Santai 18 Mar, 2020

YAHOO!! TENGOK MOVIE FREE SAMPAI 31 MAC!!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, pelanggan ASTRO akan menikmati hiburan di rumah apabila bermula jam 6 pagi, pada Rabu, 18 Mac 2020, penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar itu menawarkan kesemua saluran filem di Astro dan Astro Go secara percuma. - KitaReporters


Tetap dengan iltizamnya untuk sentiasa berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan menyajikan kandungan yang berinformasi dan menghiburkan, ASTRO bersedia menawarkan pelanggannya 14 saluran secara komplimentari.

Saluran-saluran filem terpilih yang akan disiarkan secara percuma meliputi FOX Movies, FOX Family Movies, FOX Action Movies, HBO, BOO, Cinemax, tvN Movies, Celestial Movies, Ceestial Classic Movies, Astro Citra, Tayangan Hebat, Thangathirai, BollyOne dan HITS Movies.

Mengumumkan demikian, Pengarah Komunikasi ASTRO, Tammy Toh dalam satu kenyataan kepada media memberitahu, penggemar filem kini boleh menyaksikan musim terbaharu, “Westworld’ di saluran HBO serta pelbagai filem pecah panggung seperti ‘Avengers: End Game’  di saluran FOX Movies yang mengaut  kutipan sehingga AS$2.798 bilion.

“Selain itu pelanggan ASTRO juga akan dihidangkan dengan filem-filem pecah panggung seperti ‘Parasite’ di saluran tvN Movies dan banyak lagi,” tambah Tammy Toh sambil memberitahu siaran secara percuma itu akan berakhir pada jam 11.59 malam, Selasa 31 Mac 2020, iaitu sama seperti tarikh berakhirnya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Untuk rekod, filem Parasite telah memenangi banyak anugerah, di mana baru-baru ini ia menggondol empat anugerah utama di Anugerah Akademi ke-92 untuk kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik dan Filem Cetera Antarabangsa Terbaik.

Ia merupaan filem Korea Selatan pertama yang menerima pengiktirafan dari Anugerah Akademi dan juga filem bukan berbahasa Inggeris pertama yang memenangi Filem Terbaik.


Jadi sesiapa yang belum berkesempatan menontonnya jangan lupa nantikan siarannya kelak.

Di samping itu, ASTRO tidak melupakan pelanggan NJOI di mana mereka juga boleh menikmati dua saluran percuma tambahan, iaitu saluran KIX dan Nat Geo WILD.

Jika anda tiada di hadapan TV tetapi mahu relaks di bilik, jangan risau sebab di mana-mana jua anda berada anda tidak akan ketinggalan menontonnya kerana kesemua program yang ditawarkan boleh distrim dengan aplikasi ASTRO Go

Dan jika tiada kemudahan ASTRO Go, usah khuatir kerana apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan memuat turun ASTRO Go melalui App Store atau Google Play atau melayari ASTRO Go melalui laman sesawang astrogo.astro.com.my

Apa pun segalanya pada tangan anda tetapi jika mahu maklumat lanjut mengenai siaran saluran filem yang bakal disiarkan secara komplimentari ini, boleh  layari www.astro.com.my.

Melihat kepada banyak saluran yang disediakan, sudah tentu pelanggan Astro dapat melapangkan waktu sebaik mungkin, ketika perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa, dan hanya keluar untuk memberi barang keperluan harian sahaja.

Selamat menonton dan selamat beristirehat dan yang penting selalu menjaga kebersihan diri dan jangan KELUAR rumah jika tidak penting ya!

Jom kita layan sikit treler Parasite.... - KitaReporters


0
0
0
0
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago