 2008.

Selain mencipta lagu, Paklong turut menjadi penyanyi dengan album solo pertamanya 'Selagi Ada Rindu' edaran FMC Music.

Paklong ketika masih sihat. - Sumber foto: Bercakap Berbual.com

Peluang membuat rakaman album bermula apabila ditemukan dengan penerbit album, Kacip Emas, Kapten (B) Mohd Yusof Md Saad yang beribu pejabat di Kedah.

Jadi pada tahun 2008, album solonya dilancarkan di Utara Semenanjung Malaysia sahaja pada ketika itu.

Kerana mahu memperluaskan pasaran ke seluruh negara, syarikat rakaman FMC menjadi pengedar.

Album "Selagi Ada Rindu" tercalon dalam senarai akhir bagi kategori Album Pop Etnik Terbaik di AIM 16 pada 2009.

Malah, lagu "Selagi Ada Rindu" itu sendiri menjadi juara carta berminggu-minggu dalam beberapa radio seperti di Mutiara FM, Kedah FM, Langkawi FM, Perlis FM, Perak FM, Sabah FM dan  THR Gegar Pantai Timur.

Antara lagu ciptaan dan nyanyian Paklong ialah  "Selagi Ada Rindu", "Cinta Pantai Merdeka",  "Baju Kurung & Kebaya", "Harapan Bergetar", "Perjalanan Ku", "Cinta Di Langkawi",  "Teratai Ku", "Cinta Asmara",  "Al-Jannah", dan  "Penawar Kacip Emas".

Bakat Paklong dalam bidang muzik diwarisi oanak kelimanya, Nur Muhammad Idhoffy, 18.

Nur Muhammad akan meneruskan perjalanan dengan band S4R yang diasas oleh Paklong. Band S4R akan terus mendendangkan lagu-lagu ciptaan Paklong yang puluhan jumlahnya.

Ketika Paklong dirawat di hospital sebelum dia meninggal dunia, dia telah meminta kawan-kawan yang mengunjunginya mendendangkan lagu pertama ciptaannya iaitu Cinta Pantai Merdeka. - KitaReporters

Paklong ketika sakit meminta dinyanyikan lagu pertama ciptaannya, "Cinta Pantai Merdeka."





0
0
1
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago